Nak Breakfast Kat Mana di Terengganu? Jom Makan di AdilRoti

Nak breakfast kat mana di Terengganu ni? Kalau awak rasa taknak breakfast berat macam nasi dagang atau nasi lemak, apa kata makan roti je pagi ni kat AdilRoti? 

Roti Canai Gedik AdilRoti
Roti Canai Gedik

AdilRoti adalah pilihan kedai favourite kami tiap kali lepas joging sebab kononnya taknaklah makan berat lepas penat exercise kan, jadi ke sinilah kami untuk makan menu roti canai dan roti tisu.


Kedai AdilRoti yang terletak di bawah Jambatan Sultan Mahmud ini dibuka bermula jam 7.45 pagi hingga 12.30 tengah hari setiap Khamis hingga Selasa. Kedai ditutup pada setiap hari Rabu. Disebabkan saiz kedai tak berapa besar, jadi setiap pelanggan yang datang ke sini perlu beratur terlebih dahulu. Jangan datang terus duduk ye sebab mereka yang akan carikan tempat duduk untuk pelanggan.

 

Apa yang buat kami suka makan di sini kerana kebanyakan menu yang dihidangkan sedap dan agak berlainan daripada kebanyakan kedai makan lain di Terengganu. Biasanya kedai makan di Terengganu akan tawarkan menu nasi dagang, nasi lemak, atau masakan mee dan bihun tapi di AdilRoti ada pelbagai pilihan roti yang kami boleh cuba.

Roti Denesor AdilRoti
Roti Denesor

Roti Tisu AdilRoti
Roti Tisu

Kalau tak silap saya, ada sehingga 40 jenis menu roti yang boleh dicuba untuk breakfast di AdilRoti. Sesuai sangat untuk mereka yang rasa nak makan menu lain daripada kebiasaan bila ke Terengganu. Jangan bimbang, menu nasi pun ada macam nasi minyak tapi pilihan nasi tak berapa banyaklah di sini. Selain itu shawarma dan kebab juga ada tau.


Tapi kalau nak makan di sini memang bersabar itu wajib memandangkan saiz kedai yang tak berapa besar, jadi kami kebiasaannya terpaksa beratur untuk dapatkan seat terutamanya pada hari hujung minggu. Make sure jangan potong barisan atau masuk ikut jalan belakang untuk dapatkan seat kerana saya dah tengok sendiri pelanggan kena bangun dan beratur semula sebab mereka potong barisan. Ha, lain kali beratur ye bang.

Nak Breakfast Kat Mana di Terengganu?

Menu kegemaran kami di sini adalah roti canai gedik, roti tisu dan bihun tomyam. Air cappucino dan teh hijau memang umph dan tak manis, jadi boleh cuba juga. Selain itu menu roti denesor pun yummy sangat cuma itulah harganya pun boleh cover untuk dua orang makan tengahari. Tapi memang padanlah dengan harga sebab guna daging kambing untuk menu roti denesor ni, jadi kita layan je lah..


Bunyi bising kenderaan mungkin agak mengganggu bagi sesetengah pelanggan yang makan di sini memandangkan lokasinya yang berada di bawah jambatan. Bagi saya sendiri, masa awal makan di AdilRoti dulu rasa ghisau juga kot roboh jambatan masa tengah sedap makan tu tapi bila dah biasa takde rasa mengganggu dah pun. Dah kalis agaknya kan..

Nak Breakfast Kat Mana di Terengganu?

Tiap kali ke sini, Auni dan Ameera akan ambil mainan yang disediakan untuk buat bermain sementara tunggu makanan sampai ke meja. Jangan risau, owner benarkan kanak-kanak yang ingin bermain toys yang ada di sini dan toys ini memang diletakkan di ruangan yang mudah dicapai untuk pelanggan cilik mereka bermain. Tapi bila dah siap main, jangan lupa simpan balik ye.


Jangan expect kedai cantik macam kedai hipster dan harga murah macam makan di kedai kampung. Harga affordable dan kedai biasa-biasa je cuma makanan umphh, sedap! Nak makan sedap kat ganu? Try makan kat AdilRoti jom! Tapi mungkin taste kita tak sama, saya suka dan awak tak suka. Cuma alang-alang dah sampai ganu tu, apa kata try dulu..tengok jadi ke tak..

Catat Ulasan

2 Ulasan