Hotel Kucing di Kuala Berang Terengganu Kini diBuka | AnaCat House

Bagi pemilik kucing yang berada di sekitar bandar Kuala Berang, Terengganu termasuklah yang berada di Ajil, Kampung Langgar atau Basung, jangan risau jika anda terpaksa outstation atas urusan kerja dan terpaksa tinggalkan si bulus bersendirian. Anda boleh tinggalkan purr-jikan di AnaCat House!


AnaCat House? Apa tu? 

Hotel Kucing di Kuala Berang Terengganu Kini diBuka | AnaCat House

AnaCat House adalah hotel dan spa kucing yang bakal dibuka di bandar Kuala Berang, Hulu Terengganu bermula awal Mac 2023. Kalau sebelum ini, kebanyakan pemilik kucing perlu memandu sehingga setengah jam daripada pekan Kuala Berang menghala ke Bukit Payung untuk pastikan kucing dapat boarding dengan selamat di cat hotel, tapi sekarang usah risau. Anda tak perlu memandu jauh lagi untuk tinggalkan si bulus. 


Terletak di tingkat atas bangunan berhadapan Klinik Kesihatan Kuala Berang, AnaCat House menyediakan ruang boarding kucing dengan harga serendah RM10 sehari bagi seekor kucing. Makanan dan pasir boleh dibawa pemilik kucing, atau anda jika ingin dapatkannya di AnaCat House, pemilik hanya perlu membayar tambahan RM1 bagi pasir dan RM1 bagi makanan.

Hotel Kucing di Kuala Berang Terengganu Kini diBuka | AnaCat House

Hotel Kucing di Kuala Berang Terengganu Kini diBuka | AnaCat House

Selain itu, pemilik juga boleh dapatkan khidmat grooming buat si bulus di AnaCat House. Antara servis grooming yang disediakan termasuklah trimming bulu (lion cut atau sphynx cut), spa kucing termasuk potong kuku, cucian muka dan telinga, kemasan bulu serta mandian air suam. Jika si bulus mempunyai masalah kutu, kurap atau cacing, pemilik juga boleh dapatkan rawatan bagi si bulus di AnaCat House.


Bagi anda yang mempunyai masalah untuk menghantar dan mengambil si manja, pihak AnaCat House juga menyediakan khidmat pet taxi di mana pemilik tak perlu bersusah payah ke AnaCat House kerana pihak AnaCat sendiri akan mengambil dan menghantar si manja ke rumah yang berada dalam lingkungan radius 20km daripada AnaCat House.

Hotel Kucing di Kuala Berang Terengganu Kini diBuka | AnaCat House

Boleh walk-in sendiri ke AnaCat House atau jika ingin membuat temujanji, boleh hubungi talian 019-4808609. 

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Sesekali bolehlah kasi mereka merasa duduk hotel

    BalasPadam
    Balasan
    1. kasi pengalaman masuk hotel kan, at least sekali seumur hidup :P

      Padam
  2. kalau dkt blh hantr kucing-kucing kt rumah ni..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahaha..jauhhh tu ciknor, tak padan nak isi minyak kete pulak nanti :D

      Padam
  3. Wow.. terbaek servis 👍🏻

    BalasPadam
  4. best nyaaa dpt bergelang dgn kucing

    salam ramadan 1444H

    BalasPadam
  5. alhamdulililah...sudah ada kemudahan kepada pemilik kucing jika ingin travel...boleh rasa tenang fikiran meninggalkan si bulus ini dengan ada orang jaga

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu, kucing adalah purr-jikan yang amat memeningkan kepala :P

      Padam