Resepi Agar-agar Sedap Milo Lapis Oreo | Senang Je Nak Buat

Sejak dua menjak ni saya banyak memasak di dapur menggunakan resepi baru yang saya Google di internet. Disebabkan nakkan kelainan saya selalulah try and error resepi yang nampak sedap di internet, sebabnya dah terasa bosan bila asyik makan lauk dan masakan yang sama.


Selain menu masakan, saya cari juga resepi pencuci mulut buat minum petang. Jadi bila dah jumpa resepi yang sedap dan menjadi, maksudnya saya kena update resepi di blog ini supaya senang saya nak buat rujukan bila kembali nak buat balik nanti. 


Resepi Agar-agar Sedap Milo Lapis Oreo | Senang Je Nak Buat

Jadi kalau awak datang ke blog ini disebabkan nak cari resepi, jangan risau..semuanya saya dah buat dan rasa, in shaa Allah sedap. Bolehlah awak pun buat sama okeh. Ha, antara resepi sedap yang saya dah cuba adalah resepi kat bawah ini, Resepi Agar-agar Milo Lapis Oreo daripada blog Intai Dapur. Jom cuba buat!


Resepi Agar-agar Sedap Senang Nak Buat

Dalam musim panas sekarang, kalau dapat makan agar-agar sejuk yang baru dikeluarkan dari peti ais memang umph! Nak pulak rasa agar-agar tu tak terlalu manis dan ada campuran oreo di dalamnya, memang tak sedar bila habis makan. Tau-tau pinggan dah kosong je.


Resepi Agar-agar Sedap Milo Lapis Oreo | Senang Je Nak Buat


Okay, resepi ni senang je nak buat dan tak perlu guna banyak bahan pun. Cuma part yang agak makan masa adalah masa nak tunggu lapisan agar-agar mengeras untuk kita tambah lapisan agar-agar lain. Selain itu, semua easy peasy je nak buat.


Tips Buat Agar-agar Milo Oreo

Tips utama yang saya rasa ramai tak tau adalah, masa nak tambah lapisan agar-agar, jangan tunggu sampai agar-agar betul-betul dah keras baru tambah lapisan baru. Ini kerana bila kita potong agar-agar kepada saiz kecil dan nak makan nanti, lapisan agar-agar mudah terlerai. Kalau nak tambah lapisan agar-agar, tambah masa agar-agar tak berapa keras dan masih lembut.


Tapi masalahnya bila kita tambah lapisan agar-agar masa lapisan bawahnya masih lembut, risau pula lapisan pecah dan bercampur dengan lapisan yang baru ditambah. Terus rosak pulak lapisan agar-agar kita nanti. Jadi kalau nak elakkan masalah ni, kita boleh tunggu agar-agar mengeras dulu, lepastu kita cucuk dengan garfu pada lapisan atas agar-agar sebelum tambah lapisan baru. Tujuannya nak jadikan pegangan lapisan pada agar-agar jadi lebih kuat dan tak mudah lerai masa nak makan nanti. 


Resepi Agar-agar Milo Lapis Oreo


Bahan-bahan

Serbuk agar-agar - 10gram (perisa asli)

Gula - 100gram

Biskut oreo - 1 pack (patahkan kepada 4 bahagian)

Serbuk milo - 3/4 cawan

Susu cair - 1 tin (400 liter)

Air masak - 750 liter


Cara Masakan

1. Masukkan air dan serbuk agar-agar ke dalam periuk dan masak hingga serbuk agar-agar larut.

2. Kemudian, masukkan gula dan kacau hingga semua larut.

3. Seterusnya masukkan pula susu cair dan kacau hingga mendidih.

4. Setelah mendidih, boleh tutup api. Keluarkan 1/3 bahagian larutan ke dalam periuk kecil yang lain.

5. Atas api yang kecil, masukkan milo ke dalam periuk yang mengandungi 2/3 bahagian larutan agar-agar. Kacau sebati hingga serbuk milo larut sepenuhnya.

6. Masukkan setengah bahagian larutan mengandungi milo ke dalam bekas acuan. Baki larutan selebihnya diketepikan. Larutan agar-agar tanpa milo diletakkan pula di atas api kecil dan dipanaskan untuk mengelakkan agar-agar membeku.

7. Setelah agar-agar lapisan pertama mengeras, cucuk permukaan atas agar-agar dengan garfu secara rawak, kemudian tuangkan semua lapisan agar-agar tanpa milo di atasnya. Kalau nak masukkan lapisan masa agar-agar masih lembut, boleh gunakan senduk dan masukkan lapisan agar-agar secara berhati-hati.

8. Susun biskut oreo dalam lapisan agar-agar kedua dan biar ia membeku. Seterusnya cucuk bahagian permukaan agar-agar setelah keras dan tuang baki agar-agar milo ke atasnya. Untuk lebih sedap, boleh masukkan agar-agar ke dalam peti ais.


Resepi Agar-agar Sedap Milo Lapis Oreo | Senang Je Nak Buat


Saya ubah sedikit resepi ini daripada resepi asal. Saya tukarkan berat gula kepada 100gram sahaja daripada resepi asal sebanyak 130gram kerana mahukan rasa yang tak terlalu manis kerana tambahan oreo dengan krimnya dah buatkan agar-agar rasa manis. Sebelum ini saya dah buat agar-agar dengan sukatan gula 130gram tapi anak-anak beritahu rasanya terlalu manis, sebab itu saya kurangkan sukatan gula. 


Tapi kalau awak rasa agar-agarnya terlalu tawar, bolehlah ditambah gula mengikut kehendak sendiri ya. Mungkin boleh tambah sukatan gula kepada 120gram. Apapun, selamat mencuba lah resepi yang easy peasy ni!

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. aduyai mengancam betul, tgk rupa pn dh seap

    BalasPadam
  2. datang singgah sini sat dari http://www.thefox.my/ ^^

    BalasPadam
  3. fuhhhh agar-agar milo oreo mmg feveret saya! nak kena buat jugak nti ni hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha, ana rajin masak kan. tryla buat..senang je ni

      Padam
  4. aduhhhh... sedapnya makan ni time-time cuaca panas...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tengok gambar ni balik pun buat saya rasa nak makan lagi...tapi malas nak buat haha

      Padam
  5. kalau buat potluvk dulu2 selalu ada je dessert ni. sbb sng nk buat kn?

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah, memang senang sangat nak buat. Tapi sekarang dah lama tak join potluck

      Padam
  6. Sedaaaap niiiih. Saya nak buat utk dessert anak2 👍. Tapi mungkin Oreo saya tukar dengan biskut marry regal. Ini memang dessert yg biasa anak2 pasti berebut lah 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. biskut marry regal? saya nak google la kejap macammana rupanya tu

      Padam