6 Tips Bijak Memilih Pakej Fotografi Perkahwinan Bagi Bakal Pengantin


Adakah anda merupakan bakal pengantin baru yang sedang merancang majlis di saat anda menjadi raja sehari nanti? Sudahkah anda memikirkan tentang pakej fotografi pilihan anda? Majlis gilang gemilang tanpa diabadikan dalam bentuk gambar atau potret yang menarik pasti akan menjadi hambar kerana tidak dapat disimpan sebagai kenangan terutama buat tatapan anak dan cucu cicit apabila mereka dewasa kelak.


6 Tips Bijak Memilih Pakej Fotografi Perkahwinan Bagi Bakal Pengantin


Jika anda telah merancang untuk mengambil khidmat jurufoto ketika hari bahagia anda nanti, tahniah diucapkan! Walaubagaimanapun, adakah anda yakin dengan kepakaran jurufoto dari pakej fotografi yang anda pilih? Bagaimana jika jurufoto yang anda bayar menghasilkan kerja yang tidak seperti yang diharapkan? Pasti menyakitkan hati bukan.


Sebelum anda mula menempah pakej fotografi perkahwinan pilihan anda, mari kita lihat tips memilih pakej fotografi perkahwinan bagi bakal pengantin ini terlebih dahulu.



Tips Memilih Pakej Fotografi Perkahwinan


1. Buat rujukan sebelum menempah pakej yang diingini

Sebelum mula menempah pakej fotografi pilihan, pastikan anda membuat rujukan terlebih dahulu. Rujukan ini berkaitan dengan berapa budget anda, pakej fotografi perkahwinan bagaimana yang diingini, apa yang ditawarkan dan pelbagai perkara lain. Anda boleh melayari internet, majalah, bertanyakan sahabat handai atau membaca testimoni pengguna semasa proses mencari maklumat dijalankan. Pastikan anda mendapatkan maklumat yang tepat dan benar bagi mengelakkan tertipu di kemudian hari.


6 Tips Bijak Memilih Pakej Fotografi Perkahwinan Bagi Bakal Pengantin



2. Tentukan budget anda

Sebelum mula mencari pakej fotografi yang sesuai, adalah penting untuk anda mengetahui budget yang akan dilaburkan untuk pakej fotografi nanti. Pastikan anda telah menetapkan pada sesi mana kehadiran jurufoto diperlukan, samada semasa malam berinai, bernikah atau semasa di atas pelamin.
Jika mempunyai budget yang mencukupi, tidak mengapa untuk menggunakan jurufoto pada setiap sesi tetapi jika sebaliknya, usah membazir. Gunakan khidmat jurufoto pada sesi yang penting sahaja.


6 Tips Bijak Memilih Pakej Fotografi Perkahwinan Bagi Bakal Pengantin



3. Lihat kualiti yang ditawarkan

Jangan terpedaya dengan tawaran harga. Yang penting adalah kualiti produk yang dihasilkan. Adakah wang yang dilaburkan berbaloi dengan pakej yang ditawarkan. Pastikan jika harga yang ditawarkan terlalu murah, adakah setimpal dengan kualiti? Atau jika harga yang ditawarkan terlalu mahal, berbaloikah untuk anda? Pengantin seharusnya perlu fokus kepada pakej yang berpatutan dan mampu milik tetapi berkualiti.


6 Tips Bijak Memilih Pakej Fotografi Perkahwinan Bagi Bakal Pengantin



4. Pilih pakej fotografi yang berpengalaman

Mungkin ada yang menganggap jurufoto berpengalaman tidak memainkan peranan besar dalam sesi fotografi, asalkan mereka tahu menekan picu kamera. Oh tidak benar sama sekali. Anda boleh membandingkan hasil kerja tangan jurufoto yang berpengalaman dengan yang tidak berpengalaman. Pasti ada perberbezaan. Jurufoto yang berpengalaman kebiasaannya tahu bermain dengan sudut dan editing yang mampu menghasilkan gambar dengan impak 'wow'. Ilmu ini biasanya hanya dapat diperolehi melalui pengalaman dalam bidang fotografi.



5. Pilih pakej fotografi dengan rekod perkhidmatan yang baik

Jurufoto yang mempunyai pengalaman bertahun namun jika disertai dengan sikap negatif seperti tidak tepati masa dan mulut puaka bukanlah ciri jurufoto yang patut ditempah. Kriteria tersebut boleh membuatkan bakal pengantin mengalami mimpi buruk kerana bakal berhadapan dengan karenah jurufoto yang buruk akhlak.

6 Tips Bijak Memilih Pakej Fotografi Perkahwinan Bagi Bakal Pengantin


6. Pilih pakej fotografi yang berdekatan rumah

Adalah penting untuk memilih kedai fotografi yang berdekatan rumah. Jika terletak agak jauh dari rumah, biasanya pengantin terpaksa membayar cas perjalanan jurufoto. Selain itu, jika anda berhajat ingin menambah sesi fotografi secara tiba-tiba, ia tidak akan menjadi masalah sekiranya lokasi kedai berdekatan dengan rumah. Walaubagaimanapun, pastikan anda mendapatkan pengesahan jurufoto terlebih dahulu samada cas perjalanan adalah percuma atau sebaliknya bagi mengelakkan kekeliruan.

6 Tips Bijak Memilih Pakej Fotografi Perkahwinan Bagi Bakal Pengantin


Jadi bagaimana?
Adakah anda rasa pakej fotografi perkahwinan yang ingin anda tempah sebelum ini memenuhi segala kriteria seperti di atas? Jika tidak, saya ada satu cadangan untuk anda. Apa kata anda mula menaip alamat website seperti di bawah atau hubungi nombor yang tertera.


Website: https://theorangephotography.com
Nombor telefon: 017-296 2141 / 017-211 6634
Email: photography_orange@yahoo.com
Alamat: T3-1D, Tingkat 1, Kompleks Amaniah, 68100 Batu Caves, Selangor


Untuk pengetahuan anda, OrangePhotography menawarkan perkhidmatan jurugambar bagi majlis perkahwinan pada harga mampu milik dengan hasil kerja yang berkualiti. Studio OrangePhotography yang terletak di Batu Caves ini telah beroperasi sejak tahun 2008 dan mempunyai tenaga kerja mahir yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang photography serta videography.


Jika anda tidak percaya dengan kemampuan OrangePhotography, apa kata anda singgah ke studio untuk meninjau suasana kerja dan kualiti perkhidmatan yang mereka tawarkan. Selain itu anda boleh bertanyakan tentang pakej yang ditawarkan kerana team OrangePhotography juga menawarkan beberapa pakej fotografi perkahwinan mengikut kesesuaian dan kehendak pelanggan.


Untuk bakal pengantin, jangan gusar. Dapatkan perkhidmatan yang terbaik daripada OrangePhotography kerana mereka menepati kesemua kriteria yang dibincangkan seperti di atas kecuali kriteria terakhir. Saya tidak tahu di mana anda tinggal tetapi apa yang pasti OrangePhotography akan sentiasa membuka pintu studionya bagi bakal pengantin yang berada di sekitar Batu Caves serta yang berminat mendapatkan perkhidmatan mereka.


6 Tips Bijak Memilih Pakej Fotografi Perkahwinan Bagi Bakal Pengantin


Senarai Peserta Contest SEO Pakej Fotography Perkahwinan


1. ajumohit.com
2. sobrimansor.net
3. mrhanafi.com
4. modernmumthingy.com
5. nurzariniismail.com
6. dianarashid.com
7. onlajer.com
8. pokucu.com
9. iuzira.com
10. mommyfiqa.com
11. ohduit.com
12. adna2029.blogspot.my
13. sensasi2020.com
14. nozi-mirrah.blogspot.my
15. messarah.blogspot.com
16. topseofriendly.blogspot.com
17. ciktom.com

Catat Ulasan

19 Ulasan

  1. Nice tips kak!! ^^ Hana lambat lagi lah.. hahaha >_<

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh mana tau lambat Hana? Kot2 esok dah ada orang masuk meminang, kan nak kena refer tips ni pulak :P

      Padam
  2. sy menyampah kalau baca komen... nk gmbr / pakej tip top tp nak yg murah. bwh 1k...wadehel... ko buat laa sendiri kalau nk mcm tu... igt org pakai air liur ke hahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Positif anies, mungkin dia fikir kita orang paling kaya di dunia dan nak sponsor mereka. Pagi-pagi jangan emosional please..haha

      Padam
  3. nice tips & gambar dari studio orange ni pun cantik2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Saya pun suka tengok gambar dari Studio Orange ni..cantik sangat!

      Padam
  4. Terima kasih kerana sudi menyertai contest ini... Good Luck!!

    BalasPadam
  5. Nasib baik dah kahwin, kalau tidak nak tempah fotografi daripada Orange photograpy ni.

    Tapi bolehlah syorkan kepada rakan-rakan taulan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha..saya pun fikir benda yang sama. Semua hasil gambarnya cantik-cantik. Dalam album kahwin saya gambar sendu je..huhu

      Padam
  6. Antara servis fotografi yang menawarkan pakej yang menarik dan hasil foto yang best. Oh, ya semoga berjaya dengan kontest :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih encik Duit :D
      Sama untuk awak jugak, all the best dengan contest ni ye :)

      Padam