Fernleaf 100% Mmmmm : Susu Berkhasiat untuk Keluarga


Ketika Auni berusia lima tahun, dia tak mahu minum susu formula lagi. Apa yang sering dimintanya adalah air teh. Silap saya juga kerana sering order air teh untuk Auni apabila ke kedai makan. Setiap bulan, kami akan beli dua bungkusan susu sebagai stok minuman untuk Auni di rumah. Jadi setelah Auni mula menolak untuk minum susu, kami terpaksa hadiahkan bungkusan susu yang tidak dibuka itu kepada rakan-rakan bagi mengelakkannya rosak.


Kebetulan saya bertemu doktor untuk mendapatkan rawatan, doktor nasihatkan saya untuk meneruskan kembali pemberian susu formula kepada Auni demi kepentingannya. Susu bukan sahaja membantu proses tumbesaran kanak-kanak malah membekalkan kasium bagi menguatkan tulang dan gigi si kecil. Jadi saya kembali mencari susu yang sesuai bagi Auni untuk dijadikan minuman hariannya.

Fernleaf 100% Mmmmm : Susu Berkualiti Tinggi Penuh Khasiat Untuk Sekeluarga

Sebenarnya kami sekeluarga tidak mengamalkan susu dalam kehidupan seharian.
Baik saya mahupun suami, kami lebih suka minuman teh dan kopi walaupun sedar akan kepentingan susu untuk kesihatan. Demi untuk mengambil hati Auni kembali minum susu formula, saya dan suami mengambil inisiatif untuk minum bersama sebagai tanda sokongan. Jadi, apa langkah pertama yang kami buat? Tentulah memilih susu yang paling sesuai untuk minuman kami sekeluarga. 


Susu Fernleaf Pilihan Kami


Kami sepakat memilih susu tepung Fernleaf Family sebagai susu minuman harian kerana selain sesuai diminum oleh seisi keluarga, ianya juga murah dan mempunyai rasa yang sedap. Produk susu Fernleaf juga terkenal sebagai susu berkualiti tinggi yang mengandungi sumber makanan semulajadi kaya dengan sumber protein, karbohidrat dan nutrient yang baik untuk tubuh badan. Selain kaya dengan kalsium yang mudah diserap dan digunakan oleh badan, ia juga mengandungi pelbagai nutrient penting yang lain seperti vitamin A dan D serta protein yang berkualiti tinggi.

Fernleaf 100% Mmmmm : Susu Berkualiti Tinggi Penuh Khasiat Untuk Sekeluarga

Susu Fernleaf  merupakan produk tenusu dari New Zealand yang terkenal sebagai sebuah negara dengan tanah yang subur, taburan hujan yang tinggi dan limpahan cahaya matahari yang banyak. Faktor ini menjadikan New Zealand sebagai salah satu tempat terbaik di dunia untuk pertanian dan penghasilan susu lembu. Dengan rumput berkualiti tinggi, iklim yang selesa serta bekalan udara dan air yang bersih menjadikan lembu yang terdapat di New Zealand menghasilkan susu secara semulajadi tanpa memerlukan penggalak tambahan dalam penghasilan susunya.


Kebanyakan lembu tenusu Fernleaf menghabiskan 90% masa untuk meragut rumput secara bebas, tanpa terkurung di dalam kandang pada hari yang cerah. Proses ini secara tidak langsung membolehkan penyerapan kandungan vitamin D secara penuh oleh lembu tenusu kesan daripada pendedahan kepada cahaya matahari yang bersifat semulajadi. Meragut rumput tanpa had sempadan sepanjang hari di padang rumput berkualiti tinggi dan terbaik membolehkan susu yang terhasil juga adalah berkhasiat dan berkualiti tinggi.

Fernleaf 100% Mmmmm : Susu Berkhasiat untuk Keluarga

Padang rumput menghijau yang luas terbentang menjadikan New Zealand sebagai negara pengeluar hasil tenusu terkemuka di dunia sejak 140 tahun lalu. Berpengalaman luas dalam perladangan tenusu dan pengeksportannya ke lebih 140 buah negara, peladang Fernleaf sentiasa berdedikasi dalam memastikan kualiti pengeluaran susu pada setiap peringkat adalah pada tahap tertinggi. Memiliki reputasi kukuh di mata dunia, keutamaan Fernleaf terletak pada keselamatan dan kualiti makanan bermula dari air yang bersih, rumput yang berkualiti tinggi sehinggalah kepada pemprosesan, pembungkusan serta pengendalian hasil keluarannya sebelum diedarkan kepada pengguna.


Produk-produk Lain Fernleaf


Selain susu tepung segera dan penuh krim, Fernleaf juga menghasilkan susu UHT dan yoghurt sebagai produk keluarannya. Rangkaian produk Fernleaf ini diperbuat daripada susu tepung dengan kebaikan 100% susu dari New Zealand. Susu UHT Fernleaf terdapat dalam tiga pek berbeza iaitu pek penuh krim, coklat dan rendah lemak yang sesuai diamalkan buat semua peringkat usia. Setiap pek membekalkan protein, kalsium serta vitamin A dan D kepada tubuh badan untuk kesihatan berpanjangan.

Fernleaf 100% Mmmmm : Susu Berkhasiat untuk Keluarga

Yoghurt rendah lemak dan kurang gula keluaran Fernleaf pasti menjadi pilihan seisi keluarga kerana didatangkan dalam empat perisa berbeza yang sedap dengan rasa berlemak. Perisa tersebut adalah asli, strawberi, beri campuran dan juga mangga. Setiap suapan ke mulut akan memberi rasa masam dan manis dengan aroma buah-buahan ditambah rasa berlemak daripada campuran susu lembu tenusu dari New Zealand pasti menggamit selera.

Produk Fernleaf Terbaik Buat Kami Sekeluarga


Dengan kebaikan khasiat susu lembu dalam setiap pek, Fernleaf adalah susu terbaik buat kami sekeluarga.  Memiliki kepakaran tahap dunia dalam sains dan teknologi tenusu, Fernleaf mempunyai salah satu kemudahan inovasi tenusu terbesar di dunia bagi penghasilan susu yang lebih efektif dan efisien serta berkualiti.


Kami sekeluarga yakin dengan Fernleaf. 
Bermula dari ladang ragut sehingga ke rak pasaran, khasiat dan kualiti produk Fernleaf sentiasa pada tahap terbaik. Sebab itulah setiap kali kami minum susu Fernleaf, kami dapat 100% Mmmmm...

Catat Ulasan

20 Ulasan

  1. Memang sedap, segar dan 100% Mmmmm... Jom minum susu Fernleaf UHT sekarang!! Hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahahaha..jom la. Eh,lupa dah habis!

      Padam
    2. Boleh ke beri susu fernleaf full cream untuk bayi ? Rasanya jenama fernleaf ni xde untuk anak anak bawah 2 tahun kan? Ke ibu silap. 😅

      Orang dewasa memang confirm bole minum. Susu kotak coklatnya memang sedap. Nyum2

      Padam
  2. kalau dah campur bahan lain macam coklat, kurma etc saya boleh minum susu...kalu susu semata... mmg x lalu tekak ni ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sejak saya beranak pinak ni wak, tak sedap pun kena balun. Sekarang dah boleh terima susu kosong ke, penuh isian ke..haha. Sindrom mak2 bila anak tak habis minum punya pasalla ni..

      Padam
  3. Bila baca sejarah Fernleaf ni bertambah yakin dengan kualiti susunya. Banyak khasiat dan bagus utk seisi keluarga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh samalah kita. Dulu beli susu tepung Fernleaf sebab lebih murah compare dengan lain. Tapi bila dapat tau pasal kualiti susu dan lembu dijaga tu, terus rasa dah buat pilihan yang betul minum fernleaf :D

      Padam
  4. Pagi2 sblm pergi kerja pun mmg ini la susu yg Fiza minum.. sedap dan tak muak..

    BalasPadam
  5. suka semua produk fernleaf ni.. Calcium tu pun sedapp :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak kena kongsi dengan auni calciyum tu kalau tak merajuk je dia. Dulu boleh makan sorang2, sekarang semua kena kongsi..adui..

      Padam
  6. susu ni bgs utk tulang..bdk2 kalo ada perisa coklat sure akan minum..jrg nk minum yg perisa original yg putih

    BalasPadam
  7. ramai betul dapat speck straw tu..

    BalasPadam