Tips Simpan Roti Supaya Tahan Lama


Biasa kalau roti dah nak expired, korang buat apa?
Saya ada tips nak make sure roti boleh disimpan lama sebelum rosak.
Macammana?

"Sehari sebelum sampai tarikh expired, simpan roti dalam peti sejuk"

Masa nak makan, keluarkan roti lepas tu bakinya simpan balik ke dalam peti ais. Tapi biasanya roti boleh tahan dalam 2 minggu sebab makin lama simpan dalam peti ais, roti akan jadi makin keras.

Tips Simpan Roti Supaya Tahan Lama

Sedap ke makan roti yang dah keras?
Mestilah tak sedap tapi kita boleh panaskan dulu roti sebelum makan balik. Masuk je dalam toaster atau dalam sandwich maker, makanya jadilah sandwich yang boleh dimakan panas-panas.

Tapi katakan kalau takde toaster atau sandwich maker di rumah, boleh jugak letak roti atas pan dan tutup dengan penutup lepastu panaskan selama beberapa minit. Manual style toaster. Roti tak rosak, perut pun kenyang. Kan?

Tips Simpan Roti Supaya Tahan Lama

Jadi dah tak membazir roti dan lebih jimat. Lagi pun, membazir tu kan amalan syaitan.
Ha..buat apa tu? Tengah pikir nak makan roti la tu kan? Jangan lupa simpan dalam peti ais kalau tak habis makan dan hampir sampai expiry date tau. Kalau rasa malas nak simpan dah, pun boleh. Buat je puding roti dengan resepi mudah ni >> Resepi Puding Roti Sedap dan Mudah.

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Thanks for sharing tau! nanti Hana buat experiment ni... ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahahaha..macam masuk makmal sekolah je nak eksperimen ni

      Padam
  2. good sharing...cikyan jarang simpan roti sebab sealunya habis dulu sebelum disimpan.. wkakakka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Patutla kurus jer..diet eh makan roti jer ni..haha

      Padam
  3. dap em roti :D favorite azah roti nii tapi roti cepat expired kan. biasa dh nak expired azah buat roti sandwish je banyak2. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, tu yang terfikir alternatif macammana nak kurangkan pembaziran tu pasal selalu expired tak sempat habis. Btw, selalu jugak buat sandwich tapi skrg dah takut nak letak sardin :D

      Padam
  4. Waahhh nice tips! Kalau sy mmg jarang simpan roti lama2 .. slalunya beli hari nie .. 3 hari ja dah habis hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, peminat roti ni. Kena beli banyak2 la kalau camtu untuk buat stok :D

      Padam
  5. Sedap juga kalau ada roti kat rumah nie.. Terbayang-bayang roti la pula..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaha..itu maknanya Sha tengah lapar tu. Sila la pi 7e kejap beli roti :P

      Padam
  6. Roti x abis n dah due date biasa sy masukkan dlm tupperware panjang kedap udara tu sis. Penah terlupa smpai sebulan sy simpan..elok je..x keras pon. Tp dah lama sgt sy x mknlah. Janji..sis kena simpan dlm bekas kedap udara. Jgn ikat n simpan..mmglah akn keras sbb udara masih boleh menyelinap celah2 ikatan tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betullah wak, tapi kalau letak kat luar sebulan saya pun tak berani nak makan walaupun elok lagi. Macam tak konfiden pulak kan. Kalau tupperware kedap udara tu memang best, sebab letak sayur sebulan pun elok lagi dalam tu. Tapi dengan syarat kena basuh elok2 dulu..

      Padam