Resepi Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan


Hari ni saya berpuasa, almaklumlah puasa tak habis ganti lagi :D

Badan tengah penat puasa, kakak mintak nak makan kek pulak. Saya pun layankan je. Mula-mula plan nak buat hokkaido cupcake. Masa tengah asingkan kuning dan putih telur untuk buat meringue, terpecah pulak kuning telur dalam bekas putih telur. Ai..nasib baik kuat iman arini. Bersabar je la. Fikir idea lain, terpaksa buat kek yang memang selalu buat. 
Kek coklat kukus..

Resepi Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan

Resepi untuk kek ni saya tengok dalam facebook tapi resepi asal adalah untuk buat kek coklat indulgence. Memandangkan kat rumah takde whipping cream, jadi saya cuma buat kek coklat biasa sahaja. Lebih 10 kali jugak saya buat kek coklat guna resepi ni sebab resepinya mudah dan kek pun elok menjadi, moist dan sedap. Yang lagi best sebab guna sukatan cawan, sesuai sangat untuk saya yang takde penimbang digital kat rumah. Buat masa ni, saya memang akan guna resepi coklat kek ini kalau nak makan kek kukus. Selain senang dibuat, jimat masa jugak sebab menggunakan bahan yang biasa ada di rumah dan ditombang guna sukatan cawan sahaja.

Berbalik kepada cerita hokkaido cupcake yang tak jadi tu, pada asalnya nak main deko-deko dengan kakak sebab nak buat hokkaido cupcake kena ada fillingnya sekali. Kakak suka masukkan filling dalam kek dan deko tapi sebab dah tak jadi nak buat hokkaido ni, terpaksalah saya deko coklat kek guna coklat bar dan coklat rice. Takpelah, asal dapat makan.
 Jom tengok resepi di bawah. Saya dah adjust beberapa bahan daripada resepi asal. 


Resepi Kek Coklat Kukus


Bahan A
1 1/4 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk coklat
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik

Bahan B
3 biji telur
1 cawan gula
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanila
Secubit garam halus

Bahan C
3 sudu susu tepung dibancuh dalam 1 gelas air masak (anggaran air 200 ml)


Cara Penyediaan

1. Ayak bahan A dalam satu bekas.
2. Dalam bekas yang lain, masukkan bahan B dan kacau dengan menggunakan mixer. Masukkan telur, gula dan esen vanila terlebih dahulu dan mix sehingga kembang. Kemudian baru masukkan bahan yang lain.
3. Setelah sebati, masukkan bahan A ke dalam bekas bahan B secara perlahan-lahan.
4. Akhir sekali, masukkan bahan C dan kacau hingga sebati.
5. Masukkan ke dalam pengukus dan kukus hingga masak.

Resepi Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan

Untuk mengetahui samada kek telah masak atau tidak, cucuk lidi sate ke dalam kek dan lihat pada batang lidi. Jika terdapat kek basah yang melekat pada lidi, maknanya kek masih belum masak. Jika lidi bersih atau terdapat kek yang kering melekat pada lidi, maknanya kek telah masak dan sedia untuk di angkat.

Untuk topping coklat di atas kek, saya gunakan 3 bahan di bawah.

Coklat masakan (bar)
Mentega
Susu Cair

Dengan menggunakan kaedah double boiler, masukkan coklat masakan di dalam bekas. Masak sehingga coklat cair, kemudian masukkan mentega dan masak hingga campuran cair. Masukkan susu cair dan tutup api setelah semua sebati. Ikut kesesuaian nak guna berapa banyak coklat masakan dan susu cair. Jika nak manis, kurangkan susu cair. Mentega pula boleh letak dalam setengah sudu besar sahaja. Pastikan tiada air dalam bekas, jika tidak coklat tak akan cair.

Akhir sekali, boleh tabur coklat rice atau coklat chip di atas kek. Kalau nak biarkan kosong pun boleh. Saya suka makan kek coklat ni sejuk-sejuk. Masukkan dalam peti ais, bila dah sejuk makan dengan air teh o tawar. Walla!

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Balasan
    1. Nak tupperware? Sat nanti kita pos..tapi tupperware kosong je la :D

      Padam
  2. Sedapnya..... ni kat asrama takleh la nak try buat, nak makan kek kena beli kat kedai (mahal tuu)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahai kesiannya..mai la datang makan kat rumah saya YS. Saya buat special untuk awak :)

      Padam
    2. Okayyy kalau balik Malaysia nanti sy serbu yaa hahaha

      Padam
    3. Ahahaha..dah balik Malaysia, jangan lupa serbu. Saya tunggu kat rumah :D

      Padam
  3. Adoi.. Sedapnya.. La nie tak berapa nak rajin buat.. kikiki

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe Sha, xrajin nak buat boleh order kat kedai je :D

      Padam