Flower Chimp Tawar Khidmat Penghantaran Bunga Secara Dalam Talian


Ulang tahun perkahwinan anda bakal tiba namun masih buntu memikirkan hadiah yang ingin diberikan kepada pasangan? Bertenang. Tarik nafas dan duduk di hadapan komputer. Apa kata anda berikan sesuatu yang unik dan istimewa buat si dia kali ini. Kejutan dan...

 “Hadiahkan dengan bunga!”


Kepesatan industri e-dagang di peringkat global telah memacu perkhidmatan penghantaran bunga dan membolehkan pengguna mencipta kenangan indah bersama insan tersayang walau di mana sahaja mereka berada. Bayangkan betapa mudahnya untuk memilih jambangan bunga kegemaran anda dan merancang penghantaran sepantas satu klik di hujung jari.

Flower Chimp Tawar Khidmat Penghantaran Bunga Secara Dalam Talian

Daripada pilihan jambangan sempena hari lahir hingga ke kiriman bunga sebagai tanda ucapan tahniah, titipan indah sempena sambutan Hari Kekasih dan Hari Ibu, Flower Chimp mampu memenuhi keperluan bunga-bungaan anda dengan harga bermula serendah hanya RM89 sahaja demi melengkapkan sambutan hari istimewa anda.


Flower Chimp


Flower Chimp menyediakan perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian dan telah lama bertapak di Asia Tenggara. Ia menawarkan perkhidmatan pembekalan bunga berkualiti tinggi pada harga berpatutan yang turut disokong dengan perkhidmatan penghantaran percuma ke seluruh negara demi memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan. 


Flower Chimp telah beroperasi di beberapa buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Filipina dan bakal mengembangkan rangkaian perniagaan mereka di Singapura pada pertengahan bulan Ogos 2018 serta di Vietnam, Thailand dan Hong Kong menjelang tahun 2019.


Flower Chimp Tawar Khidmat Penghantaran Bunga Secara Dalam Talian


Flower Chimp telah ditubuhkan oleh dua orang usahawan dari Jerman iaitu Maximilian Lotz dan Niklas Frassa. Selepas menghabiskan masa di Belanda yang terkenal sebagai pusat perkembangan bunga-bungaan dunia, Lotz dan Frassa mengambil keputusan untuk menceburi bidang perniagaan berkaitan bunga dan meletakkan penanda aras baharu dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian.  


Sejajar dengan peningkatan perniagaan tersebut, mereka terus meningkatkan perkhidmatan dan menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk menawarkan lebih banyak pilihan bunga-bungaan demi memenuhi kehendak pasaran yang semakin berkembang. Dua usahawan bercita-cita tinggi ini juga berhasrat untuk melancarkan platform mereka di Singapura dan negara Asia Tenggara yang lain dalam masa terdekat.

Flower Chimp Tawar Khidmat Penghantaran Bunga Secara Dalam Talian

Melangkah setapak ke hadapan berbanding pesaing mereka, Flower Chimp menawarkan perkhidmatan penghantaran percuma ke seluruh Malaysia yang meliputi lebih daripada 80 daerah, termasuk juga di Sabah dan Sarawak. 


Dengan rangkaian meluas seperti itu, maka tidak hairanlah perkhidmatan penghantaran bunga dalam talian oleh Flower Chimp menjadi pilihan utama pelanggan yang turut menikmati penjimatan menerusi penghantaran secara percuma ke atas semua tempahan tanpa had perbelanjaan minima. Malah, pelanggan juga boleh menjadualkan penghantaran pada hari yang sama bagi semua tempahan yang dibuat sebelum jam 1 tengah hari untuk memberi kejutan kepada insan tersayang.

Flower Chimp Tawar Khidmat Penghantaran Bunga Secara Dalam Talian
Flower Chimp Tawar Khidmat Penghantaran Bunga Secara Dalam Talian

“Walaupun kami masih baharu dalam perniagaan penghantaran bunga ini, Flower Chimp telah berkembang hingga menjadi jenama terkemuka dalam industri ini. Dalam tempoh kurang daripada dua tahun, kami telah menjadi pilihan nombor 1 dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian di Malaysia, Indonesia dan Filipina dengan rekod pertumbuhan lima (5) kali ganda berbanding tahun lepas,” kata Maximilian Lotz, Pengasas bagi Flower Chimp.


Berikutan prestasi memberangsangkan mereka dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian, Flower Chimp berjaya menambat pelaburan berjumlah RM6 juta daripada sekumpulan pelabur termasuklah Asia Venture Group (AVG), sebuah syarikat persendirian yang telah menilai potensi besar Flower Chimp menerusi model perniagaan dan strategi pemasaran mereka yang unik. Syarikat yang sama turut membuat pelaburan dengan syarikat lain seperti iMoney, Happy Fresh dan iPrice.


Lotz dan rakan kongsinya, Niklas Frassa merangkap Ketua Pegawai Operasi bagi Flower Chimp, telah mendalami sendiri perniagaan bunga-bungaan dan berhasrat untuk menggunakan pelaburan yang diterima untuk mengukuhkan operasi mereka di Indonesia dan Filipina, di samping meningkatkan infrastruktur teknikal untuk mengoptimumkan perkhidmatan mereka dengan ciri-ciri pintar termasuklah sistem penjejakan secara langsung bagi mengesan setiap tempahan daripada pelanggan.

Flower Chimp Tawar Khidmat Penghantaran Bunga Secara Dalam Talian
Flower Chimp Tawar Khidmat Penghantaran Bunga Secara Dalam Talian


“Dalam masa yang sama, kami menjalankan kajian ke atas pasaran semasa secara berterusan dalam mencari idea untuk produk dan promosi baharu untuk pelanggan kami yang kembali untuk mencari sesuatu yang bersesuaian dengan keperluan mereka,” kata Frassa.

Menurut Frassa lagi, “Dengan kuasa pemasaran dalam talian dan media sosial, kami mahu mengukuhkan penjenamaan kami dan menjadi pilihan pertama dalam kalangan pelanggan yang semakin lama semakin bijak mengendalikan perkata berkaitan teknologi. Kami yakin, dalam tempoh dua belas (12) bulan akan datang, dari Suku Keempat (Q4) 2018 hingga ke Suku Keempat (Q4) 2019, Flower Chimp akan berkembang sehingga tiga (3) kali ganda menerusi sumbangan daripada empat pasaran utama iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina”.



Bagi mereka yang sedang merancang untuk memberi kejutan kepada insan tersayang dalam bentuk bunga-bungaan, anda boleh layari laman sesawang www.flowerchimp.com untuk melihat pakej dan harga yang ditawarkan. Anda juga boleh menghubungi Bahagian Perhubungan Flower Chimp menerusi e-mail ke pr@flowerchimp.com atau melalui talian ke nombor +6013-886 9948 untuk sebarang pertanyaan berkaitan media.


Hubungi


Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Flower Chimp melalui talian di bawah:


Flower Chimp di Malaysia


Instagram : @flowerchimp
E-mail : pr@flowerchimp.com
No telefon : +6013-886 9948


Flower Chimp di Indonesia


Laman sesawang : https://www.flowerchimp.co.id/
Facebook :  https://www.facebook.com/FlowerChimpID/
Instagram : @flowerchimp.id


Flower Chimp di Filipina


Laman sesawang : https://www.flowerchimp.com.ph/
Facebook : https://www.facebook.com/FlowerChimpPH/
Instagram : @flowerchimp.ph



Biodata mengenai Pengasas Flower Chimp


Flower Chimp Tawar Khidmat Penghantaran Bunga Secara Dalam Talian

Maximilian Lotz, B. Sc. Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Maastricht (Belanda) dan Universiti Bocconi Milan (Itali)

Ketua Pegawai Eksekutif bagi Flower Chimp
  • Bertanggungjawab menjalankan semua aspek pemasaran di empat (4) pasaran Flower Chimp. 
  • Mempunyai rekod prestasi yang cemerlang dalam bidang e-dagang. Berpengalamana luas dalam bidang pelaburan perbankan dan venture capital serta pernah mengetuai perniagaan hear.com iaitu perniagaan alat bantu dengar yang terkemuka di Malaysia.


Nicklas Frassa, M. Sc. (CEMS) Pengurusan Antarabangsa dari Rotterdam School of Management (Belanda) dan B. Sc. dari WHU - Sekolah Pengurusan Otto Beisheim (Jerman)

Ketua Pegawai Operasi bagi Flower Chimp
  • Bertanggungjawab menyelia operasi bagi seluruh jabatan di empat (4) pasaran Flower Chimp. 
  • Berpengetahuan luas dalam perundingan pengurusan. Pernah memimpin projek bagi firma perunding pengurusan terkemuka dalam industri media Jerman. Mempunyai pengalaman e-dagang yang luas di Malaysia, Singapura dan Indonesia melalui syarikat fesyen dalam talian terkemuka di Asia Tenggara iaitu Zalora.


Catat Ulasan

25 Ulasan

  1. Balasan
    1. Pandai dia gubah kan? Bunga pun cantik-cantik jugak..

      Padam
  2. cantiknyaaaaaa bolelah ni beli untuk diri sendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beli sendiri tapi tulis daripada 'secret admire', kasi nampak gempak sikit :P

      Padam
  3. lps sy komen ni, adakah sy akan dpt sejambak bunga dr puan blog?😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahahahaha..awak jom kita tukar tukar nak? Saya beli untuk awak, awak hadiahkan untuk saya..barulah adil dan saksama gitu..

      Padam
    2. ok. jom kita buat 'kerja gila' ini hahahaha

      Padam
    3. Betul wak? Saya on! Bila nak buat ni?

      Padam
  4. bestnyaa kalo dapat munge2 macam ni =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang saya takkan merasa nak dapat munge2 manis macam ni..beli untuk diri sendiri je la gayanya..

      Padam
  5. tahu dahlah nak contact siapa kalau nak servis penghantaran bunga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahai bestnya dia, mesti husband selalu belanja bunga kan?

      Padam
  6. terbaek.. mudah nak tempah bunga sekarang :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Duduk online kat rumah depan laptop pun dah boleh buat tempahan. Senang kan sekarang, asal ada duit semua jadi..

      Padam
  7. tudia.. 1 malaysia punya coverage.. nice..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat Malaysia je Pha Is, Indonesia dan Filipina pun ada. Dah jadi international dah ni..

      Padam
  8. Hana yg bukan spesis flower person pun boleh jatuh hati tengok gambar2 bunga tu... heheh nice review kak!! ^_^ Happy Eid al-adha...
    .
    Psstt!! Akhirnya terubat jugak rindu Hana nak menyampuk kat blog akak ni!! T^T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak rindu kat dia tak cakap pulak. Dahla taknak approve kita kat IG, geram tau :(

      Padam
  9. budaya memberi bunga belum popular di negara ini..

    cuma dalam masa-masa tertentu sahaja

    di negara barat sangat biasa..

    apatah lagi menggunakan penghantaran secara online

    pada pendapat saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang betul tu mrhanafi. Kalau ikut suami saya pun tak pernah sekali pun belikan bunga untuk saya. Tapi di negara barat memang kasi bunga ni common je untuk mereka, hadiri majlis pengkebumian pun wajib bawa bunga kan..

      Padam
  10. Sekarang mudah la nak bagi hadiah istimewa kat orang berlainan negeri kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Zumal, sekarang nak buat surprise tak perlu pun nak pergijauh2 pun. Order online terus sampai hadiahnya kat orang tersayang..

      Padam
  11. ada satu jambangan bunga tak tido cik ash hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahahahha..ingat dapat bunga makin lena, rupanya makin tak tdo ye?

      Padam