Betul Ke Iphone Sesuai untuk Content Creator?

Pening kepala saya sejak dua menjak ni bila phone dah mula buat hal. Phone Realme yang saya beli pada tahun 2019 ni dah mula buat hal bila button untuk on kan phone jadi keras dan payah nak ditekan. Saya perlu tekan berkali-kali sebelum phone berjaya dibuka. Dalam waktu kecemasan, perkara ni memang agak menyakitkan hati dibuatnya.


Bukan itu saja, kualiti gambar pun dah mula jadi berkabus (macam ada asap) dan terlalu terang. Jadi tiap kali sebelum ambil gambar, saya kena lap dulu pada bahagian cermin kamera untuk elakkan effect berasap tu. Fuh..sekarang berasap, saya tak harap ia akan datang dengan effect berapi pulak lepas ni. Bila gambar dah tak cantik, video apatah lagi kan?


Fikir punya fikir, akhirnya saya decide untuk beli phone yang baru. Tapi phone apa? Suami kasi cadangan untuk beli Iphone 14 kerana kualiti gambarnya yang cun untuk ambil gambar dan video. Nak lagi bila saya terpaksa angkut kamera mirrorless saya yang besar itu ke sana ke mari demi untuk buat content video, syahdu pulak hati suami melihatnya, haha..syahdula sangat.

Betul Ke Iphone Sesuai untuk Content Creator?
Gambar dari Apple

Kalau di rumah, saya boleh berharap kepada kualiti kamera saya yang super tip top untuk buat video tapi kalau di luar rumah, jenuh juga mengangkut kamera yang besar gedabak tu. Sebab itu saya selalu juga curi guna phone baru suami untuk create video content bila berada di luar rumah.


Iphone untuk Content Creator

Siapa je taknak guna Iphone kan tapi bila dengar harganya boleh mencecah sehingga RM8000 tak termasuk aksesori, saya rasa tak berbaloi pula berhabis duit untuk beli benda yang akan rosak setelah beberapa tahun pakai. Kan liabiliti namanya tu. Jadi saya buat sedikit bacaan untuk kukuhkan pendapat saya mengenai phone biasa juga terbaik, jadi point ini senang saya nak gunakan untuk lawan mulut dengan suami nanti :D


Malangnya selepas buat bacaan, semua artikel dan pendapat menyatakan Iphone adalah superior phone yang wajib dimiliki oleh seorang content creator. Oh, no! Jom baca apa hasil maklumat yang saya dapat daripada internet tentang Iphone ni.


1. Iphone Terbaik untuk Instagram

Ini adalah sebab utama saya nak beli phone baru. Saya seringkali dapat job review di Instagram yang memerlukan saya untuk buat video. Tapi saya perasan video yang saya hasilkan akan kelihatan pecah apabila di post pada IG Story. Bukan saja kualiti gambar tak cantik bila saya shoot gunakan phone, malah kalau saya gunakan kamera pun kualiti video tak nampak cantik sebaik saja masuk ke dalam IG Story.


Instagram beri kelebihan kepada pengguna Iphone apabila gambar dan video yang diupload menggunakan Iphone akan hasilkan kualiti yang lebih jelas dan bersih berbanding Android. Ini kerana Instagram mengoptimumkan aplikasi mereka dengan IOS, tidak Android kerana terdapat pelbagai jenis operating sistem bagi Android jadi susah mereka nak optimizekan mengikut semua jenis (ikut kefahaman saya, kalau silap tolong betulkan). Jadi sebab itu kualiti gambar dan video lebih baik bila diupload ke Instagram menggunakan Iphone.


2. Iphone Terbaik untuk Videography

Nak hasilkan video yang baik bukan senang terutamanya bila nak hasilkan video bergerak tanpa bantuan gimbal. Tapi nak menggunakan gimbal semasa buat video pun bukan senang. Saiznya yang besar dan perlu disetting sebelum nak gunakannya buat saya rasa agak leceh gunakan gimbal. Tapi stabilization penting untuk hasilkan video yang nampak smooth dan tak terlalu banyak gegaran.

Betul Ke Iphone Sesuai untuk Content Creator?
Gambar dari Yugatech

Jadi saya Google handphone yang terbaik untuk buat video. Jawapan yang saya jumpa adalah Pixel phone! Tapi satu masalah tentang phone ini adalah susah nak hantar service kerana tiada service centre Pixel di Malaysia. Jadi kalau berlaku sebarang masalah dengan Pixel, phone perlu dihantar ke luar negara untuk dibaiki dan kos untuk baiki ini mahal ye anak-anak.


Iphone pula jatuh di carta nombor dua dengan Iphone 14 Pro Max mendahului diikuti Iphone 13 Pro Max. Saya dah tengok video yang dihasilkan oleh pengguna Iphone 14 Pro Max di Youtube dan hasilnya excellent! Awak boleh tengok video bestindotech dan dalam video ni, ada video larian dengan gunakan Iphone 14 Pro Max, stabilization nampak kemas walaupun tanpa gunakan gimbal. Terbaik!


3. Tahan Lasak dan Water Proof

Macam yang semua maklum, Iphone adalah phone lasak yang tahan gegaran walaupun jatuh daripada bangunan tinggi. Jadi sebagai seorang ibu dan content creator, phone tahan lasak ni sangat berguna untuk saya. Selain tahan lasak, ia juga water proof jadi kalau termasuk dalam air tetap tak akan rosak. Tapi bukan maksudnya boleh rendam phone dalam air lama-lama dan dibawa masuk dalam air laut pula. Tidak ye.


Satu lagi sebab ramai content creator gunakan Iphone adalah kerana brand itu sendiri memang ekslusif. Tapi bagi saya sendiri, saya lebih sayangkan duit daripada jenama. Tak pernah dalam hidup saya gunakan Iphone walau sekali dan saya pun tak berhajat nak gunakannya. Tapi bila dapat tahu tentang kelebihan yang ada pada Iphone yang mana sangat membantu kehidupan sebagai seorang content creator, saya rasa keimanan saya agak tergugat sekarang. Tambah lagi suami racun baik punya..aish, pening kepala..


Jadi Apa Pilihan Saya?

Akhirnya saya berjaya buka satu lagi akaun pelaburan tambahan dan bukanlah membeli Iphone terbaru. Kali ini saya buka pula akaun Wahed Invest dan baru siap lakukan transaksi deposit melalui aplikasi Wahed. Plan saya, simpan dulu duit yang ada dan tahun depan saya akan dapat Iphone 15 yang baru :D

Betul Ke Iphone Sesuai untuk Content Creator?

Kenapa tahun depan? 


Saya ada tiga sebab utama. Yang pertama adalah kerana kejatuhan harga ringgit pada masa kini mempengaruhi harga Iphone 14 yang baru. USD1 kini bersamaan dengan RM4.70 jadi memang tak hairanlah mengapa harga Iphone 14 boleh mencecah sehingga RM8000. Salah satu punca mahal kerana kejatuhan nilai wang kita. Lagipun saya kena menyimpan untuk hadapi jangkaan masalah kemelesetan ekonomi tahun depan.


Yang kedua, saya dapat tahu Apple akan memperkenalkan charger type-C untuk Iphone 15 tahun depan. Walaupun Iphone sekarang pun dah boleh gunakan dengan charger type-C tapi untuk sambungan tersebut, pengguna perlu beli aksesori tambahan sebelum boleh disambungkan pada charger. Maksudnya kena keluarkan duit lagi.


Dan sebab yang ketiga ini takde kaitan dengan phone, cuma market saham sedang jatuh begitu juga dengan keadaan pasaran ekonomi dunia. Jadi ini adalah waktu terbaik untuk saya buka akaun pelaburan yang baru, lagi pun saya dah lama plan nak invest dalam Wahed Invest cuma tak teruskan sebelum ini kerana rasa was-was. Lagi pun saya tak pernah buka akaun dengan robo-advisor sebelum ini. Kalau rajin, nanti saya kongsikan sebab kenapa saya buka akaun Wahed Invest okeh.


Jadi kalau awak ada plan nak beli Iphone terutama kepada content creator, bolehlah start pertimbangkan samada Iphone ni worth to buy atau tak. Kalau saya mampu bertahan sampai keluar Iphone 15, in shaa Allah bolehlah saya beli Iphone pertama saya tahun depan tapi kalau tidak, mungkin saya akan beli awal sikit mana yang ada saja, mungkin juga bukan Iphone. Sayang duit maa...

Catat Ulasan

20 Ulasan

  1. alaaa sian laa yg pakai android niii😔😔

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala wak, kita pun sama je pakai android jugak. Belum beli pun iphone sebab sayang kat duit lebih banyak lagi :P

      Padam
    2. tggu hadiah iphone laa mcm ni😂

      Padam
    3. 'bapa gula' 😂😂😂😂😂

      Padam
  2. Selamat menabung. Saya pengguna Iphone, ex android user - samsung . Banyak beza dari segi kualiti gambar dan video dan function iphone basic tapi memuaskan hati. itu pendapat saya lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang ingat nak ambil iphone tapi bila fikir 6K tu lebih mahal daripada harga set up komputer kat rumah, jadi saya bertahan dulu. In shaa Allah ada rezeki lebih nanti baru sambar sebiji :D

      Padam
  3. sy android user & iphone user tp sy lebih selesa guna android & guna iphone utk video saje ehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahh..saya pun ada terfikir macam ni jugak. Beli iphone sebab nak guna video je, lain-lain pakai android kan wak?

      Padam
  4. belajar la bersabar dan bila income sudah banyak dari hasil Content Creator boleh reward guna Iphone...bagaimana pun ada juga telefon yang power dan hebat untuk video dan gambar..harga pula tidak semahal iphone

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, kebanyakan income yang saya dapat sekarang hasil daripada content creator tuan tapi saya masih belum beli iphone sebab duit banyak invest ke tempat lain. Penting ambil iphone sebab lebih 70% income saya datang daripada Instagram, jadi kalau boleh nak dapatkan clear video supaya job di IG boleh jadi lebih cun huhu

      Padam
  5. ramai kata iphone terbaik... cik ash beli tahun lepas phone biasa janji boleh guna untuk call ambikgambar jer.bajet pun x sampai 1k... mahal cermin mata lagi pada phone hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, harga cermin mata lebih mahal dari phone? Saya tengok suami beli RM800 pun dah rasa mahal, kalau RM1k..mak aiii

      Padam
  6. gambar dari iphone similar color dgn actual tapi mama tak pandai pakai ipohone hils hiks

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, mesti gambar cantik kan mama. Kena lebih godek2 iphone tu, baru cepat mahir

      Padam
  7. kalo akak sayan pitih lagi haa.. mcm ada ramalan next year ekonomi tak berapa cantik ..ihphone tu memang idaman sape la tak nak. hii. , tapi kalo rosak memang berrganda2 duit nak repair

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betulla tu kak. Saya pun tunggu lepas phase recession ni tengok macammana. Kalau semua okay, in shaa Allah bolehla fikir nak angkat iphone ke tak.

      Padam