Kali Pertama ke Cameron Highlands? Ini Tips untuk Shopping

Disebabkan saya baru balik dari Cameron Highlands, jadi saya nak share sikit tentang percutian tiga hari dua malam kami di sana. Takde lah topik berat pun, cuma nak kongsikan apa perkara yang boleh dan tak boleh saya buat di Cameron Highlands supaya senang lepas ni jika saya berpeluang ke sana lagi, saya boleh rujuk the do's and dont's di sini.



Kali Pertama ke Cameron Highlands? Ini Tips untuk Shopping

Kami ke CH selama tiga hari dua malam tapi terasa seolah tak cukup masa pula nak pusing ke tempat-tempat menarik yang ada di sana. Menariknya trip kami kali ini kerana pada hari kedua berada di CH, kami diselubungi kabus pada waktu petang yang buatkan suasana lebih wow, cantik betul Cameron!


Apa Wajib Buat di Cameron Highlands


Cameron nampak sangat cantik pada trip kali ini macam pada pertama kali saya jejakkan kaki di sini. Suasana super sejuk sampai saya tercari-cari mana switch aircond dalam bilik walhal aircondnya pun takde, suasana berkabus selepas hujan dan makanan sedap yang ada di Cameron buat saya tak teringin nak balik rumah pun.


Tapi ada beberapa perkara yang saya rasa pada trip selepas ini, saya boleh buat lebih baik supaya percutian ke Cameron akan jadi lebih menyeronokkan.


1. Nak beli bunga? Boleh ke Mardi Agrotechnology 

Mardi Agrotechnology Park adalah tempat wajib pergi jika ke Cameron Highlands. Selain nak beli bunga, salah satu sebabnya saya ke sini adalah kerana nak makan aiskrim. Sayangnya dalam trip kali ini, tempat jualan aiskrim ditutup dan hanya kedai yang berdekatan playground sahaja yang dibuka. Jadi terpaksa kensel plan kami nak makan soft icecream strawberry di sini.

Kali Pertama ke Cameron Highlands? Ini Tips untuk Shopping

Tapi kalau nak beli bunga, memang berbaloi sangat masuk ke Mardi Agrotechnology Park kerana terdapat pelbagai jenis pokok dengan bunga kembang memekar dalam pelbagai warna menjadi penyeri lokasi. Sesetengah pokok boleh dibeli pada harga berpatutan dan banyak juga lokasi instagrammable yang boleh dijadikan background untuk bergambar.


2. Nak beli sayur? Beli di Kea Farm tapi nak parkir di mana?

Kalau kat tempat sendiri susah nak jumpa sayur murah tapi kat Cameron, tanya je harga terus rasa macam nak beli semua. Tujuh plastik sayur pelbagai jenis baru RM10! Kalau bernasib baik boleh dapat RM10 untuk lapan plastik sayur. Mana nak dapat kat Ganu ni kan? 


Walaupun tempat parkir berada di kiri dan kanan jalan tak berjauhan antara satu sama lain dan berdekatan dengan Kea Farm tapi cas parking mereka macam langit dan bumi bezanya. Di bahagian stall kedai bersebelahan Puku Cafe, harga parkir bagi sekali masuk adalah RM7 tetapi harga parkir yang bertentangan jalan dengannya baru RM3. Saya pun tak tau kenapa ketara benar perbezaan cas parking padahal di kawasan yang berdekatan sahaja. Jadi tips jimat, parkir di ruang parkir RM3 okeh!


3. Beli jagung susu bukan jagung mutiara

Bila masuk ke dalam Kea Market, kita akan nampak pelbagai jenis tawaran jual beli sayur dan buah-buahan di sana. Jadi jika awak plan nak beli jagung sebagai ole-ole, sila beli jagung susu sahaja dan bukannya jagung mutiara kerana rasanya yang lebih manis dan lebih sedap serta berjus.


12 batang jagung mutiara boleh dibeli pada harga RM20 manakala bagi jagung susu pula hanya 6 batang pada harga RM20. Tak menyesal jika beli jagung susu untuk diberi kepada ahli keluarga memandangkan rasanya yang premium dan manis, tentu mereka pun seronok dapat jagung manis daripada Cameron Highlands buat menu minum petang.


4. Tak perlu beli strawberry, tukar pada plum

Selalu jadi kan bila kita beli buah strawberry di Cameron, rasanya manis bila dimakan di sana tapi sebaik saja berada di tempat lain selain CH, rasanya jadi masam macam buat strawberry biasa yang dijual di supermarket. Saya pun taktau apa puncanya tapi sekarang saya dah tak beli strawberry lagi  tiap kali ke Cameron Highlands untuk dibawa pulang kepada ahli keluarga, tapi saya tukar kepada  buah plum.


Satu pek buah plum berharga RM20 manakala harga buah strawberry bergantung kepada penjual dengan kebanyakannya dijual pada harga RM25 satu pek. Dengan rasa yang lebih manis pada harga yang hampir sama, pilihan membeli buah plum sebagai ole-ole boleh dijadikan alternatif kepada mereka yang tak berapa suka rasa masam strawberry.

Kali Pertama ke Cameron Highlands? Ini Tips untuk Shopping

Ha, itu adalah antara tips yang saya rasa ramai kena tahu memandangkan Cameron Highlands jadi pilihan hotspot untuk bercuti saban minggu. Tapi mungkin ada juga idea lain lokasi nak beli pokok atau makanan yang best ke nak share, apa kata awak komen je kat bawah. Senang saya nak serbu untuk next trip ke Cameron Highlands pulak :D

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Lama dah tak pi cameron. Last pi sana masa tu study lagi kot. Entah. Lupa dah. Haha. InsyaAllah ada rezeki lebih nanti nak bawa anak2 pi sana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah ada rezeki nanti boleh Ada bawak anak-anak ke sana. Mesti happy diorang dapat makan stroberi dipped coklat nanti kan..

      Padam
  2. wah...informasi yang sangat menarik dan berguna...jarang jumpa strawberi yang manis

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pernah makan strawberry yang manis. Biasanya senang nak tau buah tu manis atau tak, pilih saiz buah yang besar dengan warna merah pekat..biasanya manisla tu. Kalau fresh petik dari ladang, memang manis lain macam rasanya, tak payah nak celup coklat pun dah sedap sangat

      Padam
  3. seronoknya...last ammi ke CH tahun 2015 rasanya. Tapi nak naik ke Boh tu punyalah jam melekat. Nak repeat lagi sebab teringat2 kat sayur2 dia yg fresh tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah semoga ada rezeki Ammi nak ke CH nanti. Mak-mak memang part sayur tu nombor satu la kan, tapi ladang boh dari dulu sampai sekarang tak pernah la nak lengang..

      Padam
  4. ramai complain harga sayur di Cameron pun dah makin mahal. lepas tu marah rakyat tak bercuti dalam negara. huhu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah betul tu. Sebab sebelum ni saya pernah beli sayur 10 pek baru RM10 di CH, pernah jugak dapat 12 pek untuk RM10. Tapi yang latest pergi ni, paling murah pun jumpa 8 pek untuk RM10. Banyak kurangnya tu.

      Padam
  5. thanks for sharing. sy la tu yg x penah g CH lg. insya allah ada rezeki ke sn sy refer blk entry ni😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awak tak payahlah ke CH, lokasi jalan-jalan awak semua kat oversea je :P

      Padam
  6. So far, blm lagi sampai Cameron. Tapi kalau ada rezeki singgah sana,blh rujuk semula tips ni!
    Selamat mengundi esok!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ke CH nanti jangan lupa untuk beli aiskrim stroberi dan makan scone ye wak

      Padam