Pembersih Muka Untuk Jerawat dan Detoks oleh Beautea by Safi


Seiring peningkatan usia, semakin banyak masalah yang akan kita hadapi berkaitan kulit wajah. Bukan  disebabkan oleh faktor usia dan pemakanan semata-mata, malah faktor persekitaran turut menyumbang kepada masalah kulit wajah. Antaranya adalah kesan daripada pemakaian kosmetik seharian, stress dan pencemaran persekitaran. Mujurlah kini ada pembersih muka untuk kulit berjerawat dan detoks oleh Beautea by Safi!



Beautea by Safi


Baru-baru ini saya mencuba pencuci muka daripada Safi dan baru saya tahu rupa-rupanya Safi telah mengeluarkan produk terbaharu iaitu pembersih muka berasaskan daun teh dikenali sebagai Beautea by Safi. Maklumlah dah lama tak pakai Safi setelah kali terakhir semasa masih bekerja dulu, jadi saya agak terkejut melihat saiz botol dan ilustrasi pada packaging. Lain daripada sebelum ini.

Pembersih Muka Untuk Kulit Berjerawat dan Detoks oleh Beautea by Safi

Dengan botol besar yang berisipadu 150 gram dan ilustrasi berwarna-warni, menjadikan saya yakin untuk mencuba pembersih muka terbaru untuk kulit berjerawat dan detoks oleh Beautea by Safi. Tentulah tak sabar nak mencubanya kerana ia diekstrak daripada daun teh premium yang segar serta gabungan bahan semulajadi terbaik yang tentunya selamat dan suci untuk kulit muka.

Pembersih Muka Untuk Jerawat dan Detoks oleh Beautea by Safi

Pembersih muka untuk kulit berjerawat dan detoks oleh Beautea by Safi adalah bebas alkohol, paraben, silikon dan SLS serta dirumus khas untuk memerangi kesan negatif hasil daripada pencemaran, stress dan kosmetik dengan Anti PM 2.5 yang baik untuk kulit sihat. Anti PM 2.5 bermaksud pembersih muka ini bersifat anti terhadap zarah halus yang terdapat dalam udara punca penyebab pencemaran. Bagus bukan?


Tanpa teragak-agak, saya ke Watson dan grab dua botol pembersih muka Beautea by Safi untuk atasi masalah kulit berjerawat dan detoks wajah. Ye, pembersih muka jerawat untuk suami dan detoks untuk saya. Sejak suami makin malas cuci muka ni, jerawat di muka dia berkembang biak dengan subur macam cendawan tumbuh selepas hujan..geram pula saya tengok.

Pembersih Muka Untuk Jerawat dan Detoks oleh Beautea by Safi

Kedua-dua pembersih muka untuk kulit berjerawat dan detoks oleh Beautea by Safi ini berharga RM23.30 setiap satu dan boleh dibeli secara online atau di kedai fizikal seperti Watson.


Gel Pembersih Muka Anti Jerawat


Pembersih muka untuk masalah kulit jerawat daripada Beautea by Safi ini adalah dalam bentuk gel, jadi ianya halus dan lembut dipakai serta tidak bersifat kasar macam skrub. Dihasilkan dengan campuran daun teh hijau dan daun mambu, ia sesuai digunakan buat mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak dan normal.


Seperti yang telah diketahui umum, teh hijau merupakan antara salah satu makanan kesihatan terbaik yang bersifat antioksida dan antibakteria. Manakala daun semambu pula berkesan untuk melegakan keradangan kulit dan alahan serta turut bersifat antibakteria. 


Oleh sebab itu, campuran ekstrak kedua tumbuhan ini mampu memberi kesan yang positif dalam memperbaiki kulit muka. Antara kelebihan pembersih muka gel anti jerawat ini adalah :
  • Mengurangkan jerawat
  • Membuang kekotoran di muka
  • Menyingkirkan minyak / sebum berlebihan
  • Melindungi kulit muka dari pencemaran debu dan asap
  • Mengurangkan masalah jerawat

Pembersih Muka Untuk Jerawat dan Detoks oleh Beautea by Safi

Suami saya suka menggunakan pembersih muka anti jerawat ini. Katanya tekstur yang lembut dan berbau harum menambahkan rasa seronok beliau untuk kerap mencuci muka. Nasib baik saya tak silap beli, kalau suami tak suka..jenuh pula nak membeli pembersih muka yang lain.


Krim Pembersih Muka Detoks


Untuk kulit muka saya pula, tiada masalah yang ketara cuma apabila menjengah ke usia 30-an, masalah kedutan dan kendur semakin jelas kelihatan. Betapa semua wanita mengimpikan kulit anjal dan mungil tanpa kedutan, begitu juga dengan saya. Namun faktor usia, pencemaran, pemakanan dan persekitaran juga mempengaruhi kadar kedutan di wajah.

Pembersih Muka Untuk Jerawat dan Detoks oleh Beautea by Safi

Mengimpikan kulit anjal seperti suami kerana kami memiliki umur yang sama, saya cuba memperbanyakkan memakan makanan berkhasiat seperti sayur dan buah-buahan. Selain itu, penggunaan set penjagaan kulit yang bersifat anti penuaan juga amat diperlukan untuk mengurangkan kadar kedutan di wajah.


Sebab itulah saya memilih untuk menggunakan pembersih muka krim detoks dari Beautea by Safi bagi mengatasi masalah ini. Apa yang menyebabkan saya tertarik adalah kerana pembersih muka ini dihasilkan dengan campuran ekstrak teh hitam dan orkid hitam. Saya baru tau adanya kewujudan dua spesies flora ini ye.

Pembersih Muka Untuk Jerawat dan Detoks oleh Beautea by Safi

Sesuai digunakan untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif, krim pembersih muka detoks ini mempunyai struktur agak kasar berbanding gel pembersih anti jerawat. Antara kebaikan krim pembersih detoks adalah :

  • Membantu untuk detoks pada bahagian muka
  • Mengekalkan kulit wajah yang sihat
  • Melindungi dari masalah penuaan
  • Menyingkirkan benda asing di wajah 

Pada awal penggunaan pembersih muka detoks, beberapa biji jerawat tumbuh di muka dan selepas beberapa hari, ia mulai kecut dan pudar. Saya agak tentu proses detoks sedang berlaku di muka saya..namun saya juga tak berapa pasti. Yang penting, saya suka akan kesannya pada muka saya serta baunya juga harum seperti kelapa!


Pembersih Muka untuk Jerawat dan Detoks


Jika anda juga ada masalah kulit berjerawat di muka atau ingin cuba detoks kulit wajah, apa kata cuba produk pembersih muka Beautea by Safi. Harga pun tak mahal, hanya RM23.30 untuk satu botol seberat 150gram. Nak beli dimana? Watson je. Kalau malas berjalan ke Watson, boleh buat belian secara online di laman web Watson. Mudah kan?


Paling penting, pembersih muka untuk kulit berjerawat dan detoks oleh Beautea by Safi ini selamat, suci, organik dan halal!

Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. kalau tak mengeringkan kulit bolehlah cuba. sbb sblm ni kulit sy mudah kering bila guna produk safi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada yang jenis hydrate kan kulit tapi botol warna pink anies. Cuba tengok dekat web Safi sebab produk ada 4 warna berbeza untuk cater masalah berbeza.

      Padam
  2. cantik packaging dia. dah beli yang Rose. saja nak try..
    ade 4 cleanser haha dok tukar2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wow..maksudnya sekarang awak pakai semua 4 jenis produk Safi Beautea yang berbeza packaging tu? Dahsyat..

      Padam
  3. Sis pengguna Safi memang akui produk ni sesuai dengan kulit sis yang berminyak dan mudah naik jerawat.. Bau pun best..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sis pakai yang warna hijau la kan? Saya pun suka yang hijau tu, lembut je..

      Padam
  4. boleh dicoba nih nanti utk ngasih kado haha

    BalasPadam
  5. Nice review kak!! :D Sesuai untuk kulit muka Hana yg ala-ala kertas pasir ni :P hohoho

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, kulit ala kertas pasir ke? Tapi cun wooo..

      Padam
  6. Rasa cam nak try la yg purple tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi saya suka yang hijau sebab yang purple untuk kulit sensitive, hijau untuk normal skin. Kalau mama ada sensitive skin boleh try yang colour purple tu..

      Padam
  7. masih beruntung la umur dalam lingkungan 30-an tahun berbanding saya yang dalam 20-an darab dua hehehe.

    dulu packing Safi tidak sehebat sekarang..

    sekarang lebih menarik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bersyukur selalu tapi bila tengok kedut kat muka, takut jugak..haha

      Padam
  8. akak pun suka produk ni dan packaging dia tu cukup menarik dan harganya pun agak berpatutan kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak, packaging besar pada harga berpatutan..produk pun best guna..terbaik!

      Padam
  9. sy pki yg black orchid.. sebb kulit sensitif

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, muka saya sesuai dengan yang teh hijau tu sebab normal skin wak..

      Padam
  10. Fiza memang pakai safi beautea nie. Bau wangi.. best je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bau harum kan, best bau masa apply kat muka tu. Buat ambil mood, tarik nafas dulu dalam2..haha

      Padam
  11. ada nampak di Watson, tak berani beli sebab baru ja tukar pencuci muka baru. Muka shu jenis berminyak. susah nak cari yang sesuai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Susah kan kalau beli pembersih muka tapi tak sesuai dengan wajah sebab nanti tak pakai la kalau tak serasi. Elok jugak kalau produk Safi ada buat packing kecil untuk tester..

      Padam