Belajar Cara Main Saham dengan Modal Kecil

Saya pernah rugi RM800 membeli saham dan saya juga pernah buat duit sebanyak RM8,000 juga dengan saham.


Saya mula belajar main saham pada akhir tahun 2020 akibat dipaksa oleh seorang kenalan di Facebook. Saya gelarkan sahabat tersebut sebagai kawan dari syurga kerana tanpa beliau, saya tak mungkin akan mula main saham. Peliknya pula kerana bila saya dah mula buka akaun CDS dan beli saham, kami tak lagi rapat bersembang seperti sebelumnya. Seolah-olah Allah kenalkan saya dan dia hanya untuk dapatkan ilmu tentang saham sahaja, lagi pula kami tak pernah berjumpa dan hanya berbual di alam maya.


Belajar Cara Main Saham dengan Modal Kecil

Beliau pada ketika itu setiap hari akan bertanyakan saya samada dah buka akaun CDS atau belum. Saya yang kosong dengan ilmu saham memang agak malu setiap kali beliau ajukan soalan tersebut. CDS pun saya taktau apa benda dik oi, lagi nak suruh buka akaun. Beliau tak kenalkan saya pada mana-mana remiser untuk buka akaun CDS sebaliknya suruh saya buka Youtube dan belajar cara buka akaun CDS melalui situ.


Belajar Cara Main Saham dengan Modal Kecil

Akhirnya setelah seringkali ditanya dengan soalan yang sama, saya akhirnya melayari Youtube untuk belajar cara buka akaun saham saya sendiri. Bila belajar sendiri, memang ia susah dan memeningkan kepala. Lagi pula banyak term saham yang saya tak tahu yang melibatkan jual beli saham menggunakan duit, lagi besarlah keraguan saya untuk bermula.


Setelah buka akaun CDS, saya ambil tempoh bertenang untuk belajar tentang saham. Namun belajar tanpa guru agak menyusahkan. Akhirnya saya bayar yuran sebanyak RM350 untuk berguru dengan sifu saham. Harga yuran tersebut boleh dianggap cukup murah memandangkan ramai guru saham yang tawarkan harga lebih tinggi sehingga mencecah ke empat angka.


Belajar Cara Main Saham dengan Modal Kecil

Meskipun yuran yang saya bayar termasuk dengan guidance sepanjang hayat, tapi siapa sangka takdir Allah melebihi segalanya. Setahun selepas menyertai kelas sifu saham tersebut, beliau kembali ke rahmatullah (semoga Allah merahmati arwah). Kemudian saya bayar pula RM50 untuk belajar tentang teknik saham namun ia hanya satu sesi kelas dan bukan sepanjang hayat. Jadi kini saya tak lagi mengikuti kelas saham melainkan kelas percuma yang ditawarkan samada oleh M+ atau ilmu di Youtube.


Percaya tak kalau saya katakan yang saya pernah rugi RM800 masa awal bermain saham dulu? Tapi saya juga pernah buat untung sehingga RM8,000 juga dengan saham bermodalkan hanya RM2,000++. Bersyukur bagi pemula macam saya yang hanya trade sekali-sekala dengan modal kecil dan berjaya buat duit. Ha, jadi tak rugi tau belajar main saham ni..jom saya ajar cara belajar main saham dengan modal kecil.


Bayar RM80 Saja tapi Ada Support Group?

Kalaulah saya jumpa iklan ini lebih awal, tentu saya tak perlu laburkan sehingga RM350 semata-mata untuk belajar tentang saham. Baki duit selebihnya saya boleh gunakan untuk trade saham. Aish..awak tahu tak dengan membayar hanya RM80 saja, saya dah boleh belajar semua ilmu tentang saham dan dapat lagi join group support di Telegram? Ma shaa Allah, betul-betul jimat ni!


Kat mana nak join? Awak klik je gambar di bawah ni 👇


Susah tau nak dapat ilmu saham dengan harga semurah ini. Kelas saham sebelum ini yang saya sertai pun kenakan minimum RM50 untuk satu sesi. Bayangkan bila satu kompilasi ilmu saham bermula daripada cara buka akaun CDS sehinggalah kepada jual beli saham dilakukan, hanya dijual dengan harga RM80 saja. Lagi best, dapat pula join support group di Telegram dan boleh tanya bermacam soalan di sana tanpa apa-apa bayaran tambahan lagi. Aigoo..rugi kalau tak grab ni.


Apa yang ada dalam ebook ini? Kalau awak buat belian ebook ini, awak akan diajar tentang perkara di bawah:


  1. Perkara asas dalam saham seperti terms, candlestick, cara pergerakan candle dan etc.
  2. Cara buka akaun CDS.
  3. Modal yang diperlukan untuk trade saham.
  4. Cara memilih kaunter saham dan cara untuk buat analisis.
  5. Cara jual dan beli kaunter saham.
  6. Kos yang terlibat dalam proses jual beli saham.


Join Group Boleh Terus Buat Untung Ke?

Takde jaminan kalau awak dah join group, awak akan terus pandai bermain saham. Saya sendiri masih belum mahir. Walau pun begitu, setiap masa adalah masa untuk belajar. Jika kita hanya buat jual dan beli saham tanpa ilmu, kita boleh kehilangan duit pelaburan jika tidak berhati-hati. Yang penting jangan berhenti belajar untuk trade dan jangan putus asa jika mengalami kerugian. Loss perkara biasa dalam saham namun kita harus belajar cara untuk meminimakan kerugian tersebut. Dan jika kita buat untung, jangan lupa untuk terus bersyukur ya.


Beli IPO Berkualiti Jika Takut Nak Trade Saham

Jika awak takut nak jual beli saham, awak boleh bermula dengan beli IPO terlebih dahulu. IPO adalah saham awal yang akan tersenarai di Bursa Malaysia dan kebiasaannya dijual pada harga buka yang rendah. Tapi kalau nak beli IPO, kena buat analisis terlebih dahulu melalui prospektusnya. Jangan beli jika financial reportnya tak bagus kerana boleh buatkan kita kehilangan duit. IPO yang bagus boleh berikan keuntungan sehingga 400%, percayalah kerana ia pernah berlaku.


Saya masih lagi trade saham sehingga kini tapi memandangkan modal dah habis digunakan untuk buka kedai, jadi saya hanya trade IPO sahaja buat masa kini. Bila kaunter saham yang saya aim jatuh, barulah saya nak beli kaunter saham dan buat swing trade, semoga kita semua boleh pandai dan mahir dengan saham ini. Semoga kaya dan berjaya. Aamiin..

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. saya dah ada akaun. modal ada laa sikut. cuma masa tu... fuhhh menghambat sungguh...
    sy penah join kelas berbayar, free, online etc sblm ni. tp biasa laa kalau x amal ilmu pun hlg...😁 bla laa ada semangat nk main saham mcm sblm ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau takde masa, boleh invest dalam saham yang kasi dividen anies. Buat swing trade, jadi tak payah nak monitor selalu

      Padam
  2. punya keinginan tapi masih belum berani juga ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe wak, slow2. Kalau tak berani pun susah jugak nak trade. Belajar je dulu, dah berani nanti baru start trade

      Padam
  3. boleh cuba la lepas ini untuk buat duit tepi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi jangan lupa untuk sediakan emosi yang kental sebab rugi adalah perkara biasa dalam saham. Caiyok ya!

      Padam
  4. Saya dah lama investasi di saham. Mungkin sejak kerja di bank dulu. Dari situ jadi tahu ttg saham, cara baca candlestick, cara fundamental dan teknikal , baca laporan keuangan etc.

    Awalnya pusing memang. Tapi lama2 biasa.

    Dulu sempet beli IPO. Untung banyak, tapi skr ini saya tak terlalu mau di IPO kak. Soalnya kita belum bisa baca polanya kan. Krn dia masih baru.

    Makanya LBH milih saham yg sudah tahu bagus, tapi mungkin sedang turun. 😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku lebih suka beli IPO karna lebih senang untuk study untung/rugi melalui financial report. Kalau financial report gak cantik, aku gak bakalan beli. Kalau beli saham di bursa, aku cuma beli yang kasi dividen. Soalnya jantung ku tak kuat kalau tengok percent ruginya besar

      Padam
  5. wow wow bagus share perkara macam ni. elok mula dgn modal kecil dulu mana tau ada rezeki kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, saya dulu bermula dengan 1k je..sekarang je baru berani letak banyak sikit

      Padam