Homestay Terengganu Bebudak Carl Banglo Berkonsep Sederhana Mewah


Rumah Terengganu Bebudak Carl Homestay | Saya pernah bercuti di Tawau dan menghadapi masalah untuk mendapatkan rumah penginapan sebaik sahaja turun daripada kapal terbang. Tanpa arah tujuan dan tiada kenalan rapat di sana menyebabkan keadaan sedikit menyesakkan. Namun ia merupakan kesan daripada kesilapan saya yang tidak membuat perancangan rapi mendapatkan rumah penginapan terlebih dahulu sebelum tiba di sana.


Adakah anda sedang merancang percutian ke Terengganu? 
Sudahkah anda membuat tempahan rumah penginapan? Jangan jadi macam saya. 
Buat tempahan awal bagi memudahkan percutian anda.

Homestay Terengganu Bebudak Carl Banglo Berkonsep Sederhana Mewah

Berita baik untuk anda yang sedang mencari rumah penginapan sepanjang percutian di Terengganu, saya ingin tawarkan sebuah banglo berkonsep sederhana mewah yang boleh anda pilih sebagai homestay sementara. Dengan harga mampu milik dan dilengkapi dengan segala kelengkapan dan kemudahan asas, percutian anda pasti akan lebih menggembirakan.


Homestay Bebudak Carl merupakan sebuah banglo yang dilengkapi dengan 3 bilik tidur, satu ruang tamu, satu dapur dan 2 bilik air. Dengan jarak hanya 1.5km daripada lapangan terbang, ia merupakan pilihan terbaik buat pengunjung yang mempunyai masalah berkaitan pengangkutan. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan seperti katil, penyaman udara serta meja solek. Almari mini, tandas dan water heater untuk mandian pula disediakan di dalam bilik tidur utama.

Homestay Terengganu Bebudak Carl Banglo Berkonsep Sederhana Mewah
Homestay Terengganu Bebudak Carl Banglo Berkonsep Sederhana Mewah

Di ruang tamu pula dilengkapi dengan TV, penyaman udara dan 1 set sofa bersaiz besar dan 2 set sofa bersaiz kecil. Kemudahan mesin basuh untuk mencuci pakaian serta seterika untuk menggosok baju juga disediakan. Untuk ruang dapur pula, segala set peralatan memasak disediakan. Peti ais, dapur gas, periuk nasi dan meja makan juga turut disediakan untuk kemudahan para pengunjung.

Homestay Terengganu Bebudak Carl Banglo Berkonsep Sederhana Mewah

Homestay Bebudak Carl terletak di lokasi strategik kerana dikelilingi oleh dua buah universiti terkenal di Terengganu iaitu Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Ia menjadi pilihan terbaik buat ibu bapa yang ingin melawat anak mereka yang menuntut di universiti tersebut atau ketika sambutan majlis graduasi berlangsung.


Selain boleh memuatkan jumlah pengunjung yang ramai, homestay ini menyediakan tempat letak kereta berbumbung dan berada di dalam kawasan berpagar bagi tujuan keselamatan. Selain itu, homestay Bebudak Carl terletak berdekatan dengan dua buah shopping mall utama di Terengganu iaitu Mydin Mall dan Giant Mall di Gong Badak.

Homestay Terengganu Bebudak Carl Banglo Berkonsep Sederhana Mewah

Jika pengunjung ingin menikmati pemandangan menarik di tepi pantai, jangan bimbang. Homestay Bebudak Carl terletak berhampiran Pantai Tok Jembal dan Pantai Teluk Ketapang yang menarik dan seringkali dilawati oleh pelancong asing. Tidak lengkap sekiranya ke Terengganu tanpa menikmati makanan terkenalnya iaitu Ikan Celup Tepung (ICT). Jangan risau, homestay Bebudak Carl hanya berjarak 0.1km daripada restoran jika anda ingin nikmati hidangan tersebut.


Selain itu, pengunjung juga boleh berjalan-jalan ke kawasan sekitar yang terkenal di Terengganu seperti Pasar Payang, Masjid Kristal dan Dapo Pata serta menikmati makanan tradisional Terengganu iaitu keropok lekor di Losong. Semua tempat menarik ini boleh dikunjungi dengan jarak kurang daripada 10km daripada homestay Bebudak Carl.


Di bawah adalah ringkasan bagi jarak perjalanan ke lokasi utama yang sering dilawati pengunjung daripada Homestay Bebudak Carl:


UMT / UNISZA - 2.5km
Masjid Kristal - 10km
Pasar Payang - 10km
Dapo Pata - 1km
Pantai Tok Jembal - 0.2km
Pantai Teluk Ketapang - 1km
Scout Inn (Jamboree Camp) - 1km
Mydin Mall Gong Badak - 5km
Giant Mall Gong Badak - 5km
Keropok Losong - 10km
Ikan Celup Tepung (ICT) - 0.1km


Jadi sekiranya anda bercadang untuk ke Terengganu, apa kata menetap di Homestay Bebudak Carl. Semoga percutian anda di Terengganu mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan.


Homestay Bebudak Carl
No 15197, Jalan Persiaran Airport,
Kampung Tok Jembal,
21070 Terengganu

Harga : RM250 semalam (boleh runding)
Hubungi / Mesej : 019-2638609


Catat Ulasan

38 Ulasan

  1. wow... cantik banglonya.... selesa luas lak tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ruang luas, nak membawang memang sesuai sangat ni :P

      Padam
  2. cantik banglo ni.simple and elegant.kemas je.

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Kalau nak ke Terengganu boleh stay kat sini Ejulz :D

      Padam
  4. Cantik sangat ni homestay nya, kak rini😍😍😍

    Lengkap pulak tu dengan pelbagai kemudahan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau Husni bawak budak pi melancong Terengganu, bolehla stay sini..boleh kawtim dengan owner..

      Padam
  5. Cantik !! Nampak selesa sangat homestay tu. Boleh pergi sana boleh juga cuba

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ke Terengganu boleh contact nombor kat atas tu KakTie :)

      Padam
  6. Tempatnya macam cantik dan selesa.. Kalau pergi sana boleh la booking ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila sila..contact je nombor diberi tu ye :)

      Padam
  7. Usually, I never comment on blogs but your article is so convincing that I never stop myself to say something about it. You’re doing a great job Man. Best article I have ever read

    Keep it up!

    BalasPadam
  8. tiba-tiba berkenan tengok kitchen kabinet tu. warna ala-ala gold. ke memang gold? haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahahaha..kalau gold, saya nak request dok sana seminggu la. Lepastu confirm hilang kabinet tu :P

      Padam
  9. Macam menarik je, boleh masak masak sekali ni

    BalasPadam
  10. Boleh masuk dalam list ni.. ;)
    Dah lama tak ke sana..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Elok jugak tu..nak datang just inform je. Nanti boleh kasi harga diskaun :)

      Padam
  11. cantik rumahnya! in shaa Alla nnt drop by kalau pergi jenjalan tganu kitee! hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh Azah, nanti boleh kita kenal2 Azah sekali. Kenal dalam blog je selama ni :)

      Padam
  12. cantik dan selesa! Dekat pula tu dengan port panas terengganu :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sesuai stay di sini untuk pengunjung. Atleast tak perlu pergi jauh untuk berjalan2..

      Padam
  13. kalau dtg ramai2ke t'ganu mmg sesuai menginap kt homestay ni.. murah tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Affordable price untuk rumah banglo, nak datang contact nombor kat atas tau Anies :P

      Padam
  14. harga sangat berpatutan..bolehlah book homestay ni kalau ada bercuti di Terenganu

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah, datang Terengganu rogerla tau Radhia :D

      Padam
  15. Nampak sgt selesa dan sgt cantik, harganya jugak berpatutan..terima kasih sis sudi share kot2 ada rezeli nak bercuti ke terengganu boleh la pilih homestay ni...❤

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah, semoga ada rezeki Lin datang Terengganu nanti..aamiin.. :D

      Padam
  16. Balasan
    1. Kalau nak datang Terengganu, bolehla stay sini wak..

      Padam
  17. cantik... kalau ke ganu elok dok sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terbaik homestay ni, rumah cantik..owner pun friendly :)

      Padam