Makan Malam Sedap di Terengganu : Paloq Western Food Gong Badak


Apa yang awak selalu makan kalau order western food? Lamb chop? Chicken chop?

Bagi saya, saya lebih suka order chicken grill dan suami akan pilih lamb chop. Anak-anak pula lebih minat makan sphagetti. Bila datang mood nak makan western food, pilihan kedai makan yang kami cari tentulah yang sedap dan kena dengan selera. Nak cari menu western food yang sedap untuk makan malam di Gong Badak Terengganu? Apa kata cuba makan di Paloq Western Food!

Makan Malam Sedap di Terengganu : Paloq Western Food Gong Badak

Makan Malam Sedap di Terengganu : Paloq Western Food Gong Badak


Berada di sekitar Gong Badak, saya tak lepaskan peluang untuk menikmati menu ala barat di Paloq Western Food. Jika sebelum ini, kami memang selalu makan menu kambing bakar Paloq tetapi ini merupakan pengalaman pertama kami mencuba menu western food terbaru mereka. Tentulah first time kerana Paloq Western Food baru sahaja mengembangkan business mereka dalam bidang ini.


Sebelum ini, Paloq hanya menjual menu kambing semata-mata termasuklah kambing bakar dan frozen. Setelah mendapat permintaan yang menggalakkan daripada pelanggan, kini Paloq mula mengorak langkah mengembangkan perniagaan dengan memperkenalkan beberapa menu pilihan tambahan yang baru seperti chicken chop, lamb chop serta fish and chips. Jadi kebetulan pada hari kami ke restoran untuk mencuba menu kambing bakar Paloq itu, ia merupakan hari kedua mereka baru beroperasi.

Makan Malam Sedap di Terengganu : Paloq Western Food Gong Badak

Berlokasi di dalam Restoran As-Syakirin Gong Badak, stall milik Paloq Western Food berada paling hujung di sebelah tepi pagar. Konsep pelbagai stall di dalam satu restoran ini membolehkan pelanggan memilih bukan sahaja satu jenis makanan namun variasi makanan yang dikehendaki. Jadi jika anak-anak ingin makan masakan panas namun ibu dan ayah pula mahu makan menu ala barat, apa kata singgah sahaja di Restoran As-Syakirin Gong Badak. Semua ada..


Lamb Chop vs Chicken Chop Paloq Western Food


Kebetulan kami ingin menonton pertujukan circus pada malam itu, jadi pilihan untuk makan malam kami adalah hidangan segera namun mengenyangkan. Menu chicken grill untuk saya manakala suami pula lamb chop. Cheezy wedges dan bun roti menjadi menu sampingan kami pada malam itu. Jadi, makan malam kami di mana? Tentulah di Paloq Western Food Gong Badak Terengganu!


Apa yang paling kami sukai dengan hidangan lamb chop adalah kerana saiznya yang agak besar dengan bahagian isi yang banyak. Ada sesetengah kedai yang menghidangkan menu lamb kadang-kadang hanya dipenuhi dengan bahagian lemak dan tulang namun tidak di Paloq Western Food. Isinya yang banyak membolehkan saya turut berkongsi makan hidangan lamb chop kepunyaan suami tanpa rasa bersalah.

Makan Malam Sedap di Terengganu : Paloq Western Food Gong Badak

Perapan yang meresap hingga ke bahagian isi daging ditambah dengan cicahan sos lada hitam yang pedas memberikan rasa kecur liur apabila saya kembali membayangkan menu tersebut. Tidak sahaja sedap malah cukup rasa hasil gabungan sos dan dagingnya. Bagi ibu bapa yang ingin berkongsi hidangan dengan anak-anak, usah risau kerana dua variasi pilihan sos lada hitam disediakan bagi penunjung yang ingin rasa pedas atau kurang pedas. Jadi anak-anak juga boleh turut makan bersama.

Makan Malam Sedap di Terengganu : Paloq Western Food Gong Badak

Bagi hidangan chicken grill pula, ianya cukup rasa dan menepati kehendak selera saya. Hirisan ayam bersama celupan sos lada hitam ditambah dengan kepingan salad benar-benar memberi rasa puas setiap kali hasil kunyahan masuk ke ruang kerongkong. Sambil menikmati menu utama, kami juga tidak henti menyulam rasa dengan hidangan cheesy wedges dan french fries.

Makan Malam Sedap di Terengganu : Paloq Western Food Gong Badak

Bagi yang ingin menikmati menu ala barat di Paloq Western Food, hanya waze sahaja Restoran As-Syakirin dan awak akan dibawa terus ke lokasi di mana Paloq Western Food berada. Sekiranya ingin membuat tempahan kambing bakar secara pukal bagi majlis tertentu juga boleh terus berhubung dengan ownernya yang peramah dan mesra iaitu Puan Amira di talian 013-915 9010. Menu kambing bakar terbaik dengan sos lada hitam pedas pasti menambat selera semua!

Makan Malam Sedap di Terengganu : Paloq Western Food Gong Badak

Bercerita panjang lebar pasal makanan ni, terasa nak makan menu ala barat pula. Bila agaknya saya boleh nikmati lagi makan malam sedap di Paloq Western Food Gong Badak Terengganu ni ye..craving pula..

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Adoiii la..tgk pic tu masa tengah lapar ni.?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak kesiannya, pi cari kedai makan segera sis..nanti craving :P

      Padam
  2. kalau lamchop saya tidak pernah tolak kerana pengemar daging kambing..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agaknya daging kambing memang kegemaran ramai lelaki kot ye, sebab suami saya pun pengggemar daging kambing..

      Padam
  3. sminggu ni diet daging2.. x sabaaaq haih boleh nak makan daging.
    nak laaaamb chop !!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya rasa lepasni saya pun kena start dietla, dah ke depan perut ni..semua salah makanan yang sedap..hurm

      Padam
  4. Sedapnya! Samalah kita suka order chicken grill kalau makan menu western. Jauh pula nak ganu ni. tapi one day kalau datang ganu should try kat sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau datang jangan lupa inform ye, boleh kita dating..

      Padam
  5. sedapnya laa haiiii rasa mcm tak kenyang je lunch td hhehehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anies kalau tak kenyang lunch tadi, bila2 boleh mai ganu untuk dinner bersama. Jomlah, saya tunggu ni :D

      Padam
  6. bpleh masuk list dulu kalau ke sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mama masukkan dalam list dulu ye tapi jangan aktif sangat jalan ke sana sini, kaki tu masih tak sembuh lagi. Rest elok-elok..

      Padam
  7. Saya pun lapar balik bila tengok ni..nak makan..

    BalasPadam