Naik Beca di Payang Walk Terengganu Sambil Jalan-Jalan Cari Makan

Bagi mereka yang datang berkunjung ke Terengganu dan tak tau nak pergi ke mana, apa kata jalan jalan cari makan di Payang Walk sambil naik beca. Eh, ada beca ke kat Terengganu?


Naik Beca di Payang Walk Terengganu Sambil Jalan-Jalan Cari Makan


Sebenarnya sebelum ni memang beca dah ada di Ganu cuma tak semeriah macam di Melaka dan boleh dibilang dengan jari je berapa banyak beca yang ada. Tapi sekarang, bilangan beca dah bertambah tau. Sejak kemunculan lokasi JJCM yang baru di Terengganu iaitu Payang Walk, kehadiran beca pelbagai rupa kini menjadi salah satu tarikan di sini.


Naik Beca di Payang Walk Terengganu

Payang Walk baru je dibuka dan dirasmikan oleh Dr Hj Samsuri selaku Menteri Besar Terengganu beberapa minggu lepas. Sesuai dengan nama, lokasi tempat ni adalah berhampiran dengan Pasar Payang. Cuma Payang Walk ni beroperasi setiap hari Jumaat saja bermula jam 4 petang sehingga pukul 12 tengah malam.



Banyak booth jualan makanan dan kopi yang dibuka sepanjang jalan di Payang Walk ni. Jualan barangan craft tempatan pun ada jugak. Kalau dulu, saya dan keluarga akan pergi ke KT Walk untuk beli makanan tapi sejak Payang Walk ni dibuka, kami dah jarang pergi ke KT Walk.


Jalan-jalan Cari Makan Sambil Naik Beca

Korang boleh berjalan sepanjang jalan di Payang Walk tanpa risau sebab jalan ditutup buat kenderaan kecuali beca. Di kiri kanan jalan dipenuhi dengan gerai jualan makanan dan minuman, jadi kalau korang nak datang ke sini, make sure perut kosong untuk sumbat pelbagai jenis makanan Terengganu yang unik dan menarik. 



Disebabkan jalan ditutup untuk kenderaan, jadi korang boleh parking kereta di ruang parkir yang disediakan dan naik beca untuk ke Payang Walk. Tapi tak jauh pun lokasi tempat parkir dengan Payang Walk, nak jalan kaki je pun boleh. Berjalan dengan keluarga sambil hirup udara malam tak berapa memenatkan pun tapi kalau korang nakkan kelainan, bolehlah naik beca.



Dah beli makanan tapi taktau nak makan kat mana? Jangan risau, korang boleh makan atas padang berumput hijau sebelah Payang Walk tu je. Kat situ memang dijadikan lokasi untuk duduk-duduk santai pengunjung yang datang. Jadi korang boleh beli makanan dan makan on the spot kat sana sambil bergambar dan bersembang.


Kalau rasa nak cari tempat makan yang kurang ramai orang dan tak terlalu bising, boleh duduk di tepi sungai yang terletak kat sebelah kanan Payang Walk. Sambil makan, boleh mengadap sungai dan berbual dengan family members. Cuma tempat ni agak gelap sebab limited light resources dan kena jaga-jaga dengan anak kecil. Takut mereka pi terjun masuk dalam sungai pulak kalau tak dikawal.


Bawa Anak Naik Bateri Car

Bila perut dah kenyang, korang jangan balik dulu. Boleh bawak anak-anak naik kereta rechargeable kat sebelah kiri pintu masuk Payang Walk. Banyak pilihan bateri car yang budak-budak boleh naik. Kat sini memang budak akan jadi auto happy dan auto excited nak-nak bila dapat naik kereta mainan cantik yang boleh dipandu mereka sendiri.


Naik Beca di Payang Walk Terengganu Sambil Jalan-Jalan Cari Makan


Kitorang ambil kereta unicorn yang boleh muat empat orang sekaligus. Okayla, dengan bayaran RM25 untuk 10 minit, kitorang pun boleh merasa jadi budak-budak sekejap. Yang penting perut kenyang dan anak-anak happy. Moment yang tentu tak dapat dilupakan oleh anak-anak.



Jadi kalau korang datang ke Terengganu pada hujung minggu dan menginap di sekitar bandar Kuala Terengganu, bolehlah naik beca sambil jalan-jalan cari makan di Payang Walk okeh. Support penjual tempatan yang menjual makanan dan mereka yang mengayuh beca. Semoga percutian korang menyeronokkan okeh!

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. berapa RM sekali naik beca tu?

    meriah betul malam2... nnt ada rezeki sy trn ke sana lg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikut jarak Anies. Kitorang naik ni bayar RM10 je sebab malas dah nak jalan pi kat parking, rasanya kalau pusing ikut jalan beca harga dalam RM20~RM30 kot (agak je ni)

      Padam
    2. ok laa tu. bkn smpi rm50 sekali ride.

      Padam
  2. wahhhhh meriahnya! bestnyaaa dpt jd kanak-kanak sekejap naik kereta unicorn tu hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seronok naik kereta unicorn tu walaupun berbunyi ngek ngek sana sini sebab paksa 4 orang naik :)

      Padam
  3. dah lama ke ada payang walk.. baru tahu ni. ok masuk wishlist

    BalasPadam