Cari Hotel Best Area Pekan Pahang? Menginap di AnCasa Royale Hotel

Saya belum pernah sampai ke Pekan Pahang dan pada minggu lepas, saya buat pertama kalinya berjaya menjejakkan kaki ke daerah yang menjadi tanah tumpah kelahiran Perdana Menteri ke-5 kita, iaitu Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak.


Kalau ikut plan asal, kami nak ke Pekan pada awal bulan Februari yang lepas tapi siapa sangka yang rumah ma dan abah akan dinaiki air. Jadi terpaksa kami cancel percutian pada musim cuti sekolah itu untuk tolong mengemas apa yang patut di rumah.


Tiga Hari Dua Malam di AnCasa Royale Hotel


Menginap di AnCasa Royale Hotel yang terletak di bandar Pekan Pahang, kami pilih untuk menginap di hotel empat bintang ini kerana ia tidak terlalu sibuk dan agak jauh daripada pusat bandar namun lokasinya tetap strategik kerana berhampiran dengan kebanyakan kedai dan tempat tumpuan pelancong seperti Muzium Sultan Abu Bakar dan The Tun Razak Memorial Hall.

Cari Hotel Best Area Pekan Pahang? Jom Menginap di AnCasa Royale Hotel

Sampai sahaja di depan pintu masuk hotel, kami disambut dengan senyuman mesra oleh kakitangan yang menyapa sebaik menurunkan bag daripada kenderaan. Terasa kelegaan saat kaki menjejak ruang lobby bagi proses check in bilik selepas beberapa jam menghabiskan masa di dalam perjalanan. Tak perlu tunggu lama, akses kad bernombor 507 kini di genggaman saya yang membawa maksud bilik kami di aras lima sedia untuk diduduki.


Deluxe Room Berlatar Belakang Sungai Pahang


Saat menjejakkan kaki ke dalam bilik, hati menjerit 'besarnya bilik!'. Berkeluasan 45m² bagi setiap bilik jenis deluxe, ia sangat selesa bagi kami yang mempunyai dua orang anak kecil untuk menginap bersama. Dua buah katil single yang disediakan juga cukup empuk dengan berlatar belakangkan pemandangan luas Sungai Pahang yang menghiasi tabir jendela kami.

Cari Hotel Best Area Pekan Pahang? Jom Menginap di AnCasa Royale Hotel

Cari Hotel Best Area Pekan Pahang? Jom Menginap di AnCasa Royale Hotel

Cari Hotel Best Area Pekan Pahang? Jom Menginap di AnCasa Royale Hotel

Sambil berbaring menonton TV, saya tak lepaskan peluang untuk mengisi tab mandi dengan air separa panas ditambah mandian bagi anak-anak yang mula excited sebaik menyedari kehadiran bathtub di dalam bilik mandi. Almaklumlah kami tak dapat menemani mereka untuk mandi di swimming pool kerana berpuasa, jadi dapat mandi di bathtub pun dah cukup menggembirakan.

Cari Hotel Best Area Pekan Pahang? Jom Menginap di AnCasa Royale Hotel

Cari Hotel Best Area Pekan Pahang? Jom Menginap di AnCasa Royale Hotel

Tiada plan pada hari itu kerana saya akan ke Majlis Syukuri Ramadan pada petang harinya, jadi kami cuma menikmati hari yang kian berlalu dengan berbaring dalam sejuknya penghawa dingin dibaluti selimut gebu sambil menonton TV sementara anak-anak pula seronok bermain buih di dalam bathtub di bilik air.


Hotel Tour

Keesokkan harinya, saya mula tour hotel bagi melihat tempat menarik yang ada di sekitarnya. Saya ke tingkat dua yang menjadi lokasi di mana hampir kesemua amenities seperti bilik mesyuarat, gymnasium, spa dan mini studio berada. Walau bagaimana pun, spa tidak lagi beroperasi pada masa saya ke sana. Menurut kakitangan hotel, spa tidak akan diguna pakai mungkin buat selamanya dan saya tak pasti mengapa.

Cari Hotel Best Area Pekan Pahang? Jom Menginap di AnCasa Royale Hotel

Cari Hotel Best Area Pekan Pahang? Jom Menginap di AnCasa Royale Hotel

Apa yang menariknya, di aras ini juga terdapat suatu ruangan khas yang mampamerkan tentang salah silah kehidupan dan sejarah penglibatan Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tun Abdul Razak dalam menerajui negara suatu ketika dahulu. Ruang yang diberi nama sebagai Tun Abdul Razak Gallery ini diabadikan sebagai tanda penghargaan kepada beliau selaku anak jati Pekan, Pahang. 


Saya turut tak lepaskan peluang untuk turun ke swimming pool yang terdapat di tingkat bawah bahagian luar hotel. Terletak bersebelahan Sungai Pahang, dua buah swimming pool dengan kedalaman berbeza menarik perhatian saya. Swimming pool dewasa yang bersaiz besar seolah menggamit saya untuk menyelam di dalamnya sementelah pula saya dalam keadaan berpuasa. Mencabar betul! Di sebelahnya pula terdapat mini playground untuk anak-anak bermain.

Cari Hotel Best Area Pekan Pahang? Jom Menginap di AnCasa Royale Hotel

Cari Hotel Best Area Pekan Pahang? Jom Menginap di AnCasa Royale Hotel

Selain swimming pool dan taman permainan kanak-kanak, di aras satu juga terletaknya ballroom dan ruang makan. AnCasa Royale Hotel turut menganjurkan majlis perkahwinan yang dikenali sebagai The Garden Wedding kepada orang awam yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan mereka. Dengan suasana hotel yang kemas dan teratur serta mewah, saya pasti majlis perkahwinan yang dianjurkan di The Garden Wedding tentu bukan biasa-biasa. Mesti cantik!

Cari Hotel Best Area Pekan Pahang? Jom Menginap di AnCasa Royale Hotel

Room Tour

Saya kemudiannya membuat room tour dengan bantuan salah seorang kakitangan hotel. Bilik pertama yang saya lawati adalah Suite Room yang berharga RM850/malam. Bilik berkeluasan 69m² ini mempunyai kemudahan hampir sama dengan bilik deluxe namun kelebihannya terletak pada saiz bilik yang lebih besar. Begitu juga dengan bilik Junior Suite yang berharga RM1050/malam dengan keluasan 81m². Dengan saiz bilik yang lebih besar, Junior Suite turut dilengkapi dengan ruang tamu untuk keselesan penginapnya.

Cari Hotel Best Area Pekan Pahang? Jom Menginap di AnCasa Royale Hotel

Bilik seterusnya memang buat saya kagum dan terkesima. Sangat besar dan cantik dengan kemudahan yang hampir sempurna. Dengan harga RM5000/malam, memang saya cuma mampu menumpang duduk sahaja dalam bilik yang diberi nama Executive Suite. Dengan saiz mencapai sehingga 261m², suite ini turut dilengkapi dengan ruang makan, ruang tamu dan pantry. Hanya sebuah sahaja Executive Suite yang terdapat di sini.

Cari Hotel Best Area Pekan Pahang? Jom Menginap di AnCasa Royale Hotel

Cari Hotel Best Area Pekan Pahang? Jom Menginap di AnCasa Royale Hotel

Manakala bilik yang paling besar dan mewah adalah Premier Suite yang berharga RM7000/semalam dengan keluasan 326m². Saat memasuki suite ini memang saya sangat excited melihat dekorasi dalaman dan kemewahan perabot yang digunakan. Jadi saya apa lagi, tak lepaskan peluang untuk bergambar di bilik yang menjadi pilihan VIP dan golongan diraja menginap ini.

Cari Hotel Best Area Pekan Pahang? Jom Menginap di AnCasa Royale Hotel

Banyak lagi gambar menarik yang saya nak kongsikan namun apakan daya ruang storage blog juga ada maksimum simpanannya yang tersendiri, jadi terpaksa saya kongsikan mana yang tertentu sahaja. Kalau awak nak tengok lebih banyak gambar AnCasa Royale Hotel yang cun kebabom, boleh ke laman web mereka di AnCasa Royale Hotel.


Saya gembira menghabiskan masa selama 3 hari 2 malam di AnCasa Royale Hotel dan pasti akan menginap lagi di hotel ini jika berkelapangan untuk bercuti lagi ke Pekan, Pahang. Hotel best, staff ramah dan yang paling penting, kami enjoy sepanjang berada di sini! Pasti akan datang lagi!

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Bestnya kalau dapat bermalam bilik harga 7K tu..
    luas mcm rumah dah. huhu

    BalasPadam
  2. wah bestnya hotel ni. besar, luas, cantik dan bersih. pool pun best

    BalasPadam