Majlis Syukuri Ramadan di AnCasa Royale Pekan Rai Anak Yatim dan Asnaf

Melihat anak yatim yang kehilangan samada ibu atau bapa atau kedua-duanya terutama pada bulan yang mulia ini membangkitkan rasa syukur dalam diri saya dengan kenikmatan yang masih dikecapi dianugerahkan ibu bapa yang masih sihat dan bertenaga.


Majlis Syukuri Ramadan


Syukur ada pihak yang masih cakna, nasib anak yatim di beberapa buah rumah anak yatim sekitar Pekan Pahang diceriakan dengan pemberian sumbangan duit raya bagi meraikan sambutan Aidilfitri akan datang. Saya turut berpeluang menyertai Majlis Syukuri Ramadan yang bertempat di AnCasa Royale Pekan Pahang bagi meraikan anak anak-anak yatim dan asnaf di sekitar daerah itu.

Majlis Syukuri Ramadan di AnCasa Royale Pekan Rai Anak Yatim dan Asnaf

Pemberian sumbangan yang dihulurkan oleh UDA Holdings Berhad melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR), UDA Cares dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM26,000 kepada anak yatim  dan asnaf di sekitar Pekan diharap dapat menceriakan dan mengurangkan bebanan mereka menghadapi musim perayaan akan datang.


Sebanyak RM14,000 telah diserahkan kepada Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) untuk diagihkan kepada asnaf manakala baki sebanyak RM12,000 pula disumbangkan kepada 40 orang penerima yang terdiri daripada anak yatim dan asnaf dalam bentuk duit raya berjumlah RM300 setiap seorang. Mereka turut dibawa untuk membeli kelengkapan baju raya bagi persediaan menyambut Aidilfitri.

Majlis Syukuri Ramadan di AnCasa Royale Pekan Rai Anak Yatim dan Asnaf

Antara yang menerima sumbangan adalah daripada:

  1. Rumah Anak Yatim dan Miskin Darussalam Al-Mukhtar
  2. Rumah Kebajikan Anak Yatim Kampung Ketapah Tengah
  3. Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Pulau Rusa 
  4. Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Mukim Ganchong.

Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Pengerusi UDA Holdings Berhad, YBhg Datuk Norliza Abdul Rahim sambil diiringi oleh Encik Azrudyn Rashid selaku Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pengurusan Azet UDA Holdings Berhad.

Majlis Syukuri Ramadan di AnCasa Royale Pekan Rai Anak Yatim dan Asnaf

Menurut Datuk Norliza, inisiatif berkongsi rezeki bersama golongan kurang berkemampuan diambil bagi memastikan golongan ini dapat merasai lebih keseronokan menyambut lebaran pada tahun ini.


Erat Hubungan UDA dan Rakan Niaga


Tambah beliau lagi, program seumpama ini akan turut diperluaskan ke negeri lain yang mempunyai projek pembangunan di bawah kerjasama UDA seperti Pulau Pinang, Johor, Perak dan Terengganu dengan harapan untuk mengeratkan hubungan UDA dengan komuniti di wilayah perniagaan UDA selain dapat memperkenalkan rangkaian hotel milik UDA kepada masyarakat setempat.


Inisiatif CSR UDA Cares selari dengan konsep penjenamaan baru UDA iaitu 'LIFE' yang menekankan kepada LegacyIntegratedFinesse dan Enrich yang telah diperkenalkan pada Ulang Tahun ke-50 UDA sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada semua yang sentiasa menyokong UDA selama ini.

Majlis Syukuri Ramadan di AnCasa Royale Pekan Rai Anak Yatim dan Asnaf

Datuk Norliza percaya dengan adanya penjenamaan baharu, UDA akan terus utuh menggalas peranan mewujudkan komuniti inklusif di wilayah pembangunan serta perniagaan UDA dan bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Pembangunan Usahawan dan Koperasi melahirkan lebih ramai lagi Keluarga Usahawan yang mampu menyumbang kepada kestabilan ekonomi negara.


Ramadan Buffet 'Poh Paleh Wey' untuk Berbuka Puasa


Bersesuaian dengan peralihan kepada Fasa Endemik, pihak AnCasa Royale Pekan Pahang turut tidak melepaskan peluang untuk kembali merancakkan operasi perniagaan dengan menawarkan pelbagai promosi menarik seperti pakej Buka Puasa dengan tema Ramadan Buffet 'Poh Paleh Wey' yang membawa maksud 'amboi, hebatnya!' di sepanjang bulan Ramadan.


Pelbagai menu dan juadah menarik disediakan dengan pilihan hidangan dessert lebih daripada 20 jenis disediakan setiap hari. Saya juga turut tidak lepaskan peluang untuk berbuka puasa dengan hidangan Poh Paleh Wey yang menggiurkan dan membuka nafsu selera makan saya. Rangkaian hotel di AnCasa Residences Port Dickson Negeri Sembilan dan Kuala Terengganu Golf Resort Terengganu juga turut menawarkan pakej berbuka puasa di sepanjang bulan Ramadan ini.

Majlis Syukuri Ramadan di AnCasa Royale Pekan Rai Anak Yatim dan Asnaf

Penghargaan terima kasih saya ucapkan kepada UDA Holdings Berhad dan AnCasa Royale Royale Pekan yang telah meraikan golongan kurang berkemampuan di saat mereka memerlukan. Semoga dengan sumbangan yang diberikan dapat mengukir kembali senyuman di wajah saat ketika menyambut perayaan akan datang. Semoga UDA Holdings Berhad dan AnCasa Royale Pekan Pahang terus maju jaya dan dilimpahkan rezeki berpanjangan. 


Awak ada plan nak bercuti? Apa kata stay di AnCasa Royale Pekan, hospitality terbaik!

Catat Ulasan

3 Ulasan