Terkini | Cara Tebus Baucer 50% Off Shopee Live 2023

Lepas beberapa hari saya share pasal Cara nak Tebus Baucer 50% Shopee Live sebelum ni, eh tiba-tiba Shopee ubah method baru pulak lepas artikel tersebut dikongsikan. Adehhh..


Cara Tebus Baucer 50% Off Shopee Live Terkini 2023


Jadi masih dengan topik yang sama, hari ini saya nak kongsikan macammana cara nak tebus baucer 50% Shopee Live tapi cara ini adalah yang terkini, tak silap rasanya bermula 15 Ogos 2023 yang lalu. Kesian kat member yang dah follow step saya share sebelum ni tapi bila buat tak jadi pulak, jadi sebab tu lah saya kuatkan jari menaip untuk buat step terlatest ni. Jomlah baca.


Terkini | Cara Tebus Baucer 50% Off Shopee Live

Kalau sebelum ni, saya boleh beli semua barang yang saya nak dengan harga less 50% masa Shopee Live tapi sekarang dah takde dah. Saya cuma boleh beli barang yang ada dalam beg kuning masa dalam Shopee Live tanpa boleh request nak add barang lagi kecuali kalau host tu memang ada jual barang tersebut dan dia belum masukkan dalam beg kuning.


Shopee cuma benarkan orang yang buat live menjual hanya produk mereka sendiri sahaja sekarang. Kalau kedai tersebut takde orang untuk dijadikan host semasa Shopee Live, mereka boleh hire orang luar untuk buat live tapi kena ada hitam putih dan surat perlantikan untuk jadi host tu perlulah dikemukakan kepada Shopee untuk mereka nilai dan seterusnya buat keputusan samada nak beri kelulusan atau pun tidak.


Leceh kan? Jadi sebab tu lah sekarang tak banyak pilihan barang yang saya boleh beli kat Shopee. Sebab sebelum ni saya dah beli semua barang rumah dan skincare, jadi sekarang kalau saya nak beli pun adalah jenis barang yang tak berapa ramai orang guna. Macam building blocks kat bawah ni. Puas saya cari mana seller yang buat live barang ni tapi takde, jadi masihla ia stay dalam cart Shopee sahaja.


Cara Tebus Baucer 50% Off Shopee Live Terkini 2023
Nak beli tapi kalau boleh nak check out dari Shopee Live, dapat jimat sikit


Btw saya pergi ke Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu dan termain mainan building blocks ni kat sana. Daripada jual mahal nak duduk, cuma berdiri sambil menguap berkali-kali, tak sangka terduduk lepastu tersiapkan kerusi mainan daripada blocks ni. Addicted rupanya. Ia tak sama macam Lego tau sebab maianan Lego tu bagi saya agak confusing sikit nak buat sebab takde bentuk tapi yang ni lebih senang. Kalau nak survey, boleh tengok kat sini ----> https://shope.ee/8ezi2xfNKu.


Cara Tebus Baucer 50% Off Shopee Live Terkini 2023
Tetiba terpandai main benda alah ni, terus rasa nak main lagi dan lagi


Eh, teriklan pulak. Jom sambung! Jadi macammana cara nak claim baucer 50% off ni sebenarnya? Ha, senang je. Awak tengok step by step kat bawah okeh!


Claim Voucher 50% Off Shopee Live

1. Mula-mula sekali, masuk ke sini -----> https://shope.ee/30LBgn274Z

2. Kat sini awak boleh pilih nak masuk mana-mana live yang ada, klik je kat salah satu live tu dan awak akan terus dibawa masuk ke dalam live mereka. 

Cara Tebus Baucer 50% Off Shopee Live Terkini 2023


3. Bila dah masuk dalam live, klik kat beg kuning pada bahagian bawah kiri untuk tengok produk yang mereka jual. Lepastu boleh cari barang yang kita rasa berkenan nak beli. Kali ni tak boleh request masukkan barang dalam beg kuning kecuali kalau awak rasa host tu ada jual barang tersebut. Contoh saya nak beli building blocks, jadi saya tanya kat live host yang jual barang mainan pasal building blocks tu. Kalau host kata takde, terpaksa berhuhu je la..kalau mereka kata ada, minta mereka masukkan dalam beg kuning dan awak boleh checkout dengan harga 50% off.

Cara Tebus Baucer 50% Off Shopee Live Terkini 2023

4. Bila dah jumpa barang nak dibeli, bolehlah awak checkout macam biasa. Make sure ada tanda 'Added From Live' macam kat bawah. Lepastu pada ruangan Platform Voucher akan nampak jumlah potongan separuh harga tu dan harga checkout akan jadi separuh harga saja. Tapi kos postage tetap dikira ye.

Cara Tebus Baucer 50% Off Shopee Live Terkini 2023
Terpaksa checkout karipap je sebab building blocks takde dalam live :(


Syarat-syarat Tebus Voucher 50% Off Shopee Live

Jadi apa terma dan syarat untuk tebus baucer separuh harga ni? Ha, kat bawah saya jelaskan.


1. Potongan Shopee Voucher 50% ni cuma layak ditebus bermula jam 8 malam sehingga 12 tengah malam saja. Baucer ni dikredit terus ke dalam akaun masing-masing tapi kadang-kadang Shopee buat first come first serve basis. Kalau dah digunakan 100% oleh orang lain, maknanya tak boleh nak claim dah walaupun dah dikreditkan ke dalam akaun. Tapi selalunya takde pun first come first serve basis tu.

2. Shopee cuma bagi setiap seorang tebus voucher hanya sekali sahaja sehari tapi kadang-kadang Shopee buat murah hati jugak. Saya pernah tebus voucher 50% off ni tiga kali dalam semalam guna akaun yang sama. Happy betoi time tu haha.

3. Hanya boleh checkout barang yang ada dalam Shopee Live je untuk membolehkan kita layak dapat potongan 50% ni. Selain tu tak dapat ye.

4. Kos pos masih kena bayar kecuali kalau time promo atau dinyatakan free shipping.


Cara Tebus Baucer 50% Off Shopee Live Terkini 2023
https://shope.ee/2Am4hDWtas


Kalau awak nak optimumkan penjimatan masa beli kat Shopee Live ni, tunggu masa sales 9.9 nanti atau pun masa PayDay sale. Biasanya pada tarikh tersebut, Shopee sangatlah bermurah hati kasi diskaun sampai 90% atau pun free shipping voucher. Kalau nak beli banyak barang, boleh guna akaun suami ke atau anak-anak sekali. Lepastu jangan beli lambat sebab voucher tu cepat je habis nanti.


Jadi itu adalah sedikit sebanyak cara dan syarat nak tebus voucher potongan 50% masa Shopee Live. Tapi serius cakap, susah nak beli sekarang sebab barang pelik-pelik tak ramai yang jual. Hurm..tapi bersyukur la jugak sebab pengeluaran duit dah agak terkawal sekarang sebab banyak barang nak dibeli takde dalam Shopee Live :P

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Balasan
    1. dah takde dah mama, sekarang shopee nak voucher kena rebut pulak awal2

      Padam
  2. ni yg buat peminat shopee x bleh dok diam😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi sayang sekarang dah tak dapat baucer murah wak. Sekarang cuma dapat baucer RM10 je, Shopee tak kasi dah yang RM50, RM20 tu

      Padam