Video Youtube Kena Content Copyright Claim dan Masalah ASMR

Last week saya ada upload video baru di Youtube channel bertepatan dengan azam baru saya sebelum ni. Bezanya video kali ni bila saya buat ala-ala ASMR dan tak letak lagu background. 


Semuanya gara-gara saya baru je terima notis yang video di Youtube saya dikenakan content copyright claim. Aisey, mana datang pulak copyright claim ni padahal saya cuma gunakan background music yang saya ambil di library My Studio Youtube. Takkan pula boleh kena copyright.


Video Kena Content Copyright Claim

Disebabkan malas nak fikir dan saya taknak juga video Youtube saya tak boleh nak monetize, jadi saya terus tukar lagu background yang baru. Tak susah pun proses nak tukar lagu baru. Saya hanya buka email pemberitahuan copyright claim tersebut dan klik pada option yang disediakan. Seterusnya proses tukar lagu dah boleh terus dilakukan.

Video Youtube Kena Content Copyright Claim dan Masalah Video ASMR

Dah selesai tukar lagu baru, saya terfikir macam buang masa pula usaha saya sebelum ini bila kena tukar lagu pada video Youtube. Yelah, proses nak cari lagu yang sesuai untuk video itu makan masa juga nak disiapkan. Saya perlu dengar kebanyakan lagu yang ada, download dan masukkan pada video dan pada sesetengah part saya perlu juga cut lagu untuk matchkan dengan video.


Masalah Buat Video ASMR 

Jadi sebab itulah datang idea saya untuk buat video masakan ASMR sahaja buat kali ni. Merancang memang senang tapi nak jadikan realiti, itu yang payah. Apa yang saya tak tahu adalah, bukan senang nak buat video ASMR kalau takde kelengkapan yang betul terutamanya microphone. Bila dah siap upload video di Youtube barulah saya tahu tentang masalah ini.


Saya merekod video dengan menggunakan kamera dan handphone. Saya gunakan handphone untuk merakam video dalam bentuk menegak (vertical) dan kamera bagi rakaman secara horizontal (mendatar). Jadi saya boleh upload di dua lokasi berbeza, Youtube dan Instagram / Tik Tok. Saya tak gunakan microphone semasa merakam dengan kedua-dua tools ini kerana saya tak mempunyai microphone di rumah.


Bila saya post video  yang dirakam menggunakan handphone di Instagram, video terhasil baik dengan bunyi yang tak terlalu banyak noise. Berbeza dengan video yang saya upload di Youtube, video ada banyak noise dengan bunyi bising yang sangat membingitkan telinga. Meskipun saya dah kurangkan noise semasa proses editing di Filmora, tapi bunyi noise masih lagi kuat kedengaran.


Patah hati saya bila nak taknak saya kena buat video baru dan ganti video yang saya baru je upload minggu lepas. Tapi buat masa ni memang saya tak boleh nak buat video baru dulu sebab takde microphone kan, jadi wajib tau ada microphone untuk buat video ASMR. 


Nampak gayanya saya terpaksa beli microphone untuk kamera recording saya selepas ini. Jadi untuk beberapa minggu ini, azam saya untuk upload video di Youtube mungkin terbengkalai seketika. Sabaq naa..kita update blog je lah dulu buat seminggu dua ni :D


By the way saya dah masukkan microphone ke dalam Shopee cart dan akan check out esok sebab nak dapatkan free postage almaklumlah esok bertarikh 8.8. Lepas ni, in shaa Allah saya akan review microphone baru pula ye tapi bergantung juga atas tahap kerajinan saya pada masa akan datang. Kalau rajin, on :P

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. aik lagu dalam libary youtube pun kena copyright claim ke ? mustahil jugak sebab yang bagi free tu, dulu, sekarang nak claim.. ghisau pulak. oo nak buat video asmr ni kena ada microphone eh rini. best jugak .. asyik boh lagu jer

    BalasPadam
    Balasan
    1. Entah kenapa boleh kena claim kak, seingat saya cuma guna lagu free bukan download online pun. Dah la yang claim orang Indo, jauh pi terbang melayang haha

      Nak try ASMR video la pulak kak. Penat jugak nak pilih lagu bebanyak, kalau boleh nak cepat siap je senang

      Padam
  2. pelik jg tu... ke YT ada prob kot ms tu? hehe sy agak je

    BalasPadam