Macammana Cara Nak Trade In Kereta Lama untuk Beli Kereta Baru

Cara Trade-in Kereta Lama | Alkisahnya kereta pertama yang saya beli tahun 2010 dulu, kini dah berusia 12 tahun. Kereta yang diberi nama 'Sophie' ini masih elok dan selesa digunakan untuk ambil dan hantar anak ke sekolah atau untuk dibawa pulang ke kampung. Tapi untuk perjalanan jarak jauh, kami dah lama tak bawa Sophie kerana risau dengan kemampuannya yang dah bertaraf veteren. Bimbang  tersadai di tepi jalan pula, naya..


Masalah yang kami hadapi sekarang adalah setiap kali nak berjalan jauh, kami empat beranak perlu berhimpit dalam kereta compact milik suami yang bersaiz lebih kecil dan sempit. Situasi ini sangatlah tak menyelesakan kerana selain perlu berhimpit anak beranak, kami juga kekurangan ruang untuk meletak beg barangan bagi perjalanan jauh dan panjang. Sebab itulah memiliki sebuah kereta sedan yang baru menjadi fokus kami buat masa ini.

Macammana Cara Nak Trade In Kereta Lama untuk Beli Kereta Baru

Taknak terbeban dengan bayaran deposit yang tinggi, kami fikir apa salahnya jika kami trade-in saja kereta lama dan beli kereta baru? Tentu lebih mudah dan menjimatkan banyak perkara. Bukan saja kami tak perlu keluarkan duit simpanan sendiri bagi bayaran deposit kereta, kami juga tak perlu fikir di mana nak parkir kereta memandangkan porch kereta di rumah hanya boleh memuatkan dua buah kenderaan sahaja.


Cara Trade-In Kereta Lama


Memiliki banyak kenderaan bermaksud menambah lebih banyak wang belanja tahunan. Bukan saja insurans dan roadtax kereta perlu sentiasa diperbaharui setiap tahun malah enjin kereta juga perlu dihidupkan paling kurang seminggu sekali untuk elakkan kerosakan pada komponen kereta jika tidak dihidupkan dalam jangka masa panjang. Agak melecehkan. Jadi trade-in kereta lama dirasakan penyelesaian terbaik kami buat masa ini. Tapi macammana cara nak trade-in kereta ni?


Trade-in Kereta Lama

Untuk dapatkan sedikit idea tentang trade-in kereta, macam biasa saya akan dapatkan bantuan doktor Google dan buat sedikit bacaan secara online ditambah juga dengan sedikit pengalaman peribadi pernah lihat kawan trade-in kereta masa muda remaja dulu. Jadi bagi mereka yang tengah plan untuk trade-in kereta sama macam saya, bolehlah baca tips di bawah untuk dijadikan rujukan ya.

Macammana Cara Nak Trade In Kereta Lama untuk Beli Kereta Baru


1. Semak baki pembiayaan kereta di bank

Sebelum boleh mula trade-in kereta, perkara pertama yang perlu diambil kira adalah ketahui status kereta yang dimiliki. Adakah sudah buat full-settlement atau masih ada baki pinjaman yang perlu dilunaskan di bank? Jika dah buat bayaran penuh, bolehlah tarik nafas lega tapi jika belum, prosedur untuk trade-in kereta mungkin akan jadi lebih panjang.


Untuk ketahui jumlah baki pembiayaan yang masih ada, kita boleh hubungi pihak bank pemberi pinjaman kenderaan masing-masing. Nak lagi senang, walk-in je ke bank dan minta penyata untuk rujukan. Bila dah tau jumlah baki yang masih ada, langkah seterusnya bolehlah dapatkan anggaran harga pasaran semasa kereta dan check juga harga kereta baru yang bakal dibeli nanti sebelum boleh buat kira-kira dan budgeting.


2. Dapatkan anggaran harga pasaran semasa kereta lama

Untuk dapatkan anggaran harga pasaran semasa kereta, kita boleh bandingkan harga secara atas talian samada di mudah.my, carsome atau banyak lagi laman web jual beli kereta yang lain. Kalau rajin, kita boleh terus walk-in ke kedai kereta berdekatan rumah dan tanya berapa harga yang mereka akan tawarkan jika kereta dijual kepada mereka. 


Harga yang ditawarkan ini boleh dikira sebagai anggaran harga pasaran kereta kerana harga tersebut dah diambil kira dengan jenis kereta, kadar milege, tahun buatan, tahap kerosakan yang perlu di touch-up dan pelbagai kriteria lain lagi. Jadi kalau tanya di kedai kereta yang lain pun, mereka akan tawarkan harga yang lebih kurang sama.

Macammana Cara Nak Trade In Kereta Lama untuk Beli Kereta Baru

Cara lain pula, walk-in ke showroom jualan kereta dan tanya kepada perunding jualan tentang harga bagi trade-in kereta lama untuk ambil kereta baru daripada mereka. Mudah! Namun langkah paling bijak tentulah untuk membandingkan harga yang ditawarkan dan terima tawaran harga trade-in yang paling tinggi. Baru ada untung maa..


3. Pilih kereta pilihan dengan budget yang dikehendaki

Bila dah tahu berapa harga trade-in kereta lama, kena tahu juga berapa harga kereta yang nak dibeli nanti. Bagi yang dah buat full-settlement, mereka boleh terus gunakan duit trade-in kereta lama yang diterima untuk buat bayaran deposit kereta baru. Tapi bagi mereka yang trade-in kereta masih dengan hutang bank, ada dua perkara yang perlu diambil tahu. 


Jika nilai trade-in kereta yang diterima adalah lebih tinggi daripada baki hutang yang ada di bank, kita boleh gunakan duit lebihan bayaran hutang tersebut untuk dijadikan wang deposit pendahuluan untuk beli kereta baru. Tapi jika duit hasil trade-in kereta lama yang diterima lebih rendah daripada baki hutang di bank, jadi kita perlu top-up jumlah hutang yang tak mencukupi dan sediakan wang poket sendiri untuk buat bayaran deposit kereta yang baru.


Ukur baju di badan sendiri, begitu juga dengan beli kereta. Beli ikut kemampuan supaya tak perlu ikat perut setiap akhir bulan kerana terbeban dengan bayaran bulanan kereta baru. Sebab itu, sebelum buat pilihan jenis kenderaan yang nak dibeli, saya buat dulu kiraan bagi bayaran bulanan kenderaan yang bakal dibeli di https://www.carpaymentcalculator.net/. Jika melebihi kemampuan, saya tukar pilihan kepada kenderaan yang lebih mampu milik.


Bukan saja boleh tahu berapa yang kita perlu bayar mengikut tahun pembiayaan yang diingini, malah saya boleh terus masukkan nilai trade-in yang diterima untuk dapatkan kiraan secara details jumlah bayaran bulanan kereta baru saya nanti. Jika nilai trade-in yang diterima adalah lebih rendah daripada nilai hutang di bank, saya masukkan nilai tersebut ke negatif trade-in dan jumlah lengkap bayaran bulanan akan terus tertera selepas diklik pada pengiraan. Senang sangat!


4. Serahan Dokumen

Saya gunakan CarPaymentCalculator.net untuk buat perbandingan bayaran kereta yang mampu kami bayar setiap bulan sebelum mula buat serahan dokumen bagi proses jual beli. Yelah, risau jika tiap akhir bulan kami terbeban pula dengan bayaran kereta yang tinggi, jadi perlulah buat pilihan yang tak membebankan dan rancang dengan berhemah. 


Bila kereta pilihan dah ada, barulah boleh siapkan semua dokumen yang diperlukan untuk buat serahan. Penting untuk pastikan penyata slip gaji bersesuaian dengan nilai kereta yang nak dibeli untuk elakkan daripada direject oleh pihak bank.

Macammana Cara Nak Trade In Kereta Lama untuk Beli Kereta Baru


5. Tandatangan surat perjanjian dengan bank

Jika semua dokumen yang dihantar mencukupi dan dah diluluskan, langkah seterusnya adalah untuk tandatangan surat perjanjian bank. Wang deposit kereta beserta dengan kereta lama akan dilepaskan pada masa ini. Jadi bila kereta dah bertukar tangan, kita boleh mula berangan untuk dapatkan kereta baru dalam masa beberapa hari atau bulan, bergantung kepada stok kereta yang ada. Jangan lupa untuk tanya pada jurujual samada mereka ada kereta ready-stock atau tidak supaya tak terlalu berharap kereta akan diterima awal nanti.


Ha, ini adalah antara serba ringkas prosedur trade-in kereta lama yang saya tahu. Walaupun mungkin tak sedetails mana tapi harap boleh beri idea pada awak macammana cara nak trade-in kereta dibuat. Doakan saya dapat kereta yang elok dan terbaik sebab pernah dengar ada kes mereka yang dapat kereta baru tapi dah ada defect, risau! Saya juga doakan semoga proses trade-in kereta awak berjalan lancar. Aamiin.

Catat Ulasan

0 Ulasan