Best Sunscreen SPF50 untuk Kegunaan Harian | Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen Yang Tidak Berminyak & Melekit

Dijangka cuaca panas sekarang ni akan berterusan sehingga pertengahan bulan September nanti akibat monsun barat daya. Dengan suhu melebihi 30 darjah celsius hampir setiap hari, tak mustahil muka boleh sunburn teruk kalau tak pakai sunscreen kan?


Sebab itu, walau pun duduk di rumah saja pun saya tetap akan sapu sunscreen di wajah. Yelah, tak keluar rumah tak bermaksud takde sinar UV kan. Muka saya masih terdedah kepada sinar UVA dan UVB yang boleh merosakkan dan menghidrat tubuh badan serta wajah terutama dalam musim panas ni. Jadi kita ambil precaution awal-awal.


Aloe Vera Sunscreen


Bercakap tentang sunscreen, saya baru je cuba sunscreen terbaru daripada Hansaegee Nature iaitu Aloe Vera Sunscreen. Berasaskan daripada gabungan bahan semulajadi, Aloe Vera Sunscreen ni antara sunscreen best yang pernah saya cuba tau. Dengan SPF50 dan PA+++, jadi ia sesuai sangat nak digunakan pada saat cuaca panas membahang sekarang.

Best Sunscreen SPF50 untuk Kegunaan Harian | Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen

Ramai sedia maklum yang saya memang pengguna tegar produk penjagaan wajah daripada Hansaegee Nature. Kalau sebelum ni saya pernah pakai Aqua Whitening Cream dan CC Cream, sekarang saya cuba pula sunscreen terbaru mereka iaitu Aloe Vera Sunscreen. Lagi teruja bila dapat tahu yang sunscreen ni bukan saja dihasilkan daripada aloe vera semata-mata, malah turut ditambah campuran beberapa jenis gabungan ekstrak tumbuh-tumbuhan yang lain.


Kandungan Aloe Vera Sunscreen


Melalui namanya sendiri kita boleh agak yang Aloe Vera Sunscreen mengandungi ekstrak aloe vera. Tidak itu saja, ia juga mengandungi campuran tiga jenis ekstrak tumbuh-tumbuhan semulajadi yang lain iaitu pegaga, orkid dan mulberi putih. Setiap satu jenis tumbuhan ini pula ada keistimewaan dan khasiatnya yang tersendiri.

Best Sunscreen SPF50 untuk Kegunaan Harian | Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen

  • Ekstrak Aloe Vera

Sinonim dengan panggilan lidah buaya, aloe vera telah digunakan sejak 5000 tahun dahulu dalam bidang perubatan dan kecantikan kerana kemampuannya menyimpan lembapan serta kuasa penyembuhannya yang pantas. Selain mudah diperolehi, ia juga bersifat anti bakteria yang menjadikannya pilihan terbaik untuk digunakan dalam kebanyakan produk kecantikan masa kini.


  • Ekstrak Centella Asiatica

Umum dikenali sebagai pegaga dan sering dijadikan sebagai ulam-ulaman kerana rasanya yang sedap serta mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan kulit. Bukan sahaja baik dalam membaiki peredaran darah, malah ia juga sering digunakan untuk memperlambatkan tanda penuaan dan menghilangkan jerawat.


  • Ekstrak Orkid

Tidak seperti aloe vera dan centella asiatica, penggunaan orkid dalam bidang kecantikan tidaklah terlalu meluas namun ia tetap datang dengan khasiatnya yang tersendiri. Tinggi antioksida yang mampu melawan radikal bebas, khasiat orkid juga adalah dalam mengembalikan keserian dan melambatkan proses penuaan kulit wajah.


  • Ekstrak Morus Alba Bark

Meski mulberi merah lebih dikenali namun mulberi putih juga tak kurang khasiatnya. Digunakan dalam bidang farmaseutikal dan kecantikan, khasiat mulberi putih tidak sahaja terletak pada buahnya malah turut pada daunnya. Selain digunakan untuk mengawal kandungan paras gula dan lemak dalam darah, ia juga digunakan sebagai agen perlindungan kepada sinar UV.


Kebaikan Aloe Vera Sunscreen


Kenapa saya pakai Aloe Vera Sunscreen? Sudah tentulah untuk lindungi wajah daripada sinaran UVA dan UVB yang bukan sahaja boleh rosakkan kulit muka malah juga boleh sebabkan masalah kanser kulit. Namun sebab utama saya pilih Aloe Vera Sunscreen sebagai sunscreen harian adalah kerana kesesuaiannya dengan wajah dan tahap perlindungan yang ditawarkan.

Best Sunscreen SPF50 untuk Kegunaan Harian | Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen

Dengan perlindungan SPF50 dan PA+++, saya tak perlu risau nak berjalan dalam panas terik kerana saya tahu muka saya dilindungi daripada pancaran matahari oleh maksimum protection yang terdapat dalam Aloe Vera Sunscreen. Kehadiran SPF50 membantu wajah saya terhindar daripada kesan UVB yang boleh akibatkan sunburn manakala PA+++ pula mengurangkan risiko kerosakan kulit dari dalam akibat pancaran UVA.


Berikut adalah antara kelebihan yang terdapat dalam Aloe Vera Sunscreen:
  • Melindungi wajah dari sinar UV
  • Mengurangkan keradangan kulit sensitif
  • Mengurangkan tanda penuaan wajah
  • Menghidrat kulit wajah dan melembapkannya


Tekstur Aloe Vera Sunscreen


Berwarna putih kehijauan dengan tekstur halus yang mudah disapu ke wajah, Aloe Vera Sunscreen ringan dan tak meninggalkan kesan apabila digunakan. Ia tak berminyak, tak melekit serta tak juga meninggalkan warna seperti sesetengah sunscreen yang ada di pasaran. Selain itu, setiap sapuan tak perlukan penggunaan tenaga yang lebih kerana hanya sapuan lembut sudah memadai bagi membolehkan krim menyerap masuk ke dalam kulit wajah.

Best Sunscreen SPF50 untuk Kegunaan Harian | Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen
Best Sunscreen SPF50 untuk Kegunaan Harian | Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen

Aloe Vera Sunscreen juga bersifat melembap. Sebab itu ia turut sesuai digunakan sebagai base mekap kerana teksturnya yang lembut menjadikan sapuan mekap lebih mudah dilakukan. Yang paling saya suka adalah tiada white cast terhasil meski pun saya berulang kali menggunakan sunscreen ini ke wajah. Tiada kandungan alkohol, paraben dan allergen serta muka juga nampak cerah semulajadi setiap kali selepas sapuan.

Best Sunscreen SPF50 untuk Kegunaan Harian | Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen

Best Sunscreen SPF50 untuk Kegunaan Harian | Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen


Cara Penggunaan


Saya pakai Aloe Vera Sunscreen setiap hari terutama bila nak ambil anak-anak balik dari sekolah. Terdedah pada cuaca panas terik setiap hari saat menunggu anak-anak di depan pagar sekolah meskipun cuma sekejap memang boleh sebabkan muka saya dehidrat, kering dan kusam. Untuk elakkan muka saya alami proses penuaan lebih awal, wajib untuk saya pakai Aloe Vera Sunscreen setiap hari!

Best Sunscreen SPF50 untuk Kegunaan Harian | Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen
Setiap kali selesai mencuci muka diikuti dengan penggunaan toner dan moisturiser, saya guna Aloe Vera Sunscreen untuk perlindungan daripada sinar UV. Saya tambah sapuan sunscreen pada wajah jika terdedah lama pada matahari dan ketika berpeluh kuat untuk mendapatkan perlindungan maksimum.

Best Sunscreen SPF50 untuk Kegunaan Harian | Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen

Dengan penutup botol twist-lock, mudah untuk saya bawa Aloe Vera Sunscreen ketika travel kerana ia kecil dan nipis. Jadi tiada masalah untuk re-touch pada saat memerlukan. Lagi pun krim tak mudah tumpah atau terkeluar daripada botol kerana design penutup twist-lock yang selamat dan ketat melindungi daripada kebocoran.


Sunscreen Terbaik Harian Saya


Aloe Vera Sunscreen daripada Hansaegee Nature adalah antara sunscreen terbaik saya untuk kegunaan harian. Sebagai surirumah, saya tetap perlu lakukan aktiviti luar seperti menukar bekas makanan haiwan peliharaan, menyiram pokok bunga dan menyidai pakaian yang mendedahkan saya kepada pancaran sinar matahari. Sebab itu saya tetap perlu gunakan sunscreen walau hanya berada di rumah.

Best Sunscreen SPF50 untuk Kegunaan Harian | Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen

Pilihan saya Aloe Vera Sunscreen kerana ia mudah disapukan ke wajah, tak berminyak, tak melekit, tak meninggalkan white cast atau senang kata, tak leceh sewaktu gunakan Aloe Vera Sunscreen. Selain menonjolkan kecerahan wajah secara semulajadi, ia juga mudah dibawa ke mana-mana jadi senang untuk saya re-touch. Lagi pula saya boleh dapatkan maximum protection dengan SPF50 dan PA+++.

Best Sunscreen SPF50 untuk Kegunaan Harian | Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen


Nak Beli Aloe Vera Sunscreen di Mana?


Kini semua di hujung jari saja. Saya tak perlu ke kedai untuk dapatkan best sunscreen dan boleh terus buat belian secara online. Tapi saya pasti ramai yang masih was-was untuk gunakan produk penjagaan wajah daripada Hansaegee Nature ni, tapi jangan risau saya pun macam awak dulu. Sekarang bila dah cuba, memang tak tukar yang lain dah. So, apa kata awak beli dan cuba pakai dulu Aloe Vera Sunscreen ni.


Awak boleh buat belian di mana-mana link di bawah dan lihat lebih banyak testimonial mereka yang dah berpuas hati dengan produk Hansaegee Nature. Bukan saya sahaja yang sukakan brand ni, tapi ramai lagi. Jadi awak jangan tunggu lagi, klik link kat bawah okeh! Jangan lupa check promosi yang sedang berlangsung di website mereka juga ya.



Best Sunscreen SPF50 untuk Kegunaan Harian | Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Bagus betul informasi macam ni. Semakin berusia semakin kena protect kulit muka

    BalasPadam