It's All About You : Belian Online Domino's Pizza Menggunakan Kupon Amat Mudah dan Cepat


Kalau ditanya brand pizza apa yang terkenal di Malaysia, agaknya apakah jawapan anda? Tentu Domino's Pizza termasuk dalam salah satu daripada jawapan anda kan? Siapa yang tak pernah dengar tentang Domino's Pizza terutama setelah bertahun lamanya berada dalam pasaran di Malaysia.


Namun, ingin berkembang maju sehingga ke tahap ini dan mengekalkannya bukanlah suatu usaha yang mudah bagi Domino's Pizza. Bermula pada awalnya dengan hanya 15 orang kakitangan di sebuah kedai kecil yang terletak di USJ pada tahun 1997, kini Domino's Pizza boleh berbangga dengan pencapaiannya menjadi suatu jenama yang dikenali ramai dan mempunyai banyak cawangan di seluruh Malaysia. 

It's All About You : Belian Online Domino's Pizza Menggunakan Kupon Amat Mudah dan Cepat


Sempena dengan ulang tahun penubuhannya yang ke-21, Domino's Pizza meraikan pelanggannya dengan janji dan jaminan untuk terus melayani dan menghargai pelanggannya. Di atas sokongan pelanggan menghargai produk dan perkhidmatannya, Domino's Pizza berpegang pada prinsip;

Tidak kira siapa anda dan tidak kira apa yang anda lakukan, kami akan berada di sana untuk anda. It's all about you.

Meluangkan Cuti Hujung Minggu di Domino's Pizza

Saya dan keluarga juga tidak melepaskan peluang menikmati hidangan di Domino's Pizza sempena ulang tahun mereka yang ke-21. Iyelah, Domino's Pizza menghargai pelanggannya dan saya juga ingin turut sama menghargai Domino's dengan merasai keenakan pizzanya pada hari hujung minggu yang mendamaikan.

Kebetulan pada hari tersebut, suami mengajak saya ke konsert musikal 'Mengingati Rasulullah' yang akan diadakan di Taman Tamadun Islam (TTI) pada malamnya. Jadi saya beritahu suami untuk take-away sahaja makan malam kami di Domino's Pizza untuk mengelakkan kesesakan jalanraya. Bagi menjimatkan masa, saya membuat belian secara online di laman web Domino's Pizza dan akan pick up di restoran Domino's Pizza Kuala Terengganu nanti.

It's All About You : Belian Online Domino's Pizza Menggunakan Kupon Amat Mudah dan Cepat

Saya mempunyai kupon yang belum saya gunakan daripada Domino's Pizza, jadi saya tebus pizza pilihan dengan menggunakan kupon tersebut dan menambah hidangan adds-on untuk dibawa sebagai bekalan nanti. Bagaimana cara saya membuat tempahan secara online menggunakan kupon Domino's Pizza? 


Cara Membuat Order Online Domino's Pizza Menggunakan Kupon 


1. Pergi ke laman web >> Domino's Pizza.
2. Register akaun dan kemaskini nama, alamat dan nombor telefon.
3. Klik Promotion dan klik Coupon.
4. Masukkan kod kupon (gabungan huruf dan nombor pendek) dan klik redeem
5. Masukkan no siri (gabungan huruf dan nombor panjang).
6. Start pilih pizza yang dikehendaki.
7. Masukkan tempat dan waktu pizza akan di pick-up.
8. Proceed dengan cara pembayaran samada debit kad, kredit kad atau cash.
9. Notis pengesahan belian akan dihantar ke email dan akan digunakan semasa proses pick up.


Fabulous Four dan Tuna Temptation Pizza dengan Mozarella Cheese Crust

Saya memilih tuna temptation pizza dengan crust mozarella cheese serta tambahan cinnastix dan Fabulous Four beserta air 7up dan pepsi. Pada asalnya, kami hanya nak pick up sahaja tapi terpaksa ubah plan asal memandangkan perut terasa lapar lepas terbau haruman pizza yang menggoda. Terus saya tanya suami samada nak makan di kedai atau take away dan suami setuju untuk makan di sana :P

It's All About You : Belian Online Domino's Pizza Menggunakan Kupon Amat Mudah dan Cepat

Jadi plan asal kami telah berubah. Sebaik sampai di Domino's Pizza dan menatap hidangan kami yang menggiurkan, saya sudah tak terfikirkan tentang jalanraya yang bakal jem pada malam itu serta kemungkinan tidak mendapat seat akibat lambat sampai. Apa yang bermain di benak fikiran adalah, saya nak makan pizza dan Fabulous Four! Pasti sedap dengan tambahan mozarella cheese dalam crustnya..

Gigitan pertama tuna temptation pizza ke dalam mulut memang memberi rasa yang sempurna. Campuran tuna, nenas dan ditambah dengan hirisan bawang holand memberi rasa masam manis berjus. Basah di mulut ditambah pula dengan mozarella cheese yang penuh pada crust menambah rasa teruja ketika menggigit dan menarik keluar setiap kepingan pizza.


Fabulous four dengan gabungan empat jenis hidangan berbeza iaitu roasted chicken drummetcrazy chicken crunchiescheesy mozarella stick dan cinnastix tidak mengecewakan. Hidangan yang paling menjadi tumpuan tentulah roasted chicken drummet, siapa yang tak suka ayam kan terutama apabila ia dipanggang dengan rasa manis dan berherba. Rasanya memang terbaik!

Kami berempat punya selera yang berbeza dengan pilihan hidangan kami pada malam itu. Auni sukakan chicken drummet, suami pula sangat gemarkan mozarella stick dan saya pula lebih teruja menikmati hidangan temptation tuna pizza. Adik pula lebih suka mengunyah chicken crunchies sambil bermain. Hidangan cinnastix pula pasti lebih sedap jika dinikmati bersama mushroom soup.

It's All About You : Belian Online Domino's Pizza Menggunakan Kupon Amat Mudah dan Cepat

Ini merupakan pengalaman pertama saya membuat belian menggunakan kupon secara online di laman web Domino's Pizza. Belian online adalah amat mudah, cepat dan mesra pelanggan. Selain itu, pelbagai hidangan sampingan boleh dinikmati secara percuma untuk belian seterusnya sekiranya menjawab soalan di laman web atau menjawab survey yang dihantar ke email.

Jadi jika anda terima email yang bertanya soalan tentang Domino's Pizza, jangan abaikan ya. Respond segera dan anda akan terima ganjaran berupa hidangan percuma daripada mereka. Ternyata Domino's Pizza benar-benar menghargai pelanggannya seperti tagline yang mereka ucapkan iaitu It's 'All About You'.

It's All About You : Belian Online Domino's Pizza Menggunakan Kupon Amat Mudah dan Cepat

Domino's Pizza juga banyak menawarkan promosi harga jimat kepada pelanggannya. Anda boleh melihat promosi terkini yang ditawarkan di laman web Domino's Pizza atau menikmati harga lebih jimat dengan menggunakan kupon belian yang boleh didapati juga di laman web.
Jadi apa tunggu lagi? Domino's Pizza malam ni?

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. senang kan order oline pick up di domino pizza berdekaran

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah, servis cepat dan mesra pelanggan pulak tu. Bagus sangat..

      Padam
  2. lapar terus baca entry ni, cemana ni kak haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahai..meh la call mcdelivery suruh hantarkan pizza kat umah..

      Padam
  3. Fabulous four tu memang sedappp. Serius suka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah kan? Tapi berebutla dengan anak dengan laki nak makan chicken drummet..

      Padam
  4. mudah kan beli online. Fabulous four tu pun sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu..nak repeat lagi ni. Nasib baik delivery tak cover area rumah..kalau tak mesti time lapar je terus order ni..haha

      Padam
  5. Sedap domino's pizza..nak makan order pon senang

    BalasPadam
  6. sy mmg suka domino. selain sedap harga pulak murah

    BalasPadam