Personalized Gift daripada Printcious


Jika disebut tentang hadiah, apakah yang akan terlintas di fikiran anda? Beg, kasut, jam tangan, perfume dan banyak lagi mungkin terus bermain di fikiran bukan? Bagaimana pula dengan harga? Untuk kesemua hadiah yang anda bayangkan itu, adakah harganya berpatutan dan mampu dibeli? Memang tidak sukar untuk membuat list barangan yang sesuai untuk dijadikan hadiah namun kemampuan untuk membelinya juga perlu diambil kira. 

Personalized Gift daripada Printcious

Faktor Utama Ketika Memilih Hadiah


1. Harga

Harga memainkan peranan penting dalam pemilihan sesuatu barangan sebagai hadiah. Kebiasaannya hadiah yang menarik memerlukan modal yang besar untuk dilaburkan. Persoalannya, mampukah anda? Tanpa wang, barang yang diidam untuk dijadikan hadiah tidak mungkin dapat dilaksanakan. Bagaimana caranya untuk memberi hadiah menarik tetapi murah harganya?
Personalized gift adalah jawapannya!


2. Cantik dan berkualiti

Barangan yang ingin dijadikan hadiah haruslah cantik dan berkualiti. Hadiah yang cantik dapat menarik perhatian si penerima. Tahan lama dan tidak mudah rosak pula amat penting bagi membolehkan hadiah tersebut disimpan lama dan menjadi kenangan buat si penerima. Namun cukup sulit untuk mendapatkan hadiah yang cantik dan berkualiti pada harga murah. Jika ada yang berkualiti, kebiasaannya ia kurang menarik. Jadi bagaimana caranya? Printcious ada jawapannya!


3. Mempunyai ciri khas yang dapat mengingatkan penerima kepada si pemberi

Katakan anda memberi beg sebagai hadiah kepada kawan baik, adakah si penerima akan kekal ingat bahawa hadiah beg itu adalah daripada anda? Bagaimana jika dia mendapat banyak beg sebagai hadiah pada tahun tersebut, bolehkah si penerima tunjukkan beg mana yang telah anda hadiahkan? Bagaimana caranya untuk mengingatkan penerima hadiah dengan hadiah yang telah anda beri?
Personalized gift jawapannya!


Personalized Gift daripada Printcious


Cukup tentang masalah memilih hadiah. 
Sekarang mari kita lihat apakah itu personalized gift dan Printcious. 


Apa itu personalized gift?

Personalized gift atau hadiah peribadi adalah hadiah yang di rekabentuk istimewa untuk sesuatu majlis atau khas untuk seseorang. Ia merupakan hadiah yang tidak banyak dihasilkan kerana mempunyai kumpulan sasarannya tersendiri. Personalized gift berbeza daripada hadiah yang lain kerana penghasilannya terhad, cetakannya berbeza dan ia direka lebih unik. Jadi jika anda menerima personalized gift daripada seseorang, ini bermakna anda adalah sangat istimewa di matanya.


Personalized Gift daripada Printcious

Personalized Gift daripada Printcious

Personalized Gift daripada Printcious



Apakah itu Printcious?

Printcious merupakan sebuah online gift shop Malaysia yang menawarkan perkhidmatan mencetak dan membekal hadiah mengikut kreativiti dan kehendak pelanggan. Apa yang menariknya mengenai Printcious adalah pelanggan boleh merekabentuk hadiah yang mereka kehendaki hanya melalui sebuah laman web. Printcious membolehkan pelanggan menghasilkan personalized gift mereka sendiri tanpa perlu melangkah keluar daripada rumah.

Printcious bermula sejak tahun 2007 dan pada awalnya dikenali dengan nama Heartbeat.my. Tanpa modal yang besar, Heartbeat.my memulakan perniagaan membekal hadiah di tengah ibu kota Kuala Lumpur. Namun disebabkan masalah kekurangan pelanggan dan dipercayai akibat kedudukan Feng Shui yang buruk, ia tidak mampu bertahan walaupun sehingga 6 bulan dan terpaksa menggulung tikar.


Personalized Gift daripada Printcious



Hasil daripada sokongan keluarga, ia kembali meneruskan momentumnnya atas nama 123cheese.my pada tahun 2013. 123cheese.my menawarkan khidmat sewaan photo booth dan telah berjaya menawan hati lebih daripada 2,000 orang pelanggan.

Menjelang tahun 2015, Printcious memulakan langkah pertamanya setelah penjenamaan semula Heartbeat.my. Perkhidmatan photo booth daripada 123cheese.my pula masih dijalankan manakala perniagaan pembekalan hadiah digabung bersama dengan perkhidmatan mencetak di bawah nama Printcious. Hasil daripada gabungan perkataan Print dan Precious maka terbentuklah Printcious yang membawa tagline "Print Your Precious Gift". Printcious kini bergerak sebagai laman web e-commerce khusus dalam perkhidmatan personalized gift.


Personalized Gift daripada Printcious

Personalized Gift daripada Printcious

Personalized Gift daripada Printcious



 Mengapa Memilih Printcious Sebagai Pembekal Hadiah Anda?


1. Printcious memiliki kesemua faktor penting yang diperlukan
Harganya murah, rekabentuk cantik dan berkualiti serta mempunyai ciri yang dapat mengingatkan penerima kepada si pemberi. Pada harga serendah RM7.10 anda sudah mampu memiliki hadiah yang menarik dan unik. Bukan itu sahaja, anda bebas merekabentuk hadiah yang anda inginkan secara kreatif mengikut kehendak sendiri.


2. Mudah dan menjimatkan masa
Semuanya dilakukan di hujung jari. Tiada kesesakan lalu lintas untuk ditempuhi, tidak perlu mencari parking dan tidak perlu bersusah payah ke kedai untuk memiliki hadiah yang menarik. Hanya layari laman web Printcious dan anda telah bersedia untuk memiliki personalized gift untuk dihadiahkan kepada insan teristimewa.


3. Menawarkan pelbagai pilihan kategori
Printcious membekalkan keperluan hadiah anda mencakupi pelbagai jenis kategori produk. Antaranya t-shirt, mug, keychain, magnet fridge dan pelbagai lagi kategori menarik yang boleh anda pilih. Selain itu, Printcious juga mempunyai kepakaran dalam membekalkan hadiah yang bersesuaian dengan pelbagai jenis majlis.


4. Menerima belian pukal
Jika anda ingin membeli hadiah dalam kuantiti yang banyak, anda tidak perlu lagi mencari pembekal yang lain. Printcious menerima pesanan bagi belian pukal. Jadi tiada lagi masalah untuk anda menganjurkan aktiviti besar selepas ini.


Personalized Gift daripada Printcious



Jika anda mencari custom mug printing in Malaysia, lanyard atau magic mugs, jangan lupa untuk menghubungi mereka. Mungkin anda ada sebarang acara harijadi atau perkahwinan? Photobooth rental adalah salah satu cara untuk menceriakan suasana. Printcious juga terdapat di Singapura, Australia, Hong Kong, Kanada, Filipina dan Taiwan.

Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. nak cari idea utk hadiah da makin mudah😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, dulu zaman saya muda-muda payah nak buat online camni..mesti kena pergi kedai jugak

      Padam
  2. senang nak beli hadiah sebab boleh direka sendiri.. :)

    http://aerillhassan.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, saya pun tak pernah design sendiri camni. Dari rumah pulak tu..

      Padam
  3. Cantiknya, nak tempah juga la...

    BalasPadam
  4. Odea menarik untuk hadiah istimewa..

    BalasPadam
  5. Memang mudah kan nak cari hadiah sekarang, boleh design sendiri hadiah yang kita nak tue.. Anyway, tahniah saya ucapkan kerana awak menjadi 10 top commentor dalam jurnal saya..

    http://www.shikinrazali.com/2018/06/top-commentor-mei-jun-2018.html

    BalasPadam
  6. cantik.. kat mana nak tengok senarai harga ek?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ejulz buka printcious.com/my>Shop>klik gambar. Harga ada kat gambar tu ye :)

      Padam
  7. bila print hadiah cemni.. ada xtra sentimental value ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah, more valuable sebab unik. Tak sabar nak design hadiah sendiri..

      Padam