Azam Baru sempena Birthday!

Dah lama rasanya saya tak update blog. 


Bukan malas tapi kekangan masa buatkan kerja menaip saya jadi terbantut. Sementelah pula kami anak beranak tak berapa sihat sejak beberapa minggu lepas dengan saya alami batuk non-stop, jadi nak buat kerja pun terasa malas. Ada banyak perkara yang dah berlaku, samada yang best atau tak best. 

Azam Baru sempena Birthday

Bermula dengan kami anak beranak kena influenza kemudian anak saudara yang tinggal bersama mak iaitu Hakim dilanggar kereta dan patah kaki, sehinggalah dua hari lepas kami celebrate berita kemasukan Ayacik diterima menjadi polis, macam-macam perkara jadi kan. 


Takde apa yang saya nak tuliskan harini cuma nak update beberapa resolution yang baru saya create bagi suku ketiga tahun ni. Disebabkan incoming birthday date saya akan tiba lagi dua hari, jadi saya kena ada azam baru. At least nampakla apa performance yang saya dah buat sepanjang usia baru nanti kan.


Azam Baru Saya Bermula Ogos

Okay, yang nombor satu ni memang saya plan nak letak di sosial media tapi memandangkan saya malas nak cetuskan kontroversi, jadi saya tulis di sini je since ramai juga PR yang follow saya di sana :P


1. No More Free Product Review

..unless worth it.


Menjelang Ogos ni, niat saya taknak ambil free job review dah since saya penat ambil gambar, buat video tapi cuma dapat free produk je, no payment. Padahal nak buat video, saya still kena bayar bil elektrik sebab saya edit video di komputer dan kalau ambil gambar pun saya still nak kena bayar bil elektrik sebab bateri phone dan kamera kena cas kan. Bila hanya terima free produk je macammana nak bayar bil api tu nanti? Padahal suami yang bayar bil semua tapi tak kisahlah


Soalnya inflasi makin tinggi dan saya pun a living human yang ada needs untuk dipenuhi. Susahlah kalau saya nak pi shopping tapi takde duit. Kalau tak bayar dengan duit, takkan nak bayar dengan free produk yang diterima tu kan? Unless lah kalau produk yang diterima memang worth the price, then I will think about that tapi buat masa sekarang, free produk review should be avoided at all cost. Baikkk!


Eleh berlagak, padahal followers tak ramai pun :p


Tak kisahlah followers ramai tak. Sebagai seorang introvert, nak buat satu content post review kat sosial media tu pun dah rasa berat sebenarnya tapi since kerja jadi memang kena buatlah. Lepastu tiap kali post, saya kena spend time pulak untuk balas komen dan balas like. Banyak masa digunakan untuk siapkan satu post bermula daripada set up tempat cecantik, ambil gambar atau video, edit video/ gambar lepas tu post dan balas komen/ like. Penat tau.


Since saya dah belajar cara nak buat penolakan dan dah pandai tolak beberapa brand bermula awal tahun ni jadi rasanya tak susah nak terus stick up dengan plan ni. Doakan saya konsisten ye kekawan. Mencari duit, here we come!


2. Aktifkan Youtube

..yang dah lama terbengkalai. 


Kalau saya fokus pada Youtube channel yang macam hidup segan mati tak mahu tu, saya rasa boleh generate income nicely sama macam blog. Ceritanya saya rasa saya suka menulis dan saya juga suka mengedit video. Jadi apa kata kalau saya buat video dan upload di Youtube dan jadikan perkara ni sebagai rutin untuk tambah duit poket.


Since saya pun dah malas nak buat free review jadi saya tentu ada banyak masa lapang lepasni (eh kantoi banyak buat free review hihi). Bila anak-anak pergi sekolah, bolehlah saya shoot video masakan dan edit pada waktu malam. Target untuk post a video a week pun dah cantik sangat rasanya. Selain boleh update Youtube channel, saya pun boleh belajar memasak. Ha, dua dalam satu. Tak gitu?

Azam Baru sempena Birthday

Cuma yang susah sikit adalah nak ambil nice shot of video since saya nak kena masak dan ambil video pada masa yang sama. Kalau tengok video masak chenom dan buatoranglapo memang saya kagum, their videos are nicely done. Hopefully lah saya dapat hasilkan video yang cantik macam mereka juga. Eh, satu perkara lagi saya kena ada banyak resepi baru sebab plan nak buat video masak kan. Ganbatte kudasai!


3. Simpan Paling Kurang RM500 dalam ASNB

Harap konsistenlah. 


Saya dah buat force saving ni sejak dua bulan lepas. Kalau sebelum ni saya cuma buat autodebit ke akaun PMB, plan saya sekarang nak consistent masuk ASNB pulak. Saya taknak buat autodebit ke ASNB sebab plan nak masukkan paling kurang RM500 monthly dan maximum RM700. Kalau buat autodebit, saya kena masukkan nilai tetap so better saya transfer online sendiri je. Lagipun saya boleh check progress force saving saya setiap kali buat tambahan duit.


Orang lain dah lama buat force saving dalam ASNB tapi saya baru nak start. Takpelah, better late than never kan. Plannya dapat cukupkan RM200k maximum simpanan di ASNB sebelum mati. Haha tinggi harapan tapi tak mustahil kan. Jom kita pulun!


So ini adalah my new resolution buat masa sekarang. Macam biasa, azam ni boleh berubah dari masa ke semasa bergantung kepada keadaan dan situasi. Cuma harap ketiga-tiga azam ni dapat saya konsisten buat dan berpegang teguh kepadanya. Yeah! Semoga saya dimurahkan lebih banyak rezeki untuk bawa keluarga pi makan sesedap. Aamiin


Oh btw, my birthday will be coming soon! Im getting a year older lagi 2 hari, oh no! Haha..

Catat Ulasan

0 Ulasan