Terima Bayaran Pertama daripada PanelPlace


Masihkah anda ingat tentang artikel saya berkaitan PanelPlace?

Saya ada kongsikan cara buat duit secara online dengan PanelPlace. Boleh lihat di sini untuk mendaftar dengan PanelPlace >> Buat Duit Online dengan PanelPlace.

Hari ini saya ingin kongsikan bayaran pertama yang saya terima setelah hampir 2 bulan mendaftar sebagai ahli PanelPlace. Sebelum itu, biar saya kongsikan maklumat tambahan mengenai PanelPlace yang belum saya sentuh sebelum ini.

Jika sebelum ini saya jelaskan bahawa anda akan menerima bayaran dalam bentuk point, cash atau voucher setelah menjawab kaji selidik, kali ini saya ingin kongsikan pula mengenai peraduan yang dianjurkan oleh PanelPlace.

Jika anda tidak mempunyai masa yang cukup untuk menjawab kaji selidik, apa kata anda luangkan sedikit masa untuk menyertai peraduan yang dianjurkan oleh PanelPlace. Peraduan ini berlangsung setiap bulan dan akan diperbaharui pada setiap awal bulan berikutnya.

Terdapat pelbagai bentuk peraduan yang dianjurkan. Antaranya seperti peraduan kongsi dan menang, jawab soalan, susun silangkata dan banyak lagi.

Apa yang menarik adalah hadiah berupa wang tunai dalam matawang USD bakal menjadi milik pemenang bertuah setiap bulan dan akan dimasukkan ke dalam akaun Paypal para pemenang.

Masih tidak yakin dengan PanelPlace?
Sebelum ini terlintas juga di fikiran saya PanelPlace ini mungkin adalah spam.

Namun selagi belum mencuba, saya tidak akan tahu. Saya mula mendaftar dua bulan lepas dan mengiklankannya di blog. Disebabkan kekangan masa, saya kurang menjawab kaji selidik. Tetapi saya sertai peraduan kerana prosesnya lebih cepat dan hanya perlu menjawab sekali sahaja sebulan kerana peraduan akan tamat pada setiap akhir bulan.

Ternyata PanelPlace bukan spam dan saya telah mendapat hasilnya. Ini adalah bukti bayaran yang saya terima kerana terpilih sebagai salah seorang pemenang untuk peraduan bulan lepas.


Terima Bayaran Pertama dari PanelPlace


Walaupun hanya USD10, namun ia amat mengujakan saya. Cuma dengan sekali iklan, saya mendapat hasil. Alhamdulillah..

Bagaimana nak sertai peraduan?

Setelah log masuk ke akaun PanelPlace, anda klik Promotions pada bahagian label blog. Semua peraduan yang sedang dan telah berlangsung akan dipaparkan di halaman tersebut. Anda boleh sertai peraduan terbaru yang sedang berlangsung bagi bulan tersebut. Pada bulan ini, peraduan yang sedang berlangsung adalah Mr & Ms PanelPlace International 2018.

Jadi jika anda telah mendaftar dengan PanelPlace, apa tunggu lagi? Sertai peraduan yang sedang berlangsung, mana tahu anda bakal menjadi pemenang bertuah untuk bulan ini. Jika anda belum mempunyai akaun dengan PanelPlace, klik di sebelah kanan blog ini. Saya telah letakkan link untuk mendaftar dengan PanelPlace.

Anda boleh juga mendaftar dengan Involve Asia untuk buat duit tambahan. Link untuk mendaftar juga ada di sebelah kanan blog ini. Baca di sini untuk maklumat tambahan mengenai Involve Asia >> Buat Duit Online dengan Involve Asia.

Catat Ulasan

23 Ulasan

  1. Balasan
    1. Alhamdulillah Sha, tak sangka dapat rezeki terpijak :)

      Padam
  2. Waa tahniah.. Teringin nak serta juga.. Tapi xde paypal :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takde paypal susahla YS sebab rasanya payment by paypal untuk contest ni tapi kalau jawab survey, payment bukan semata-mata by paypal. YS boleh buat jugak tapi untuk jawab survey.

      Padam
  3. Alhamdulillah boleh tambah duit poket beli lolipop untuk kakak Auni heheh >_< Semoga murah rezeki lagi dan lagi! ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Taknak cash out lagi Hana, nak simpan sampai boleh jadi 2.6 billion. Time tu baru akak belanja Auni lolipop :P

      Padam
  4. tahniah. siapa nak bagi 10usd kan. boleh la usha2 lepas ni. macam best je.

    | blog aimanabdullah |

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah, nak tunggu adsense dapat $10 pun jenuh menaip. Bolehla Aiman godek2 lepasni

      Padam
  5. Alhamdulillah...

    rezeki tu.

    tak semua boleh dapat income dalam USD..

    kiranya Auni Sofea insan terpilih dan bertuah di muka bumi ini..

    atas kejayaan itu saya tumpang gembira sangat sangat dan tahniah setulus hati dari saya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, rezeki Allah luas kan mrhanafi. Tak sangka pun boleh menang :)

      Padam
  6. ehemmm da dptt duit raya nmpk? ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaha..nak kumpul duit sampai jadik 2.6 bill. Tak guna dulu kot raya ni :P

      Padam
  7. Alhamdulilah ya kak dapat rezeki

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah.. Tahniah. Teringin nak ada side income camni tapi ejulz x reti sgt.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Ejulz, saya pun belajar slow-slow ni. Dapat sikit-sikit je pun, buat isi masa lapang :)

      Padam
  9. 10 usd pun duit jugak hehe ada dapat email tapi malas nak join. Esok lusa la kot cari mood dulu :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah jumpa mood belum Ana? Lama dah ni tunggu :D

      Padam
  10. yg nie cashout mcm mana ya? Guna paypal ke?

    BalasPadam