Kula Cakes atau Lila Wadi? Mana Yang Best?

Bagi peminat makanan viral di Malaysia, tentu pernah dengar nama restoran Kula Cakes kan? Tapi pernah tak awak dengar nama restoran Lila Wadi? Mana satu yang best?


Sempena cuti sekolah 2019, kami takde plan nak pergi bercuti ke mana. Jadi suami ajak bercuti sambil jalan-jalan cari makan (JJCM) di pekan Kuantan. Tak jauh mana pun, tapi masih juga kami booked hotel selama tiga hari dua malam demi misi mencari kedai makan viral di Kuantan.

Kula Cakes atau Lila Wadi? Mana Yang Best?

Ada beberapa buah kedai viral yang kami pergi namun hanya cerita JJCM di Kula Cakes dan Lila Wadi yang saya nak kongsikan. Kenapa? Sebab rasanya kami dah kena game dengan kedai ni..haha. Padahal kena game dengan pemikiran sendiri sebab ingat dua buah kedai ni kedai yang berbeza. Tapi persoalan dia mana satu yang lagi best? Kula Cakes ke atau Lila Wadi?


Restoran Lila Wadi


Pada hari kedua di Kuantan, kami terus ke Restoran Lila Wadi untuk makan tengahari. Tak ramai orang dan suasana agak tenang dan damai walaupun kedai terletak di tepi jalan besar. Mungkin kerana terselindung di sebalik keredupan pokok-pokok, jadi tidak terasa kami berada di tepi jalan besar.

Kula Cakes atau Lila Wadi? Mana Yang Best?

Sebelum order makanan, kami tertanya-tanya menu apa yang viral di restoran ni sampai masuk dalam senarai kedai makan wajib singgah di Kuantan. Google punya google akhirnya kami dapat tahu yang mango cheese cake di Lila Wadi ini adalah antara kek mangga cheese tersedap dan viral di Kuantan. Jadi, tanpa buang masa kami order mango cheese cake sepinggan.


Selain itu, kami order juga makanan nampak sedap yang dikongsi pelanggan dalam google review restoran Lila Wadi. Menu yang kami order adalah nasi goreng udang, sphagetti carbonara dan shitake mushroom beef burger sebagai menu lunch. Harga berpatutan, portion pun agak besar. Disebabkan perut berkeroncong, tak tunggu lama kami terus ngap..


Memang tak dinafikan menu mango cheese cake di Lila Wadi ni memang sedap. Suapan pertama pun dah sedap, tak tunggu lama untuk dihabiskanlah jawabnya. Harga sepinggan kek tak sampai RM10, jadi boleh order flavour lain juga macam durian atau strawberry kalau terasa nak mencubanya.

Kula Cakes atau Lila Wadi? Mana Yang Best?

Pilihan flavour kek tak banyak sangat, rasanya ada dalam 3 atau 4 jenis saja. Lagi satu, bila kek dah sampai kena makan cepat-cepat. Nanti dah tak sejuk, rasa kurang umphh. Tapi disebabkan kitorang nak makan lunch sebab lapar, jadi tak terasa sangatlah nak makan kek.


Menu nasi goreng udang dan shitake mushroom beef burger pun sedap dan menepati selera. Nasi goreng dicicah sambal belacan memang pedas tapi sedap. Ditambah pula dengan udang bersaiz besar, makin berseleralah makan. Patty burger juga agak besar dan sedap. Pendek kata semua sedaplah.


Cuma sphagetti carbonara yang diorder untuk Auni dan Ameera kurang masin dan agak hambar pada deria rasa saya. Jadi next time kalau kami singgah JJCM di Lila Wadi lagi, mungkin boleh kecualikan sphagetti untuk diorder. Yang lain on!


Total makan keseluruhan adalah di bawah RM70 kalau tak silap. Untuk makanan dan servis, harga berpatutan dan sedap. Boleh repeat makan lagi terutama untuk makan mango cheese cake dan nasi goreng udang.


Restoran Kula Cakes


Tempat ni memang dah lama saya aim nak pergi sebab selalu nampak kawan-kawan yang bergambar dengan logo Kula Cakes di instagram. So terbayang dalam hati, lokasinya mesti agak terperuk dan masuk ke dalam hutan sikit sebab deko wall agak klasik dan persekitaran pun nampak tenang.

Kula Cakes atau Lila Wadi? Mana Yang Best?

Tapi bila sampai kat Kula Cakes ni, kitorang semua terkejut. Tepi jalan besar rupanya! Dahla susah nak dapat parking, kena beratur panjang pulak tu. Adeh..tapi demi nak penuhkan misi JJCM kami, wajib juga berhenti dan rasa apa menu viral kat Kula Cakes ni.


Lepas dapatkan bantuan Google, kami konfiden yang Kula Cakes ni terkenal disebabkan mango cheese cake. Aik, mango cheese cake lagi? Dahla menu sama, gambar dalam Google pun lebih kurang sama macam mango cheese cake yang kami makan di Lila Wadi sebelum ni.


Tapi suami insisted juga makan, katanya kita boleh compare rasa mango cheese cake mana yang lebih sedap. Makanya saya beratur dan suami cari space untuk park kereta. Sambil beratur saya sempat bersembang dengan Autie Chua yang berada di belakang saya.


Teringat nak hantar gambar pada suami, saya minta Auntie Chua tolong ambilkan gambar saya dengan logo nama Kula Cakes. Nah, bila saya tengok balik gambar yang diambil, baru saya perasan rupa-rupanya Kula Cakes ni adalah salah satu cawangan Lila Wadi.

Kula Cakes atau Lila Wadi? Mana Yang Best?

Nampak tak gambar kat atas ni? Kula Cakes by Lila Wadi. Rupanya kedai yang sama dengan Lila Wadi, patutlah menu viral pun sama, mango cheese cake. Tepuk dahi! Haha..


Saya order lagi mango cheese cake tapi kali ni di Kula Cakes. Dah tau rasanya tentu sama macam di Lila Wadi tapi takpelah, kita makan sekali lagi demi memenuhi misi JJCM. Walaupun di Kula Cakes terdapat lebih banyak pilihan kek tapi pilihan makanan panas atau steamboat macam di Lila Wadi takde di sini ye. Hanya jual desserts semata-mata.

Kula Cakes atau Lila Wadi? Mana Yang Best?
Kula Cakes atau Lila Wadi? Mana Yang Best?

Disebabkan kami dah makan di hotel pagi tadi, jadi perut masing-masing masih penuh sebenarnya. Jadi kami cuma order dua pinggan kek. Sepinggan mango cheese cake dan sepinggan lagi chocolate salted caramel cake. Niat hati nak order pavlova, tapi bila membayangkan isinya hanya meringue..tak jadilah.


Rasa mango cheese cake di Kula Cakes sama macam di Lila Wadi cuma lebih terasa tekstur mangganya bila dimakan. Berbeza dengan di Lila Wadi kerana tiada rasa mangga kasar which is boleh dikatakan yang isi mangganya mungkin diblend hancur. Untuk chocolate salted caramel cake, urm..rasa macam makan kek gula hangus yang ditambah coklat krim je ye kawan-kawan.

Kula Cakes atau Lila Wadi? Mana Yang Best?

Jadi, mana satu yang lagi best? Bagi saya dan suami, makan di Lila Wadi mungkin lebih memuaskan kalau malas berdepan dengan kerenah parking space takde, malas beratur panjang dan terasa nak makan makanan panas sambil alas perut dengan mango cheese cake.


Kalau mungkin cuma nak makan kek sambil bersembang dan bergambar, Kula Cakes la paling best. Tapi kena pandai-pandai cari parking space ye. Kami sampai jam 11 pagi pun parking dah penuh, beratur dah panjang..jadi bertabahlah kalau terasa nak makan mango cheese cake di Kula Cakes. Apa pun view untuk bergambar memang terbaik kat sini, instagram worthy sangat!

Kula Cakes atau Lila Wadi? Mana Yang Best?

Jadi antara Kula Cakes dan Lila Wadi, awak rasa mana satu yang paling best?

Catat Ulasan

21 Ulasan

  1. Balasan
    1. Ala, nak offer makan sesama pun jauh la cik nor..

      Padam
  2. Kalau macam kami bawak anak2, Lila Wadi lebih sesuai 😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betulla wak, saya pun setuju sebab banyak choice makanan boleh pilih dan jauh sikit dari jalanraya. Space pun besar..

      Padam
  3. when it comes to cake, i would choose kula cake.

    BalasPadam
    Balasan
    1. The view is nice at Kula Cakes but i prefer Lila Wadi more..hihi

      Padam
  4. Lila wadi.. sb husband ummi bukan penggemar kek..so klu nk rasa2 boleh la.. yg pghabisnya ummi..pastu trus lunch dkt sne..heheh.tp cntik environmen dia ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama la kita wak, tapi lebih kepada sebab makanan kat kula cakes tak banyak pilihan. Kitorang suka makan berat..

      Padam
  5. Hahaha tau2 je kedai dari founder yang sama ye?
    Masa saya mula2 cuba Kula Cakes, Lila Wadi restaurant belum ada lagi. Jadi kami hanya makan dessert sahaja.
    It's amazing to see how Kula Cakes alfresco has changed. Dah pakai furniture besi dan kayu. Dulu pakai kayu palette je. Entah bila lah dapat ke kuantan lagi sebab craving gila kek2 Lila Wadi ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, dah lama kenal kula cakes la rupanya. Tapi mango cheese cake dia memang boleh buat orang craving nak makan lagi. Kitorang pun dah start cari kat kedai area sini mango cheese cake yang lebih kurang rasa macam di kula tu...

      Padam
  6. baru dapat ke Kula Cakes je sekali.. hehe Lila Wadi belom.
    but the cheese cake sama je kan.. kite sukaa coklat cake dia =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Coklat kek dia sedap ye? Nak cuba aritu tapi dah selalu makan coklat kek, cheese kek memang sedap. Suka yang tu..

      Padam
  7. kreatif betul environment dia... ;) ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Lain terus environment dengan design diorang. Ingat duduk kat dalam hutan la mula2 tu..

      Padam
  8. Baru tahu Lila Wadi dengan Kula Cakes sama sebenarnya. Tak pernah pergi both. Teringin jugak tapi tak pernah berkesempatan pegi Kuantan lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah one day nanti sampai la tu wak..nanti jangan lupa order mango cheese kek okay..

      Padam
  9. Aisehh tgh lapar nampk Pula gambar makanan sedap2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun lapar balik lepas tengok gambar ni mama. Acaner ni?

      Padam
  10. Suasana dia nampak menarik di Kula Cakes. Ambil gambar pun cantik. Memang kena cuba kedua-dua tempat ni biarpun dari pengasas yang sama. Huhu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kelebihan di Kula Cakes memang view yang cantik tapi kalau di Lila Wadi, makanan dia banyak pilihan. So awak pilih yang mana? Hihi..

      Padam