Petua Mudah Berpindah Rumah Tanpa Stres

Pemindahan rumah boleh menimbulkan rasa stres dalam sesetengah orang sehingga ianya dapat menakutkan individu tersebut untuk mengelakan berpindah ke rumah baru. Jangan risau, sebenarnya proses pemindahan boleh diringkaskan agar ia dapat mengurangkan beban anda.

Soalan pertama yang sering ditanya oleh orang ramai: Adakah saya harus mendapatkan perkhidmatan daripada syarikat pemindahan?

Petua Mudah Berpindah Rumah Tanpa Stres

Anda boleh menjimatkan kos dengan pindah barang rumah sendiri, tetapi untuk pemindahan jarak jauh, adalah lebih senang jika anda dapatkan bantuan daripada pasukan pemindahan profesional.

Syarikat pemindahan yang menawarkan khidmat lori sewa di Klang atau berdekatan anda bukan sahaja dapat menjimatkan tenaga anda, tetapi ia juga meminimumkan kemungkinan berlakunya kerosakan atau kehilangan harta benda semasa proses pemindahan.


Tips untuk berpindah:


Petua Mudah Berpindah Rumah Tanpa Stres

1. Labelkan kotak mengikut bilik

Labelkan kotak mengikut bilik di mana barang-barang itu perlu diletakkan. Dengan ini, kotak tersebut boleh dibawa terus ke bilik tertentu.

2. Ketepikan kotak untuk barang yang paling penting

Barang penting yang anda perlu gunakan serta merta di kediaman baru harus disimpan dalam kotak khasnya sendiri, jadi anda tidak perlu membazirkan masa mencarinya sebaik sahaja anda tiba di rumah baru anda.

3. Kurangkan beban kerja

Pertimbangkan barang yang anda boleh buang sebelum anda memulakan proses pemindahan untuk mengurangkan beban kerja. Ini termasuk sampah dan barangan lama yang telah anda simpan lama tetapi tidak akan digunakan lagi. Contohnya, jika terdapat banyak buku yang anda tidak perlukan lagi, anda boleh memberikan buku tersebut kepada keluarga atau rakan, atau mendermakannya ke kedai buku terpakai.

4. Kemaskan barangan harian untuk semalam ke dalam beg

Letakkan barangan yang anda perlukan digunakan dengan segera, seperti peralatan mandian, pakaian tambahan dan tablet atau komputer riba, ke dalam beg seolah-olah anda akan melancong untuk tempoh yang singkat. Jadi, anda akan mempunyai beberapa item yang mudah untuk digunakan sementara anda masih menggemaskan kotak-kotak lain.

5. Pastikan kotak adalah ringan

Timbunan buku biasanya menjadi punca utama dalam menjadikan kotak lebih berat daripada yang sepatutnya. Cuba elakkan mengisi lebih daripada separuh kotak dengan buku, dan simpan separuh lagi untuk barangan yang lebih ringan.

Pertimbangkan pasukan Mover2U, mereka adalah pemindahan rumah profesional di Lembah Klang dengan lori sewa 1 tan hingga 5 tan untuk keluarga anda. Pasukan pemindahan mereka yang berpengalaman boleh membantu anda memindahkan barangan rumah dari awal hingga akhir dengan harga lori sewa pindah rumah yang murah.

Hubungi mereka melalui Whatsapp atau e-mel mereka hari ini untuk khidmat lori sewa di Shah Alam hari ini!

Nama Syarikat: Alwinz Biz Resources
Whatsapp/Nombor telefon: +6016-879-1415
Kawasan servis: Kuala Lumpur, Shah Alam dan Selangor

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. nak pindah rumah paling stress...linda akan rase hujung tahun nie...sebab suami nak berpencen dah, kitorg duduk kuarters..kena amik cuti bila nk mengemas...kikiki

    BalasPadam
  2. Adda tak tahu la akan merasa ke tidak pindah randah ni. Tapi tips rini kongsi tu memang panduan terbaik untuk mereka yang akan berpindah. Bagus jugak eh ada perkhidmatan pindahkan barang camni. Memudahkan dari nak berulang angkat sikit-sikit sendiri.

    BalasPadam
  3. good sharing. manalah tau ada rezeki duduk rumah sendiri. boleh amalkan tips-tips ni

    BalasPadam
  4. tak suka kena pindah tapi tips tu mmg berguna! hehe

    BalasPadam
  5. sy dah pindah 3 kali
    ckp laa...
    dia punya penat tuuuu
    waduhhhh
    rs nk demam semggu

    BalasPadam
  6. penah kena tipu dgn pemilik lori
    ms pindah dulu
    eee geram je kalau igt balik
    mentang2 kita pompuan
    sng2 je di gula2 kan...
    mmg sy x halalkan duit tu
    sbb jelas2 menipu

    BalasPadam
  7. saya juga plan nak pindah rumah yang lebih baik lepas ini...ternyata banyak tip yang bagus untuk mereka dan saya boleh guna ketika mahu pindah rumah

    BalasPadam
  8. Pindah rumah memang beban tersendiri buat dipikir. Tapi adanya jasa pindah untuk bantu emang memudahkan. Tapi alhamdulillah waktu aku pindahan dibantu keluarga hehee

    BalasPadam
  9. Jadi ingat dulu pas mertua saya masih jadi diplomat atau ambassador di beberapa negara, itu tiap kali penempatan atau selesai penempatan dan hrs balik Indonesia, reportnya astagfirullah 😂.

    Kalo cuma pindah beda kota, mungkin masih okelah, pakai lori, atau truk besar.

    Tapi kalo pindah negara, lebih complicated dan mahal 😄. Dikirimnya juga harus pakai kapal. Dan biasa sampai ke Indonesia 2-3 bulan.

    Dulu saya sempet envy Krn mertua pindah2 tinggalnya mengikut tugas kan. Tapi setelah tahu repotnya saat pindah, dahlaah, memang stress 😂

    BalasPadam