Rumah Ronald McDonald akan Dibina di HUSM Pada 2019


"Anaknya menghidap kanser dan sedang dirawat di wad pediatrik HUSM. Tempat penginapan beliau agak jauh daripada hospital dan beliau tidak mempunyai kenderaan untuk melawat anaknya yang baru berusia 4 tahun itu. Langkah alternatif adalah dengan membuat sewaan kereta mengikut kadar harian. Namun masalah penginapan juga membebankan memandangkan isteri dan dua anaknya yang masih kecil pasti kepenatan untuk mangharungi perjalanan pergi dan balik yang agak jauh. Jadi beliau terpaksa menyewa bilik sementara walaupun pada harga yang mahal. Selain itu perbelanjaan untuk minyak kenderaan serta makan dan minum sepanjang berada di hospital juga merunsingkan fikirannya yang hanya bekerja sebagai seorang penoreh getah".




Ini adalah antara fenomena biasa yang berlaku dalam kalangan keluarga kurang bernasib baik di Malaysia. Masalah anak sakit,  kos perjalanan yang tinggi dan kadar sewaan bilik yang membebankan menyesakkan dada dan pemikiran ibubapa. Bukan sahaja perlu memikirkan tentang masalah penyakit anak, malahan masalah sampingan semasa membuat lawatan di hospital juga amat merunsingkan. Badan penat mengharungi perjalanan jauh ditambah pula minda yang bercelaru boleh menyebabkan tekanan emosi. Walaubagaimanapun masalah ini akan dapat diatasi menjelang tahun 2019! Terima kasih kepada McDonalds!

Rumah Ronald McDonald akan Dibina di HUSM Pada 2019

Persatuan Kebajikan Ronald McDonald atau juga dikenali sebagai Ronald McDonald House Charities (RMHC) akan membina Rumah Ronald McDonald di HUSM Kubang Kerian tidak lama lagi. Rumah ini dijangka akan siap sepenuhnya menjelang tahun 2019 dan memakan masa anggaran 6 hingga 12 bulan untuk disiapkan. Satu memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara Persatuan Kebajikan Ronald McDonald dan Universiti Sains Malaysia pada 29 Julai 2018 yang lalu bertempat di Auditorium Block Pentadbiran HUSM. Ia kini berada pada fasa mendapatkan kelulusan daripada Majlis Perbandaran Kota Bharu sebelum proses pembinaan mula dijalankan. Projek yang dianggarkan menelan belanja sebanyak RM4 juta ini adalah hasil daripada sumbangan orang ramai melalui tabung kebajikan RMHC dan badan korporat. Jumlah kutipan yang diterima melalui tabung kebajikan yang disediakan di 271 cawangan McDonalds Malaysia ini adalah melebihi RM500,000 setiap tahun.

Rumah Ronald McDonald akan Dibina di HUSM Pada 2019

Majlis menandatangani MoU ini telah diwakili oleh Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr. Asma Ismail selaku Naib Canselor USM dan Encik Azmir Jaafar selaku Presiden bagi projek RMHC serta disaksikan oleh Yang Mulia Tengku Tun Sri Dr Mahaleel Tengku Ariff, Ahli Lembaga Gabenor USM. Melalui MoU ini, kedua belah pihak bersetuju untuk menanggung bersama perbelanjaan pentadbiran dan kos operasi yang bakal dijalankan oleh Rumah Ronald McDonald. Hospital USM akan menyediakan satu ekar tanah di dalam kawasan hospital untuk pembinaan rumah ini manakala RMHC pula akan membina Rumah Ronald McDonald yang lengkap dengan segala kemudahan dan perkakasannya. Setelah selesai upacara menandatangani perjanjian, majlis kemudiannya diteruskan pula di Tapak Pembinaan Rumah Ronald McDonald untuk upacara Pecah Tanah.


"MoU pada hari ini dengan USM merupakan satu lagi detik bersejarah bagi RMHC Malaysia dan semua pihak yang terlibat dalam memastikan pembinaan Rumah Ronald McDonald kedua di Malaysia dapat direalisasikan. Ia dijangkakan bersedia mengalu-alukan kehadiran keluarga pesakit pediatrik pada awal tahun hadapan. Kami komited untuk menyediakan kemudahan yang selesa dan berpatutan bagi memastikan keluarga dapat berasa dekat dengan anak-anak mereka", ulas Encik Azmir Jaafar.

Rumah Ronald McDonald akan Dibina di HUSM Pada 2019

Rumah Ronald McDonald ini akan menjadi rumah yang kedua di Malaysia sejak pertama kali penubuhannya di HUKM 20 tahun yang lalu. Ia bakal dilengkapi dengan bilik tidur, ruang tamu, ruang makan, bilik dobi, dapur, tandas dan taman permainan. Selain itu, rumah ini juga turut menyediakan Bilik Sensori Ronald McDonald yang berfungsi sebagai bilik perkembangan untuk kanak-kanak istimewa dan dilengkapi dengan bantuan peralatan multi-deria khas. Rumah Ronald McDonald akan menjadi rumah transit untuk penginapan keluarga pesakit sementara dirawat di hospital dengan harga murah iaitu anggaran RM5 untuk satu malam. Pelbagai aktiviti juga telah dirancang oleh RMHC antaranya mengadakan acara kebajikan seminggu sekali di Rumah Ronald McDonald dan sumbangan bantuan berupa barangan di dapur hospital oleh sahabat RMHC.


Profesor Datuk Dr. Asma Ismail berkata, "USM menyambut baik kerjasama strategik bersama RMHC, sebuah badan berdaftar dengan objektif membantu kanak-kanak kurang bernasib baik dari aspek pendidikan, kesihatan dan juga sosial". Beliau menjelaskan bahawa USM kini dalam rangka usaha mewujudkan kerjasama menerusi sokongan dana kewangan bagi projek perubatan komuniti serta projek penyelidikan berkaitan kanak-kanak yang boleh diterokai bagi menjamin kesejahteraan kanak-kanak di seluruh negara, seiring dengan visi USM dalam Mentransformasikan Pendidikan Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok. Beliau juga berharap agar pembinaan Rumah Ronald McDonald ini dapat meningkatkan persepsi di kalangan masyarakat sekaligus menaikkan nama HUSM dan McDonalds sebagai komuniti cakna masyarakat. 

Rumah Ronald McDonald akan Dibina di HUSM Pada 2019

HUSM akan menyambut ulangtahun penubuhannya yang ke-50 pada tahun hadapan dan bersesuaian dengan itu, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail amat berharap agar proses pembinaan bagi Rumah Ronald McDonald ini dapat berjalan lancar dan akan siap mengikut masa yang ditetapkan supaya dapat diraikan bersama dalam sambutan ulangtahun HUSM itu nanti. Semoga dengan adanya Rumah Ronald McDonald ini akan dapat membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh keluarga pesakit dari segi mendapatkan rumah penginapan sementara dan semoga usaha murni McDonalds ini dapat ditingkatkan dari masa ke semasa serta mendapat sokongan pelbagai pihak.

Catat Ulasan

54 Ulasan

  1. semoga bermanfaat utk semua :)

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, semoga ianya bermanfaat untuk kita semua.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah, semoga berjalan dengan lancar..

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah , sangat murni tujuannya :)

    htpps://aerillhassan.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, semoga usaha ini mendapat sokongan ramai..

      Padam
  5. Projek yang membantu orang susah dan keluarga pesakit. MasyaAllah salute 👍👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Usaha murni ni, semoga dapat keredhaan Allah dan keberkatan-Nya..

      Padam
  6. Usaha murni Mcdonalds sangat membantu untuk golongan yang memerlukan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga dipermudahkan dan dapat diperbanyakkan lagi lepasni kan..

      Padam
  7. mek harap bnyk lagi benda mcm ni dibuat oleh organisasi luar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju mek, semoga banyak lagi projek seumpama ni dibuat selepas ini..

      Padam
  8. bagusnya..harap jugak company besar² pun boleh buat macam ni untuk bantu golongan seperti ni.Kalau tak kita tolong,siapa lagi kan..Good Job Mcdonalds..

    BalasPadam
  9. Semoga ianya memberi kebaikan kepada mereka yang memerlukan

    BalasPadam
  10. moga dpt beri bantuan kpd yg memerlukan.
    kerjasama yg baik.
    usaha yg bijak :)

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah Semoga usaha murni dapat di tiru oleh pihak lain di luar sana. Sekurang-kurangnya dengan adanya rumah seperti ini dapat membantu meringankan beban keluarga pesakit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju tu Rodiah, semoga dapat diperbanyakkan lagi untuk membantu golongan kurang mampu..

      Padam
  12. Bagus diaorang buat macam ni. At least golongan yang berkenaan terjaga dan treatment cost sikit sebanyak boleh dibantu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, atleast mereka tak perlu nak fikirkan tentang tempat penginapan dan pengangkutan..harap dipermudahkan usaha ini..

      Padam
  13. hilang komen kak nora..


    Ingatkan Mc Donald McD tu.. hehehe
    Bagus usaha murni yg diberikan pd
    mereka yg memerlukan. Kekadang kita
    x tau mereka susah senang dlm situasi
    moga ikhsan murni ini lebih banyak dptembantu pd mereka yg memerlukan. syabas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hilang komen Kak Nora? Tak faham di situ :D
      In shaa Allah semoga dapat membantu insan yang memerlukan, btw McDonald tu memang McD yang kita selalu pergi makan tu. Mereka punya usahasama dengan HUSM ni :)

      Padam
  14. Wahhh sukanya melihat usaha murni seperti ini dijalankan dan dibangunkan. Semoga ia memberi manfaat kepada mereka yg memerluka. Ingatkan rumah Mcd rupanya bukan. Hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah, aamiin. Btw, kalau rumah McD, masuk konfirm gemuk. Non-stop makan :D

      Padam
  15. moga usaha ini dpt dicontohi pihak corporate yg lain

    BalasPadam
  16. Moga prog seperti ini dapat diperluskan lagi dan diikuti oleh sykt gergasi lain. Good job mcd

    BalasPadam
  17. terima kasih :)

    http://ejulz.blogspot.com/2018/08/senarai-pengomen-tegar-jun-2018.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh dah keluar yang baru. Senarai pengomen tegar Ejulz ni memang selalu ditunggulah..

      Padam
  18. Bagus McD sediakan rumah begitu untuk ibu bapa yang perlu tinggal di hospital. Kebanyakan hospital memang tak bagi night stay dengan pesakit. Unless hospital swasta. Dah la ibu bapa kena cuti tanpa gaji, tidur pula tidak selesa. Jadi stress dengan kehidupan terus. Hurrrmmm.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju tu Rabia, nak pulak ibubapa tengah fikir tentang sakit anak. Tentu lebih membebankan kalau takde kemudahan penginapan macamni. Alhamdulillah atas usaha McD ni..

      Padam
  19. Untung dia besar, takkan tak boleh buat kebajikan kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah dia buat usahasama macamni kan. Harap banyak lagi badan lain yang akan buat benda macamni jugak..

      Padam
  20. Semoga Rumah Ronal Mc Donald ini memberi 1001 manfaat untuk semua..

    BalasPadam
  21. Alhamdulillah, semoga ianya bermanfaat untuk kita semua..

    BalasPadam
  22. alhamdulillah, masih ada yang sudi ... semoga segala usaha murni yang McDonald buat amal ini untuk menolong org kurang upaya sentiasa berkekalan dan membawa manfaat kepada semua dan diteladani org lain

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, semoga mendapat keredhaan Allah..aamiin..

      Padam
  23. Great initiative by McDonald's to bring cheer to child patients. Medical cost is really a heavy burden for their parents. Nice timing in conjunction with HUSM's 50th anniversary.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, they choose a good timing date to also celebrate it on HUSM Aanniversary. What a coincidence :D

      Padam
  24. Rawlins suka rumah Ronald McDonald nie sebab banyak membantu famili yang memerlukan. Rawlins dah lawat yang berada di HUKM dan bersyukur sebab ada bantuan sebegini bagi keluarga yang memerlukan. Moga rumah ini kelak akan mendapat lebih banyak bantuan untuk maintenance dan sustenance.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga usaha macamni dapat diperbanyakkan lagi pada masa hadapan kan..

      Padam
  25. Semoga kempen Rumah McDonald ni turut diadakan di Negeri lain selain dapat membantu keluarga yang susah dan memerlukan. Meringan beban keluarga juga yamg datang dari jauh untuk melawat keluarga yang sakit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju sangat. Kalau tak dapat buat di semua negeri, mungkin boleh target dulu di kawasan 4 penjuru iaitu utara, selatan, timur dan barat. Paling kurang mereka tidak perlu berjalan jauh daripada rumah.

      Padam
  26. Alhamdulillah, baru tahu tentang perkara ini. Semoga Ronald McDonald dimurahkan rezeki dan kerjasama bersama HUSM ini sangatlah terbaik dan respek dengan keputusan yang mereka buat demi nasib kanak-kanak yang tidak bernasib baik di Malaysia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah, usaha yang murni ini harap berterusan hendaknya..

      Padam
  27. Wah. Bagus betol diorang buat macam ni. Info menarik ni. Saya pun baru tahu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Harap lebih banyak usaha baik macamni lagi diteruskan..

      Padam

Rini Ismail Rini Ismail Rini Ismail