Hilangkan Gangguan Jin di Rumah Dengan Surah Al-Baqarah

Saya pernah menyewa sebuah rumah flat di Puchong selama hampir 2 tahun dan mengalami gangguan yang tak diingini. Gangguan yang dimaksudkan adalah berupa bunyi-bunyian seperti guli dan barang diseret dari tingkat atas rumah. Saya menyewa seorang diri, jadi terdapat 2 bilik kosong yang saya jadikan sebagai bilik simpanan barang.

Disebabkan tidak pernah mengalami gangguan sedemikian, pada mulanya saya anggap itu hanya bunyi bising yang datang daripada jiran rumah atas. Kadang-kadang terdetik juga dalam hati kenapa anak jiran tersebut bermain guli, walhal banyak lagi permainan moden yang lebih menyeronokkan boleh dimain. Fikir positif, mungkin itu adalah permainan kegemaran anaknya.

Gangguan jadi semakin ekstrem apabila bunyi guli itu sering kedengaran tak kira waktu. Pada awalnya ia berbunyi sekitar waktu malam tetapi berlanjutan sehingga awal pagi dan waktu siang.

Hilangkan Gangguan Jin di Rumah Dengan Surah Al-Baqarah


Pernah pada jam 3 pagi saya terjaga kerana bunyi kerusi jatuh mengejutkan saya. Bunyi itu kedengaran sangat kuat seolah-olah ia jatuh di atas kepala saya. Hal yang lain pula bila mana saya sedang tidur siang jam 10 pagi. Saya terdengar bunyi guli melantun dan bergolek betul-betul di tepi telinga. Akibat terkejut, saya terus bangun terduduk. Takut.

Pernah juga adik saya datang ke rumah dan menumpang tidur selama satu malam. Keesokannya, adik beritahu dalam biliknya asyik berbunyi guli yang melantun walhal pada waktu itu saya juga turut berada di dalam rumah.

Disebabkan geram sering diganggu dengan bunyi bising, saya cari cara untuk menghilangkan gangguan tersebut. Akhirnya saya terjumpa satu cara berkesan dan memang saya amalkan sehingga kini walaupun tidak lagi tinggal berseorangan.


Bacaan Surah Al-Baqarah


Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud, "Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu seperti tempat perkuburan. Sesungguhnya syaitan menjauhi rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah di dalamnya."
(Hadis Riwayat Muslim)

Saya mengambil pendekatan membaca surah Al-Baqarah di rumah. Seeloknya surah Al-Baqarah ini dibaca sehingga habis satu surah dan dibaca sendiri oleh tuan badan. Namun kebiasaannya saya tak dapat habiskan satu surah pun. Saya juga gunakan alternatif lain dengan memasang surah Al-Baqarah di handphone sebelum tidur dan pada waktu terluang.

Sejak saya amalkan bacaan surah Al-Baqarah di rumah, memang terasa kesannya. Seawal sehari lagi, bunyi guli melantun berkurangan. Seminggu kemudian memang tak kedengaran bunyi-bunyian di rumah lagi. Namun jika tidak diamalkan bacaan surah Al-Baqarah ni, gangguan daripada jin boleh datang kembali. Maknanya kembali bisinglah dengan bunyi guli melantun tu.

Daripada Sahl bin Said, Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud,
"Sesungguhnya segala sesuatu itu memiliki puncak, puncak Al-Quran adalah surah Al-Baqarah. Barang siapa yang membaca di rumahnya pada waktu malam, syaitan tidak akan masuk ke rumahnya selama tiga malam. Dan barang siapa yang membacanya pada waktu siang, syaitan tidak akan masuk ke rumahnya selama tiga hari".
(Hadis Riwayat Ibnu Hibban dan Baihaqi)


Saya pernah melawat rumah di tingkat atas untuk pastikan samada rumah itu berpenghuni atau tidak. Rumah tersebut berpenghuni dan tuan rumahnya mempunyai 3 orang anak. Lingkungan umur 2 bulan, darjah 3 dan darjah 5 masing-masing. Saya bertanya juga pada ayah mereka samada anaknya suka bermain guli. Namun kata beliau anaknya suka main permainan biasa, yang mana guli bukanlah permainan biasa dalam erti kata lain.
Baiklah..saya faham di situ.

Catat Ulasan

27 Ulasan

  1. Ishh seramnya kak! T^T dulu Hana memang pengecut habis sampaikan tidur kat bilik pun berteman.Sebaiklah ada kak Long kawasan haha tapi since Hana belajar ilmu perubatan islam dengan seorang ustaz,kurang sikit dah perangai lemah semangat Hana.Even kekadang pakinson jugak bila mengenangkan kak long kawasan tak ada kat sebelah masa tidur :') dia kan study kat kelantan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh kakak Hana yang dapat hadiah beg giveaway itu hari kan? Manja betoi budak Hana ni. Mai sini akak nak cubit-cubit pipi tu, kasi kentalkan sikit semangat yang tengah parkinson tu..tapi akak pun parkinson jugak bila tinggal sesorang skrg.

      Padam
  2. Alhamdulillah, tq sis share info yg bermanfaat ni. mmng kadang2 dekat rumah kin pun ada dengar bunyi guli dengan kerusi diseret. tapi jarang jarang jugak. nanti boleh la kin amalkan surah ni untuk elak dari gangguan2 yg tak nampak (:

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah masa tu takde nampak pape, seram jugak kalau ada penampakan time tu. Taktau la macammana nak react..huhu

      Padam
  3. seram juga cerita ini..

    keseraman bertambah feel kerana penulisan yang menarik..

    alhamdulillah.

    saya ilmu yang amat bermanfaat dan terima kasih kerana sudi berkongsi

    BalasPadam
  4. Sure Dewi Aja, masih belum berencana mahu menggunakan hosting baru. Jika ada, saya segera contact kamu ya. Btw thanks invite :)

    BalasPadam
  5. Menakutkan kisahnya... Seram zumal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah menjadi cara ni..masa kejadian berlaku tu saya pun seram jugak..

      Padam
  6. tapi kadang tu kalau yang bunyi guli ataupun berdentum sebab water tank. Macam dalam cerita conjuring 2 tu scene awal sekali

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah, ada tengok jugak babak tu. Kadang-kadang water piping system pun ada hasilkan bunyi jugak tak silap pernah baca dulu

      Padam
  7. setuju. ada satu ketika tu, diri susah sangat nak tidur, terus buka bacaan al baqarah, tak sampai 5 minit lena dengan bacaan terus dibuka. hehe :D sampai 2 jam lebih bacaan buka macam tu je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah saya Azah. Sekarang selalu buat macam tu. Kalau rasa tak boleh tidur, terus on surah Al-Baqarah, terus lena tidurnya

      Padam
  8. Saya baca tulisan ini sampai tuntas, ceritanya sedap dan enak dibaca.

    Ada Pengetahuan yg bisa saya serap dari tulisan ini yaitu Manfaat Surat Al-Baqarah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Trimas sudi singgah baca di sini ya mbak. Semoga bermanfaat.
      Salam kenal dari Malaysia :)

      Padam
  9. terima kasih atas perkongsian ini

    BalasPadam
  10. Selalu juga sy dengar bunyi guli dan bunyi seret kerusi. Dah biasa sebab dari kecil lagi dah macam tu. Tapi tak la sampai dengar tepi telinga. Seram tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bunyi guli je tapi kalau selalu dengar, annoying jugak kan. Haish..

      Padam
  11. Ganguan Jin ni memang menjadi jadi sekarang, Saya lihat sendiri kat Darul Shifa ramai yang datang berubat dan macam macam kena ganguan, ubat dia cuma surah al quran dan doa.. Kisah yang menarik untuk dikongsikan.. Biasanya rumah ditinggal tiada penghuni ni kerap dihuni jin.. kalau nak masuk rumah baru kena ada doa, azan kat depan pintu setiap maghrib selama seminggu, selalu baca al quran dalam rumah, kalau tak pandai panggil ustaz yang pandai nak halau jin tu keluar dan jangan ganggu penghuni rumah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju tu wak, tak azan pulak masa masuk aritu sebab rumah baru lepas orang keluar..silap saya jugak tu sebab nak cepat je tau..

      Padam
  12. Teringat masa duduk di asrama time cuti sem... 2 mlm dengar bunyi guki la.. Bunyi seret la.. Padahal bilik atas xda org.. Hari ke3 terus lari balik kg.. Hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahahaha..duk hostel sesorang ke? Mak aih beraninya dia..

      Padam
  13. Cite yg sama anak kak tggl di appartment flora damansara,tapi anak satu family cuma gangguan kurang split,dia buat xtau ajer,tp yg menantu takut sebab cucu kak blh npk tp dia mmg jenis tak takut,siap bgtau mak dia kat mana benda tu,skrg dah pindah ke rumah mertua

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ma shaa Allah, nasib baik kita tak dikurniakan keistimewaan boleh nampak kan kak..alhamdulillah..

      Padam
  14. Memang seram tu.Bunyi guli,kadang-kadang ada gak dengar bunyi dari umah sebelah,tapi kedengaran selepas asar.Setiap kali dengar,saya baca surah baqarah ayat 255 (ayat qursi). Dan garam bukit pun saya simpan sekali dalam rumah,andaikata ada gangguan lagi.Saya bacakan pada garam kasar tu je dan campak tempat yang terasa seram tuu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun ada simpan garam bukit di rumah tapi taktau cara nak merawat dengan guna garam bukit ni..nanti nak try tengok2la. Ayat apa nak dibaca semua tu kan..

      Padam