Rupanya Senang Je Nak Buat Kulit Tart | Resepi Tart Coklat

Dulu masa masih bekerja, saya ada seorang kawan yang pandai buat kulit tart. Walaupun tak pernah makan tart yang dibuatnya, tapi bila dia kata dia jual kulit tart bersama membernya (filling tart kawan dia yang buat), saya macam 'wow, hebatnya kau pandai buat kulit tart! Susah kot nak buat tu'.


Kalaulah member tu terbaca posting ni, saya memang maksudkan itu awak, cdot. Hahaha.


Rupanya Senang Je Nak Buat Kulit Tart | Resepi Tart Coklat

Kebetulan minggu lepas saya pinjam buku di perpustakaan awam. Macam biasa, selain pinjam buku fiksyen, saya juga pinjam buku resepi masakan. Masa belek buku masakan, saya ternampak resepi tart coklat. Saya go through pada bahan dan terfikir yang saya ada semua bahan ni kecuali satu, mould atau acuan untuk buat tart saja yang saya takde.


Bila tengok bahan-bahan memang nampak senang sangat, lagi pula saya ada kesemua bahannya. Jadi saya nak cuba buat tart coklat mengikut resepi itu. Saya cuma perlu beli acuan tart saja. Jadi dua hari lepas saya ke kedai bakery. Saya beli 10 keping acuan tart yang bersaiz 4.5cm. Tak tahulah betul atau tak saiz yang saya ambil tapi nampaknya saiz ini paling kecil yang ada di kedai tersebut.


Rupanya Senang Je Nak Buat Kulit Tart

Sampai di rumah, saya basuh acuan itu dan mula timbang bahan-bahan untuk dibuat tart. Saya timbang kesemua bahan terlebih dahulu dan asingkan. Nanti masa nak sediakan adunan, senang kerja saya. Saya cuma perlu ambil dan sebatikan semua ke dalam mangkuk besar saja.


Masa tengah bancuh adunan, saya perasan tepung gandum yang saya dah timbang masih berbaki banyak tapi doh yang saya buat macam dah cukup segalanya, tak perlu nak tambah bahan lain lagi. Kalau saya tambah lagi baki tepung gandum yang ada tentu adunan saya akan jadi keras dan penuh dengan tepung.


Rupanya Senang Je Nak Buat Kulit Tart | Resepi Tart Coklat

Haiya, pada masa ni saya terfikir samada nak tambah mentega atau just proceed dengan doh sedia ada dan simpan je baki tepung gandum tu. Akhirnya saya pilih option kedua iaitu mula buat kulit tart dengan adunan yang dah siap diuli dan simpan saja baki tepung gandum ke dalam bekas. Risau juga kalau adunan saya tak jadi tapi siapa sangka kan, it turns out to be good! Haha..happy saya untuk first try buat kulit tart dan ia menjadi!


Resepi untuk Buat Kulit Tart

Nasib baiklah tart saya menjadi walaupun adunan yang saya buat macam tak kena. Yelah, tak kena sebab sepatutnya saya kena guna semua tepung gandum dalam adunan tu tapi saya tak habis guna pun. Disebabkan hasil kulit tart yang saya buat sangat memuaskan hati, jadi saya tetap nak share resepi ini di sini. Resepi ni bukan saja sebagai rujukan untuk mereka yang nak buat kulit tart tapi juga sebagai rujukan saya sebab nanti saya dah nak kena hantar buku resepi tu ke perpustakaan kan. Ha jadi simpan di sinilah resepinya.


Okay, resepi tart coklat ini saya ambil dari buku 101 Resepi Biskut Moden yang dikarang oleh Chef Zubaidah Che Pa. Anggaran kasar dalam 50 keping kulit tart saya buat dengan gunakan mould bersaiz 4.5cm. Sebelum mula, saya nak ingatkan yang sukatan tepung gandum mungkin akan terlebih kalau mengikut resepi ni, jadi nanti masa nak masukkan tepung..boleh masukkan sedikit demi sedikit. Bila rasa adunan dah elok, boleh simpan baki tepung yang tak digunakan. Okay let's start!


Resepi Kulit Tart

125g mentega
30g gula halus
1 biji kuning telur (saiz C)
1 sudu teh esen vanila
Setengah sudu besar tepung kastad
260g tepung gandum


Filling Tart

1 cawan Beryl's dark coklat
Badam nib


Cara Penyediaan


1. Masukkan gula dan mentega ke dalam mangkuk besar. Kacau sebati.
2. Masukkan esen vanila dan kuning telur. Sebatikan.
3. Kemudian masukkan kesemua bahan lain. Tepung gandum dimasukkan sedikit demi sedikit sambil adunan digaul sebati. Jika adunan dah sempurna, stop masukkan tepung.
4. Masukkan adunan ke dalam acuan tart dan tekan rata mengikut bentuk acuan. Kemaskan bentuk.
5. Bakar pada suhu 150 darjah dengan api atas bawah selama anggaran 30 minit.
6. Bila dah siap, keluarkan bekas acuan dan sejukkan.
7. Dark coklat di cairkan secara double boiled dan disejukkan. Cedok masuk coklat ke dalam kulit tart dan hias dengan badam nib di atasnya.
8. Sejukkan tart di dalam peti ais selama 15 minit untuk keraskan coklat.


Resepi asal gunakan badam biji dan bukannya badam nib untuk diletakkan di atas coklat bagi tujuan hiasan. Namun saya ubah kepada badam nib kerana saya tak yakin yang tart coklat saya akan menjadi kerana saya tak pernah buat tart sebelum ini. Jadi dengan keyakinan yang rendah, saya fikir baik saya guna badam nib saja, paling kurang kalau tart saya tak jadi..saya tak begitu rugi kerana tak gunakan sebiji badam di atas tart. Tapi tak sangka pula menjadi pula tart coklat saya.


Rupanya Senang Je Nak Buat Kulit Tart | Resepi Tart Coklat

Disebabkan cubaan pertama buat tart menjadi, jadi hari ini saya beli pula acuan tart bersaiz 3.5cm. Saya rasa acuan 4.5cm terlalu besar untuk tart coklat, terasa muak pula sebab coklat terlalu banyak. Jadi saya nak cuba buat pula menggunakan acuan yang bersaiz lebih kecil. 


Oh, lupa pula nak cerita tentang tekstur kulit tart. Menggunakan resepi ini, kulit tart yang dihasilkan adalah rangup dan rapuh. Saya bakar sehingga warna tart berubah kepada kuning keorenan untuk dapatkan rasa rangup tart kerana bila dimakan bersama coklat, ia lebih sedap. Bahagian hujung berbunga di bahagian atas mudah rapuh bila disentuh, jadi saya plan untuk tebalkan sedikit adunan di bahagian tersebut selepas ini. 


Jadi kalau awak pun nak cuba buat tart coklat ni, dah siap nanti jangan lupa untuk pos sikit pada saya untuk saya cuba. Semoga berjaya buat okeh!


Update Tambahan

Saya upload video di Instagram tentang masalah yang saya hadapi masa buat tart ini. Tak sangka video pendek yang saya naikkan itu dapat komen daripada ramai sahabat handai. Disebabkan saya hanya buat video semasa menguli doh, jadi ramai juga yang minta sambungan video hingga ke akhir. Nanti saya upload sambungannya ya. 


Tapi baru saya tahu rupanya memang masa menguli doh untuk dibuat kulit tart, tepung perlu ditambah sedikit demi sedikit dan akan ada lebihan tepung sewaktu menguli. Ini kerana kadar penyerapan berbeza bagi setiap jenis mentega dan tepung, tambahan pula saiz telur juga mempengaruhi (saya agak saja ni). Jadi masa menguli, kena percayakan instict sendiri samada doh sudah menjadi atau belum.


Rupanya Senang Je Nak Buat Kulit Tart | Resepi Tart Coklat

Rupanya Senang Je Nak Buat Kulit Tart | Resepi Tart Coklat

Itulah sebabnya tepung saya banyak yang lebih. Saya ingatkan untuk buat biskut dan tart, cara menghasilkan doh itu sama. Iyalah, saya suka buat biskut dan kebiasaannya saya masukkan kesemua sukatan bahan yang telah siap ditimbang ke dalam mangkuk besar tanpa perlu nak agak cukup tepung atau tidak kerana dah berpandukan pada resepi. Tapi untuk buat tart, saya tak boleh masukkan kesemua tepung ke dalam mangkuk, kena mengikut instinct. Okay noted!


Terima kasih buat kawan-kawan yang sudi berkongsi ilmu baru ini kepada saya. Lepas ini saya nak cuba buat tart telur pula. Tengok pada resepinya pun taklah susah mana. Wish me luck okay!

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. kat blog ada la dalam 4 - 5 entri kot pasal tart2 ni.dulu - dulu la.. tapi tula sekarang dah mcm malas2.. :D.. cramp tangan dok menekan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, hebat akak dah lama buat tart. Saya baru belajar. Tapi buat tart lagi senang rasanya daripada buat biskut siput. Biskut siput tu memang bisa buat nipis kulit ibu jari haha

      Padam
  2. Memang kalo berhasil buat sekali, pastilah teruja nak buat lagi kan 😄😄👍. Mama dulu sering buat kue ini, kliatannya memang mudah. Tapi pas saya coba, failed lah 🤣🤣. Ntahlah apa yg salah hahahaha. Akhirnya tak pernah buat lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahahaha..keep going wak, gagal sekali, mana tau second time buat nanti jadi pulak. Kamon kamon..

      Padam
  3. Pernah belajar buat kulit tart ni... memang senang kan tapi tahap kemalasan rajin atau malas tu yg menjadi faktor menjadi ke x.. ehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak saya dah request nak buat cookies lagi, nampaknya harini saya terpaksa membaking tapi tak buat tart ni dulu la. Jenuh jugak nak menekan masuk ke dalam mould tu, penat mak anak oi haha

      Padam
  4. sy bab2 baking ni mmg failed. bkn x cuba. dah buat tp mmg x menjadi. tgn ji lbh kpd msk lauk pauk je😁

    lps ni boleh laa buat bisnes jual kulit tart. byk demand tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. terbalik dengan saya la pulak. masak lauk ni saya failed betul sebab kena agak-agak. kalau buat cookies rasanya lebih senang sebab boleh ikut resepi seratus peratus

      Padam
  5. rajin la rini buat tart.. kita mmg suka baking, tapi tak pernah cuba buat tart ni lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha geng baking ni, tryla buat sekali liez. saya lepas buat sekali terus beli acuan lain pulak sebab plan nak buat lagi. tapi plan je la, buat tak lagi haha

      Padam
  6. lepas ini kalau rajin boleh buat bisnis kulit tart pulak...sikit-sikit pun jadilah hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahahha..macam susah je nak jadi kenyataan je ni :D

      Padam