Khamis, 6 September 2018

Rumah Ronald McDonald Raih Kutipan RM444,000 Melalui Kejohanan Golf Amal RMHC


Masih ingat lagi tentang rumah kebajikan Ronald McDonald yang akan dibina di HUSM untuk membantu keluarga pesakit kanak-kanak dari segi sokongan tempat moral dan kemudahan penginapan sementara sebelum ini? Saya ada tulis tentang rumah tersebut di >> Rumah Ronald McDonald akan Dibina di HUSM Menjelang Tahun 2019

Saya baru terima satu berita baik tentang Rumah Ronald McDonald. Khabarnya, pihak RMHC telah berjaya mengumpul dana sehingga RM440,000 setakat ini bersempena Kejohanan Golf Amal yang telah dianjurkan mereka! Alhamdulillah..namun masih banyak yang perlu dikumpul bagi menepati jumlah sasaran iaitu sebanyak RM4 juta keseluruhannya.. Jadi jangan berhenti menderma ke dalam tabung kebajikan McDonald ye.


Rumah Ronald McDonald Raih Kutipan RM444,000 Melalui Kejohanan Golf Amal RMHC


Kejohanan Golf Amal Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) telah berjaya meraih sumbangan sebanyak RM440,000 untuk pembinaan Rumah Ronald McDonald baharu di Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) di Kubang, Kerian, Kelantan. Kejohanan golf tahunan yang diadakan pada tahun ini sekaligus turut meraikan ulang tahunnya yang ke-25, dan menerima sokongan yang amat memberangsangkan menerusi sumbangan bagi memastikan visi RMHC dalam menjamin kesihatan, pendidikan dan kebajikan pesakit kanak-kanak tercapai.

Naib presiden RMHC Malaysia iaitu Victor Sim berkata, jumlah dana yang berjaya diraih ini menunjukkan komitmen tidak berbelah bahagi rakan-rakan perniagaan McDonald’s kearah menyokong aktiviti-aktiviti amal dan memainkan peranan masing-masing kearah kesejahteraan masyarakat.


“Kami sangat menghargai sumbangan yang telah diberikan oleh rakan-rakan perniagaan McDonald’s. Memastikan keluarga dan anak-anak mendapat  peluang yang lebih baik dalam kehidupan merupakan matlamat kami di RMHC. Setiap sen yang disumbang kepada RMHC mampu memberi perubahan yang cukup besar dengan memastikan keluarga dapat sentiasa bersama,” kata Sim.


Rumah Ronald McDonald Raih Kutipan RM444,000 Melalui Kejohanan Golf Amal RMHC


Rumah Ronald McDonald pertama yang telah dibina di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia kira-kira 20 tahun lalu dan telah berjaya membantu meringankan beban  keluarga lebih-lebih lagi dari golongan berpendapatan rendah. Rumah Ronald McDonald kedua yang akan dibina di Hospital USM di Kelantan pula dijadualkan siap dan bersedia menerima kunjungan keluarga mulai suku pertama tahun 2019.


Profesor Dato’ Dr Ahmad Sukari Halim, Pengarah Hospital USM & Pengarah Kampus Kesihatan USM berkata, Rumah Ronald McDonald yang baharu ini semestinya memberi manfaat yang besar memandangkan kebanyakan keluarga yang mendapatkan rawatan untuk anak-anak mereka di Hospital USM merupakan daripada golongan berpendapatan rendah.


Rumah Ronald McDonald Raih Kutipan RM444,000 Melalui Kejohanan Golf Amal RMHC


“Sebaik-baiknya kita mahu keluarga ini sentiasa berada dekat antara satu sama lain memandangkan proses rawatan kadangkala melibatkan jangka masa yang panjang dan boleh memberi tekanan kepada keluarga dan pesakit sendiri. Sesetengah keluarga juga terpaksa menempuh perjalanan yang jauh dimana adakalanya melibatkan lebih dua jam perjalanan. Dengan Rumah Ronald McDonald di Hospital USM, Kelantan yang bakal siap tidak lama lagi, keluarga boleh memberi tumpuan sepenuhnya terhadap proses rawatan dan pemulihan anak mereka di hospital,” kata beliau.

Rumah Ronald McDonald yang baharu ini turut menyediakan kemudahan yang selesa dan berpatutan untuk keluarga pesakit pediatrik yang mendapatkan rawatan perubatan tempoh masa panjang di Hospital USM atau lain-lain hospital berdekatan. Apa yang lebih penting, Rumah Ronald McDonald yang baharu ini juga diharap mampu memberi manfaat kepada mereka yang datang dari negeri-negeri lain di seluruh negara dengan bayaran yang amat minima untuk membolehkan keluarga pesakit menggunakan kemudahan seperti bilik tidur, ruang makan, ruang permainan, dapur, ruang membasuh dan lain-lain lagi.


Sebagai contoh, Puan Mimi Faizah Lee Abdullah merupakan salah seorang keluarga pesakit pediatrik yang telah mendapat manfaat dari Rumah Ronald McDonald pertama di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia sejak tahun 2005. Menurut beliau, kemudahan Rumah Ronald McDonald yang disediakan ini merupakan sesuatu yang amat bermakna semasa anak dan cucu beliau manjalani rawatan kanser di hospital.


Rumah Ronald McDonald Raih Kutipan RM444,000 Melalui Kejohanan Golf Amal RMHC


“Proses rawatan yang dilalui adalah kadang kala sakit dan menakutkan bagi kanak-kanak kecil, dan berada di samping mereka ketika proses rawatan boleh membantu memberi ketenangan kepada mereka. Selain itu, keluarga yang tinggal di Rumah Ronald McDonald dapat memberi sokongan moral kepada satu sama lain untuk menghadapi tekanan emosi yang dilalui,” kata Mimi Faizah.

Orang ramai dan pelanggan McDonald’s juga boleh turut serta dalam inisiatif yang dilaksanakan ini dengan memberi sumbangan menerusi tabung-tabung derma yang terdapat di restoran-restoran McDonald’s seluruh negara. Selain itu, sumbangan juga boleh dibuat menerusi pindahan bank atau online menerusi PayPal. 

Maklumat lanjut berhubung perkara ini boleh dilayari di https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/.

Maklumat lanjut mengenai RMHC dan Rumah Ronald McDonald, sila layari https://rmhc-malaysia.my/.


Latarbelakang RMHC Malaysia


Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) telah ditubuhkan pada bulan Februari 1990 sebagai sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan dengan misi untuk mewujudkan, mendapatkan dan menyokong program yang dapat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia. Sejak 28 tahun lalu, RMHC Malaysia telah memberi impak positif dalam kehidupan lebih 20,000 kanak-kanak melibatkan Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan dengan dana berjumlah lebih RM 20 juta.


Inisiatif-inisiatif RMHC lain yang akan dilaksanakan pada tahun ini termasuklah program Kembali-ke-Sekolah yang akan melibatkan kira-kira 20,000 pelajar dari keluarga berpendapatan rendah dengan pemberian kelengkapan sekolah yang baharu untuk sesi persekolahan 2019; program ‘Gift of Smile’ iaitu sebuah program untuk menaja kanak-kanak melalui pembedahan sumbing bibir; dan pembinaan lebih banyak Bilik Sensori Ronald McDonald untuk kanak-kanak istimewa.

Sumber dari : www.mcdonalds.com.my

14 ulasan:

  1. terbaek.. semoga bermanfaat kepada yg memerlukan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah..aamiin. Moga dapat membantu golongan kurang berkemampuan..

      Padam
  2. Balasan
    1. Terbaik! Diharap banyak lagi RMHC yang ditubuhkan selepas ini..

      Padam
  3. wahhh bagusnya! Sambil makan, sambil menderma

    BalasPadam
  4. RMHC memang satu usahasama yang menarik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju Cik Ash, semoga mendapat sokongan pelbagai pihak usaha oleh McDonalds ini..

      Padam
  5. Banyak juga dana yang berjaya dikumpul..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..walau kita tak dapat menyumbang banyak..sikit2 pun jadilah kan Sha..

      Padam
  6. banyak juga jumlah tu.... rakyat malaysia mmg pemurah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..syukur dapat hidup kat Malaysia ni, ramai yang pemurah..

      Padam
  7. alhamdulillah, semoga tercapai sasaran

    BalasPadam