Za Hon Cafe Terengganu | Ada Kopi, Buku dan Japanese Food

Kalau sayang boleh buka sebuah kedai, kedai apa yang sayang nak buka?


Satu malam suami tanya saya satu soalan yang buat saya berfikir. Tapi tak perlu nak fikir panjang pun sebab saya dah ada jawapan. Saya jawab, saya nak buka kedai kopi dalam library! Sambil mengopi, boleh baca buku. Best kot..


Za Hon Cafe Terengganu | Ada Kopi, Buku dan Japanese Food

Eh, tapi belum cukup modal nak buka cafe dalam library..rupanya Za Hon Cafe dah buka dulu dengan idea sama macam yang saya nak. Tapi lebih advance, makanan di cafe Za Hon ni semuanya berasaskan makanan Jepun tau. Lagi best, dekat pulak tu dengan rumah saya. Ya Allah, tak jadi la nak bukak cafe, saya pergi makan kat Za Hon Cafe je la lepasni..haha.


Za Hon Cafe | Kedai Kopi Menarik Terengganu

Berkonsepkan kedai kopi dalam mini library dengan makanan Jepun, Za Hon Cafe terletak hanya 15 minit daripada rumah. Ia berada di Jalan Sungai Rengas Kuala Terengganu. Walau bagaimana pun, saya baru tahu tentang kewujudan Za Hon Cafe hanya pada pertengahan tahun ini tapi ini adalah kali pertama saya makan di Za Hon. Kalau tak silap, ia baru sahaja dibuka pada bulan Oktober tahun lepas.


Za Hon Cafe Terengganu | Ada Kopi, Buku dan Japanese Food

Za Hon Cafe Terengganu | Ada Kopi, Buku dan Japanese Food

Dalam sejuk malam ditemani rintik hujan, kami melangkah masuk ke dalam Za Hon Cafe dengan perasaan excited. Agak excited kerana kedai ini ada dua benda yang saya suka. Buku dan kopi. Walaupun saya pernah ambil Bahasa Jepun sebagai third language di unversiti, tapi saya tidaklah begitu teruja dengan makanannya kerana saya tak berapa tahu tentang makanan Jepun. Jadi ya, buku dan kopi buat saya excited!


Za Hon Cafe Terengganu | Ada Kopi, Buku dan Japanese Food

Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam cafe, terasa seolah memasuki dunia baru yang berbeza dengan keadaan di luar kedai. Keadaan sejuk, gelap dan basah kami tinggalkan di luar saat memasuki Za Hon Cafe. Di hadapan saya kini ada pelbagai pilihan buku yang tersusun kemas di atas rak di tepi dinding. Suasana kedai tenang dengan beberapa buah keluarga berada di meja makan masing-masing.


Ada Kopi, Buku dan Makanan Jepun

Ameera yang turut excited melihat interior dalaman kedai, mula berlari mencari meja untuk kami berempat. Setelah mendapat tempat duduk masing-masing, kami tak lepaskan peluang mencuci mata melihat sekeliling. Ada keluarga yang duduk di meja berkerusi seperti kami dan ada yang memilih untuk duduk di meja makan sambil duduk bersila (ala meja makan Jepun yang duduk atas lantai tu).


Za Hon Cafe Terengganu | Ada Kopi, Buku dan Japanese Food

Za Hon Cafe Terengganu | Ada Kopi, Buku dan Japanese Food

Mata saya tertancap pada susunan buku di atas rak. Pelbagai buku novel dan manga yang boleh kami baca sementara menanti makanan sampai ke meja. Bercakap soal makanan, hairan juga saya bila lihat tiada waiter yang datang mengambil pesanan kami. Setelah buat short screening, baru kami tahu rupa-rupanya tiada waiter yang mengambil pesanan di meja. Tempahan makanan dan bayaran hanya dibuat di kaunter sebaik sampai. Hait, wakarimashita!


Disebabkan kami sudah makan pada petangnya, jadi masing-masing masih kekenyangan. Tapi sayang pula kalau kami tak cuba menu signature di sini. Lalu suami order dua menu utama dan kami plan untuk ambil dessert sahaja. Chicken curry katsu yang dikatakan antara signature dish di sini jadi pilihan suami dan saya order shoyu ramen yang tak pedas supaya anak-anak dapat makan bersama.


Za Hon Cafe Terengganu | Ada Kopi, Buku dan Japanese Food

Za Hon Cafe Terengganu | Ada Kopi, Buku dan Japanese Food

Za Hon Cafe Terengganu | Ada Kopi, Buku dan Japanese Food

Za Hon Cafe Terengganu | Ada Kopi, Buku dan Japanese Food

Saya suka shoyu ramen yang kami order kerana ramennya tak terlalu kenyal dan rasa masin kuah sup masuk bila dimakan bersama dengan ayam. Rasa smoked pada ayam buatkan ia sedap dimakan begitu saja. Namun saya tak begitu sukakan chicken curry katsu, terasa seperti makan makanan ransum yang abah bawa balik semasa masih bekerja sebagai askar TNB. Tapi suami pula kata sedapppp..haha. Kami memang adalah pasangan yang tak sehati sejiwa.


Permainan Papan dan Baju Kimono

Rasanya Auni adalah orang yang paling gembira bila di Za Hon Cafe kerana daripada mula sampai sehinggalah kami mahu pulang, Auni tak lekang daripada membaca buku. Ada banyak pilihan buku komik yang boleh dibacanya, terus tak jadi bermain pula dengan si adik. Di sini juga tersedia permainan papan yang anak-anak boleh main secara percuma. Sambil menunggu ibu ayah mengopi sambil baca buku, anak-anak juga bolehlah buat aktiviti sendiri.


Za Hon Cafe Terengganu | Ada Kopi, Buku dan Japanese Food

Za Hon Cafe Terengganu | Ada Kopi, Buku dan Japanese Food

Sewaan baju kimono serendah hanya RM5 juga boleh dibuat di sini. Tapi bila masuk ke dalam kedai dan tengok semua keluarga macam dah biasa makan di sini tanpa ada yang memakai kimono, terasa segan pula saya nak sewa kimono. Jadi saya cuma ambil gambar helaian baju kimono dan yukata sajalah untuk simpanan..sedihhh.


Oh, sebelum terlupa. Owner adalah seorang Muslimah warganegara Malaysia yang memasak menu Jepun dengan bantuan kakak iparnya yang berbangsa Jepun. Tak pastilah beliau yang masak atau tak tapi masa buat food tasting, kakak iparnya lah yang komen rasa okay atau tak. Ha, gitu..kata nak support Muslim produk kan? Jom la try makan kat Za Hon Cafe ni. Ada kopi, buku, makanan Jepun dan saya..eh???

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. wah.. menariknya... so far blum ada konsep kedai mcm ni di kuching.. tp kedai yg ada buku tu ada lah cumanya bukan rak buku mcm di library!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best kan kalau jumpa banyak kedai berkonsepkan unik macam ni, tapi yang paling penting dekat dengan rumah. Senang nak pi healing selalu..

      Padam
  2. Menarik konsep macam ni cuma tertanya2 macam mana kalau suatu masa di mana bilangan pelanggan jadi ramai. Mesti ada yang nak spend time lama dengan konsep sebegini. Satu yang menarik perhatian saya ialah ruangan meja Jepun tu telah ditinggikan supaya sama dengan meja biasa, taklah rasa janggal berbanding jika ianya dilantai bawah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pendapat saya mungkin mereka kena besarkan ruang makan jika jumlah pelanggan bertambah kerana ruang makan sedia ada tak mampu menampung jumlah pelanggan yang ramai. Lagipun, jika ada kopi dan buku secara automatik masa yang dihabiskan sewaktu makan akan jadi lebih panjang kan?

      Tentang meja yang ditinggikan tu, apa yang lebih menarik perhatian saya adalah, ada ruang kecil pada bahagian bawah lantai sebagai tempat letak selipar. Jadi pelanggan lain tak mudah terlanggar atau tersepak selipar yang diletakkan di bawah. Brilliant sangat!

      Padam
  3. Buku dan kopi antara gandingan mantap ...sambil baca buku mnum kopi kan...layan juga tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan, lepak sesorang pun no hal kalau ada kopi dan buku

      Padam
  4. kat KL ada kafe mcm ni tapi x semeriah yg ni. buku pun ciput je. dah lusuh pun ya sbb ramai baca kot🤣
    kalau ada rezeki ke sana lg nnt bolehlah sy singgah

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pernah pergi ke kedai makan + buku di pkns shah alam. tapi takde kopi dan buku tak banyak. rasanya tak banyak lagi kat malaysia yang buat kedai konsep camni kan

      Padam
  5. Buku dan kopi, itu pasangan paling best ❤️❤️. Saya pun kalo sedang baca di perpustakaan pribadi saya di rumah, pasti selalu sedia kopi.

    Menariiik konsep kafe dia yaa. Sampe sedia kimono utk sewa 😄👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti fanny bolehla jalan-jalan kat terengganu pulak sambil makan kat sini

      Padam
  6. Ada Kopi, Buku dan Makanan Jepun? wah combination yg terpaling baik ;aa

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes! memang rasa nak duduk lama-lama kalau ada semua combination ni

      Padam
  7. Balasan
    1. tapi akak tak try pun sebab tengok semua pelanggan pun takde yang cuba pakai..haha

      Padam