Resepi Biskut Oat Coklat Tanpa Bakar atau Kukus


Baru lepas buat biskut oat tadi, percubaan pertama nampaknya menjadi.
Seronok kakak makan, tiap kali makan memang berbunyi la mulut dia 'erm, sedapnya'. Tak tipu memang sedap biskut ni dan senang pulak nak buat. Yang penting tak perlu bakar atau kukus bagai, just masukkan dalam peti ais je selama 15 minit lepastu dah boleh makan. Serius sedap, kalau cukup bahan boleh cuba buat petang ni untuk minum petang.

Biskut ni saya buat kuantiti kecik sebab resepi try and error, takut buat banyak tak jadi..membazir pulak nak buang. Kalau ikut resepi ni dapat dalam 15 biji je biskutnya. Biskut ni juga tak rangup ye sebab kita tak bakar. Tapi lembut.

Resepi Biskut Oat Coklat Tanpa Bakar atau Kukus


Resepi Biskut Oat Coklat

Oat - 4 sudu besar
Nestum - 2 sudu besar
Mentega - setengah sudu besar
Serbuk coklat - setengah sudu besar
Susu tepung - 1 sudu besar dilarutkan dalam setengah cawan air panas
Gula melaka - 2 sudu besar
Peanut butter - setengah sudu besar


Cara Penyediaan

1. Panaskan mentega, susu tepung, gula melaka dan serbuk coklat di dalam pan hingga mendidih.
2. Masukkan bahan tersebut ke dalam bekas. Campur bersama semua bahan lain hingga sebati. 
3. Ceduk kecil dan simpan dalam peti ais.


Siap! Tak susah kan?
Nanti nak kena buat lagi, kakak asyik minta biskut coklat..lapar katanya. Tapi nak try tambah kismis pulak. Tengok macammana kejadiannya. Nak rasa? Mai la datang rumah..hihi

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Siyes telan air liur hahah ^^ tetiba masuk mood hari raya pun ada jugak heheh :3 thank you sudi kongsi resepi... nanti Hana main masak2 dengan Mrs.Mom ya! ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orait jugak tu Hana, maybe boleh letak cornflakes kot lepasni. Baru rasa macam Hari Raya bila makan

      Padam
  2. wahhh sedapnya..cikyan suka biskut ni ! nak sikit boley ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh boleh CikYan..ada sikit lagi tu dalam peti

      Padam
  3. wow semua bahan ada dekat rumah nanti boleh try buat :D

    BalasPadam
  4. Sila sila Farhanna, nanti dah siap gtau sedap ke tak ye..

    BalasPadam
  5. Nampak sedap dan resepi nya mudah. Tapi, tak tau la kalau ika buat menjadi ke idok hehe. Selalunya take time jugak nak menjadi kalau buat sesuatu tu hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak susah pun resepinya Ika, kalau tak jadi pun boleh adjust tambah bahan lepastu. Dont worry sebab tak perlu bake or kukus

      Padam
  6. blh buat untuk raya nanti. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh Ejulz tapi kena beli oat buat stok la, tak cukup guna resepi ni dapat sikit je

      Padam
  7. Resepi nampak senang ni. Hihi. Nak datang rumah lah nanti :D

    BalasPadam
  8. Nampak menarik.. Mengenyangkan pula tu sebab guna oat kan.. sesuailah jadi snek ringan anak-anak nie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang feveret kakak ni, makan macam coklat. Kena catu..kalau tak taknak makan nasi makan biskut ni aje

      Padam