Rangkaian Pakai Skincare Pagi - Moisturiser dan Sunscreen Terbaik Pilihan Saya | Hansaegee Nature

Selepas kejadian mendapat score kualiti kulit yang teruk akibat jarang gunakan moisturiser, saya sebolehnya kini mencuba untuk pakai moisturiser setiap hari demi dapatkan kulit wajah yang lebih baik dan lembap.

Rangkaian Pakai Skincare Pagi - Moisturiser dan Sunscreen Terbaik Pilihan Saya | Hansaegee Nature

Bukan itu sahaja, saya juga cuba untuk pakai sunscreen setiap hari terutamanya saat keluar daripada rumah. Semakin menghampiri usia 40-an, kedutan dan kekusaman pada muka kian jelas kelihatan akibat kekurangan kolagen yang dihasilkan oleh badan. Jadi sedikit perkara yang boleh saya lakukan adalah untuk kekal melakukan rutin penjagaan wajah demi melawan kesan penuaan.


Walau bagaimana pun, mencari moisturiser dan sunscreen yang sesuai dengan kulit muka bukan mudah. Meskipun terdapat banyak lambakan skincare di pasaran namun ia tak menjanjikan keberkesanan produk apatah lagi kesesuaiannya dengan jenis kulit yang berbeza bagi setiap individu. Jadi bagaimana caranya mencari moisturiser dan sunscreen yang terbaik untuk kulit wajah saya?


Cara Memilih Skincare Terbaik


Definisi skincare terbaik bagi saya adalah skincare yang digunakan mestilah dapat hilangkan masalah muka yang saya hadapi. Saya mengharapkan agar masalah kulit muka kering dan berminyak dapat dihilangkan dengan pemakaian moisturiser dan penggunaan sunscreen pula dapat melindungi muka saya dari pancaran sinar matahari.


Walau bagaimana pun jika sincare yang saya pakai berjaya hilangkan masalah wajah yang saya hadapi tapi tak dapat memberi keselesaan pada wajah, pun tak boleh juga. Cuba bayangkan jika sunscreen yang saya pakai terbukti berkesan melindungi kulit wajah daripada sinaran UVA dan UVB tetapi meninggalkan kesan white cast setiap kali selepas penggunaan, ini akan jejaskan penampilan dan keyakinan diri saya pula. 

Rangkaian Pakai Skincare Pagi - Moisturiser dan Sunscreen Terbaik Pilihan Saya | Hansaegee Nature

Jadi ciri-ciri skincare terbaik yang saya cari mestilah dapat hilangkan masalah wajah dan pada masa yang sama memenuhi segala keperluan asas yang saya kehendaki ada bagi setiap skincare. Apabila saya gembira menggunakan skincare yang dibeli, disiplin diri untuk membuat rutin penjagaan wajah juga secara automatik akan meningkat tanpa sebarang rasa bebanan. Jadi semestinya kulit muka akan kekal sihat dan mulus.


Tips Pilih Moisturiser

Terdapat beberapa perkara yang akan saya teliti saat memilih moisturiser. Memandangkan saya tak memiliki wajah mulus akibat kemunculan milia seed di bawah mata, jadi saya sangat berhati-hati dalam membuat keputusan membeli moisturiser. Mengapa tidak bila salah satu faktor kemunculan milia seed di wajah adalah akibat penggunaan moisturiser yang tak betul. Jadi saya perlu buat pilihan terbaik untuk elakkan milia seed merebak dan bertambah banyak.


1. Water-based moisturiser

Penting untuk pilih moisturiser bersifat water-based. Ini kerana sifat aqua itu sendiri mengelakkan wajah daripada berminyak sekaligus  melindungi daripada masalah milia seed. Selain penggunaan moisturiser yang salah, milia seed juga timbul disebabkan oleh lebihan kolesterol dan minyak. Jadi untuk elakkan penghasilan milia, saya perlu cari pelembap yang bersifat aqua untuk elakkan pertambahan milia seed.


2. Tak melekit dan mudah meresap

Skincare yang lambat meresap akan membuatkan muka jadi melekit dan tak selesa. Berada di bawah matahari dengan muka yang melekit akan memburukkan lagi keadaan. Apabila peluh mula merembes keluar, wajah kelihatan berkilat dan berminyak akibat kesan peluh dan lekitan pada wajah. Sebab itu, memilih skincare yang cepat meresap dan tak melekit apabila disapu ke wajah menjadi keutamaan saya.

Rangkaian Pakai Skincare Pagi - Moisturiser dan Sunscreen Terbaik Pilihan Saya | Hansaegee Nature


Tips Pilih Sunscreen

Tujuan utama menyapu sunscreen adalah untuk melindungi kulit wajah daripada sinaran matahari berlebihan punca masalah kulit. Sinar UVA mampu menembusi sehingga ke dasar kulit sekaligus merosakkan struktur punca kedutan dan penuaan kulit. Sinar UVB pula merosakkan lapisan luar kulit dan meninggalkan kesan terbakar (sunburn) yang menjadikan wajah kelihatan lebih gelap.


1. Tinggi SPF value dan PA+++

Sebab itulah saya akan pilih sunscreen yang mempunyai nilai SPF tinggi dan PA+++. Bukan apa, walaupun nilai SPF rendah sudah mampu melindungi kulit daripada pancaran sinar UV, namun apabila berada dalam cuaca panas terik contohnya pada waktu tengahari, nilai SPF rendah tidak membantu dan saya perlu menambah sapuan sunscreen ke wajah secara berulang kali. Jadi lebih mudah untuk saya gunakan sunscreen dengan SPF tinggi jadi tak perlu membuat sapuan semula secara kerap.


2. Mudah meresap dan tak tinggalkan kesan white cast

Pernah jadi tak, timbul kesan putih pada wajah selepas pakai sunscreen? Ha, itulah yang dinamakan white cast. Ia terhasil apabila sapuan sunscreen tak menyerap sepenuhnya ke dalam kulit wajah dan meninggalkan kesan bewarna putih. Meskipun tak berbahaya pada kulit tapi penampilan diri akan sedikit terjejas akibat masalah ini. Jadi sebab itu, saya akan pilih sunscreen yang cepat menyerap dan tak tinggalkan kesan white cast pada wajah.


Moisturiser dan Sunscreen daripada Hansaegee Nature Pilihan Saya


Aqua Whitening Cream

Saya mula gunakan Aqua Whitening Cream sejak awal tahun 2020 lagi. Sehingga kini sudah masuk hampir tiga tahun saya gunakan moisturiser daripada Hansaegee Nature ini. Sejak itu, saya dah tak cari pelembap lain lagi. Kenapa tidak bila Aqua Moisturiser Cream dah memenuhi semua ciri-ciri pelembap yang wajib ada dan tambah best lagi, saya dapat tengok pembentukan bintik air muncul setiap kali menyapu krim ini ke wajah.

Rangkaian Pakai Skincare Pagi - Moisturiser dan Sunscreen Terbaik Pilihan Saya | Hansaegee Nature
Krim water-based

Rangkaian Pakai Skincare Pagi - Moisturiser dan Sunscreen Terbaik Pilihan Saya | Hansaegee Nature
Mudah menyerap dan lembut

Rangkaian Pakai Skincare Pagi - Moisturiser dan Sunscreen Terbaik Pilihan Saya | Hansaegee Nature
Kering, tak berminyak dan tak melekit

Bukan sahaja tak melekit dan tak berminyak, Aqua Whitening Cream melindungi kulit daripada kesan kerosakan wajah akibat sinar matahari dan pencemaran. Bersifat water-based, pelembap ini membantu mencegah kehilangan air dan mengekalkan kelembapan kulit. Struktur krimnya yang halus dan mudah meresap tidak menyumbat liang pori pada wajah punca masalah jerawat.

Rangkaian Pakai Skincare Pagi - Moisturiser dan Sunscreen Terbaik Pilihan Saya | Hansaegee Nature

Mempunyai kandungan minyak biji Camellia Japonica yang menghalang kehilangan air dan Niacinamide yang membantu melambatkan proses penuaan, saya gembira bila lihat masalah kulit kering yang saya alami sebelum ini berkurangan setelah pemakaian Aqua Whitening Cream. Sebab itu saya berterusan mengamalkan pengambilan moisturiser ini sehingga kini.

Aloe Vera Sunscreen

Hansaegee Nature mula memperkenalkan Aloe Vera Sunscreen pada awal tahun ini. Taknak terlepas mencuba, saya tertarik untuk dapatkannya kerana sunscreen mereka yang terdahulu amat saya sukai kerana memenuhi semua ciri yang saya mahukan. Apabila CC Cream dihentikan penjualannya, saya perlu cuba Aloe Vera Sunscreen kerana susah nak cari sunscreen yang saya sukai sama seperti CC Cream sebelum ini.

Rangkaian Pakai Skincare Pagi - Moisturiser dan Sunscreen Terbaik Pilihan Saya | Hansaegee Nature
Saiz kecil dengan penutup twist lock

Rangkaian Pakai Skincare Pagi - Moisturiser dan Sunscreen Terbaik Pilihan Saya | Hansaegee Nature
Ringan, lembut dan mudah meresap

Rangkaian Pakai Skincare Pagi - Moisturiser dan Sunscreen Terbaik Pilihan Saya | Hansaegee Nature
Kering, tak berminyak dan tak melekit


Setelah mencuba Aloe Vera Sunscreen, saya tak ragu-ragu lagi nak bertukar kepada sunscreen yang baru. Selain memenuhi ciri yang saya cari, malah ia juga dihasilkan melalui gabungan ekstrak tumbuhan semulajadi yang kaya dengan antioksida. Dengan SPF 50 dan PA+++, saya boleh harapkan Aloe Vera Sunscreen untuk lindungi wajah saya saat terdedah kepada matahari terik.


Mudah meresap dan tak tinggalkan kesan white cast pada wajah, Aloe Vera Sunscreen juga tak berminyak dan tak melekit. Tak terasa seperti memakai sunscreen pada wajah kerana teksturnya yang lembut dan ringan menjadikan mudah untuk saya re-touch up setiap kali memerlukan terutama apabila muka banyak berpeluh atau cuaca terlalu panas terik.


Cara Pakai Sunscreen dan Moisturiser

Mudah je cara nak pakai sunscreen dan moisturiser ini. Tanpa produk Hansaegee sebagai rangkaian pakai skincare setiap pagi, rasa tak bermaya dan kurang lengkap rutin harian saya. Sebab itu saya akan pastikan untuk pakai dahulu Aqua Whitening Cream setiap kali selepas buat cucian muka dan toner. Bila muka dah agak kering, saya oles pula Aloe Vera Sunscreen ke wajah. Skincare pagi dah pakai? Ha, barulah saya boleh mulakan hari saya dengan yakin!


Dapatkan Produk Hansaegee Nature Secara Online

Tak perlu bersusah untuk dapatkan Aqua Whitening Cream dan Aloe Vera Sunscreen daripada Hansaegee Nature ni apabila saya boleh beli secara online di website mereka. Apa yang paling saya suka bila buat pembelian melalui laman web Hansaegee Nature adalah saya dapat kumpul point dan boleh juga tebus banyak free gift!

Rangkaian Pakai Skincare Pagi - Moisturiser dan Sunscreen Terbaik Pilihan Saya | Hansaegee Nature

Ramai yang dah berpuas hati setelah gunakan produk daripada Hansaegee Nature. Kalau tak percaya, awak boleh tengok banyak testimoni positif di laman web mereka, Instagram dan Facebook seperti di bawah. Saya sendiri sebelum mula gunakan produk ini, baca testimoni daripada mereka yang telah menggunakannya. Dan bila dah cuba, memang saya juga kini dah jadi salah seorang testimoni.


Jadi jangan bimbang untuk cuba Aqua Whitening Cream dan Aloe Vera Sunscreen ni okeh! Awak tentu berpuas hati dengan ciri-ciri yang ada padanya. Saya dah jumpa moisturiser dan sunscreen terbaik saya. Awak macammana?



Rangkaian Pakai Skincare Pagi - Moisturiser dan Sunscreen Terbaik Pilihan Saya | Hansaegee Nature

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. mudah meresap & x berminyak... sy pun pilih ciri2 pelembab sebegini. jenama ni dah semakin dpt tempat dlm kalangan pengguna tempatan,👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan, kalau dulu susah nak jumpa pelembap dan sunscreen yang betul2 memenuhi ciri yang kita nak, sekarang dah ada banyak pilihan.

      Padam
  2. wah best hansaegee ni mama suka

    BalasPadam