Lindungi Keluarga dari Kuman dengan Antabax Travel Protection Pack


Lindungi Keluarga dari Kuman dengan Antabax Travel Protection Pack | Menyediakan perlindungan selama 24 jam dan membunuh 99.99% kuman berbahaya, Antabax merupakan produk penjagaan peribadi bersifat antibakteria yang pertama disahkan halal di Malaysia.  Diuji secara dermatologi yang bertindak lembut pada tubuh, Antabax telah dianugerahkan dengan pelbagai pencapaian seperti The Best Brands in Consumer - Personal Care,  The Malaysian Good Design 2011 Award dan Anugerah Kecantikan Dunia untuk Pancuran Antibakteria Terbaik 2010-2016.



Lindungi Keluarga dari Kuman dengan Antabax Travel Protection Pack

Dirumus dengan bahan tambahan yang mengandungi Vitamin C dan E yang bersifat anti radang dan anti oksida serta Vitamin B Kompleks (B3, B5 dan B6) bagi pemeliharaan sel kulit, Antabax juga menjadikan kulit lebih lembut, licin dan sihat kerana mengandungi Serum Moisture Micro iaitu sejenis pelembap maju yang dirumus secara khusus dengan teknologi Derma Protect System.


Rangkaian Produk Antabax


Produk Antabax telah diperkenalkan sejak tahun 2004 lagi. Namun pada tahun 2010, Antabax mula meluaskan lagi pasarannya dengan menambah rangkaian produk antibakteria yang baru seperti tisu pelembap, cecair pencuci tangan, cecair sanitizer serta spray sanitizer setelah menjalankan kajian secara berterusan demi memenuhi keperluan harian pengguna. Kajian yang dijalankan selama dua tahun itu akhirnya membawa kepada penjenamaan semula produk Antabax dengan rumusan formulasi yang dipertingkatkan.


Terbaru, Antabax memperkenalkan kit mini untuk perlindungan maksimum semasa perjalanan jauh bagi membantu pengguna kekal bersih dan selamat. Pek mini bersaiz kecil ini mengandungi empat jenis produk perlindungan antibakteria yang boleh digunakan bukan sahaja dalam perjalanan jauh, malah membantu saya melindungi anak-anak di rumah dan sekolah daripada ancaman bakteria. Berharga RM8.50 untuk satu pek, kit ini boleh didapati di kebanyakan kedai farmasi dan kedai online di Malaysia.

Lindungi Keluarga dari Kuman dengan Antabax Travel Protection Pack

Didatangkan dalam bentuk comel dan mudah bawa, kandungan pek ini terdiri daripada :

  • Tisu Pelembap Antibakteria

Mempunyai 10 helaian dalam satu pek dan merupakan cara paling mudah bagi melindungi anak samada di sekolah atau rumah. Tidak mengandungi alkohol dan menjadikan Aloe Vera dan Vitamin E sebagai kandungan utama, ia membantu mengekalkan kelembutan dan kelembapan tangan. Produk wajib ada bagi ibu yang mempunyai anak kecil seperti Ameera untuk mencuci peralatan kotor di sekililingnya dalam suasana terhad air.

  • Hand Sanitizer Spray


Bersaiz kecil dan mudah dibawa, spray pembersih ini mengandungi campuran Aloe Vera dan vitamin yang baik untuk kulit dan kandungan bahan pelembap bagi melindungi sambil melembutkan dan menghaluskan permukaan kulit. Mempunyai aroma harum dan lembut, ianya tidak perlu dibilas atau dibasuh selepas penggunaan.

  • Instant Hand Sanitizer


Diformulasi berasaskan alkohol yang bersifat antibakteria membantu membunuh 99.9% kuman pembawa penyakit. Campuran bahan pelembap dan Aloe Vera memastikan kulit sentiasa kekal segar dan lembut dengan wangian harum.

  • Cecair Mandian Antibakteria


Dirumus dengan bahan khas yang mengandungi Vitamin C, E serta Vitamin B Kompleks yang bersifat anti-oksida dan anti-radang bagi mengekalkan keremajaan sel kulit. Selain itu, ia juga dirumus secara khusus dengan  Derma Protect-System, formula pelembap maju yang mengandungi Serum Moisture Micro bagi memastikan kulit kekal lembut dan halus.


Review Selepas Penggunaan Antabax Travel Protection Pack


Kehadiran Antabax Travel Protection Pack di rumah membantu saya menguruskan kebersihan keluarga dengan lebih baik dan selamat. Kebiasaannya Ameera yang masih bayi gemar bereksperimentasi dengan perkara baru yang ditemuinya, jadi saya mengambil langkah untuk menyembur tangannya dengan hand sanitizer terlebih dahulu bagi membunuh kuman sebelum Ameera boleh mula bermain.  Tidak perlu risau tentang kerengsaan kerana ia mengandungi Aloe Vera yang lembut lagi melembapkan.

Lindungi Keluarga dari Kuman dengan Antabax Travel Protection Pack

Auni akan mandi dengan cecair mandian Antabax sebelum dan sebaik pulang daripada sekolah. Membunuh 99.99% kuman dan bakteria serta perlindungan sehingga 24 jam menjadikan saya yakin bahawa sesi persekolah Auni di sekolah adalah selamat dan menceriakan. Setiap kali Auni bermain bersama Ameera di halaman rumah, Auni akan pastikan adiknya selamat dan bersih dengan tisu pelembap Antabax jika mendapati tangan adiknya itu kotor.


Selain itu, Antabax Travel Protection Pack memudahkan saya mengemas beg setiap kali ingin pulang ke kampung atau bagi perjalanan jauh. Jika dulu saya terpaksa ambil barangan penjagaan diri secara satu persatu, kini saya hanya perlu mencapai satu kit dan semua alatan perlindungan diri telah tersedia. Kami sekeluarga suka menggunakan set rangkaian produk Antabax dan travel Protection Pack Antabax memudahkan urusan kebersihan diri kami seharian. Selain berbau wangi dan lembut, ia juga selamat dan tidak merengsakan. 

Lindungi Keluarga dari Kuman dengan Antabax Travel Protection Pack

Jika anda sedang mencari kit perlindungan peribadi yang diyakini, carilah Antabax di kedai sekitar anda hari ini. 

Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. sy mmg perlukn travel pack mcm ni. kdg kn kalu kt umah punya da habis yg ni sy pulun😆

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iyelah kan, awak selalu travel oversea kalau dapat travel pack macam ni memang membantu sangat :)

      Padam
  2. Hana memang peminat setia sabun anti kuman! selalu jugaklah kena ketuk pintu bertubi-tubi masa mandi berjam-jam hahah... *hashtag komen tak related langsung hehehe >_<
    .
    Thank you for review <3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahahahaha..kalau mandi kat rumah lama2 takpe, kalau kat asrama jangan buat pasal tau. Kang tak pepasal bergaduh kes mandi lama kat toilet pulak >_<

      Padam
  3. Hari tu kemas2 rumah baru perasan Ana ada set antabax ni. Terus letak dlm kereta senang nk guna untuk cegah kuman bakteria kat luar tu kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untungla kemas rumah macam tu terus jumpa travel pack best camni. Apsal kalau kita kemas rumah asyik jumpa sampah je ni eh? Haha..

      Padam
  4. siap ada travel bag.. convenience-nya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Senang angkut bawak pi travel memana ada travel pack macam ni.

      Padam
  5. Senang ada travel pack macam ni. Lagipun betul juga, dekat sekolah kalau seorang demam, mulalah berjangkit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Sekolah tempat mudah dapat jangkitan, semoga anak2 kita terhindar dari jangkitan kuman dengan asbab guna travel pack Antabax ni..

      Padam
  6. size sangat practical senang nak bawa jalan kemana2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua keperluan kebersihan diri pun lengkap dalam pack kecil ni, memang senang nak angkut :)

      Padam
  7. Suka travel pack camnie.. senang nak bawa jalan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gimme five Sha! Saya pun sama..senang nak angkut pi memana..

      Padam