Majlis Syukuri Ramadan Rai Anak Yatim di Kuala Terengganu Golf Resort bersama UDA Holdings

Menatap mata anak kecil seusia Ameera yang telah kehilangan ibu dan ayah lalu terpaksa menumpang teduh di rumah anak-anak yatim membangkitkan rasa sayu dalam diri saat saya mengikuti Majlis Syukuri Ramadan yang dianjurkan oleh UDA Holdings Berhad (UDA) dengan kerjasama Kuala Terengganu Golf Resort (KTGR) pada Selasa yang lalu.


Sayu apabila mengenangkan anak-anak ini yang telah kehilangan kasih sayang ibu dan ayah pada usia muda namun saat melihat layanan penuh mesra oleh guru-guru yang setia menemani menimbulkan rasa syukur kerana masih ada yang sayang dan prihatin akan nasib mereka. 


Majlis Syukuri Ramadan Rai Anak Yatim di KTGR

Memahami perasaan anak-anak yatim menjelang Syawal yang mulia, UDA Holdings dengan kerjasama KTGR tidak melepaskan peluang untuk menyantuni mereka dalam majlis berbuka puasa bertempat di Kuala Terengganu Golf Resort di samping menyampaikan sumbangan bersempena Hari Raya yang bakal tiba.


Majlis Syukuri Ramadan Rai Anak Yatim di Kuala Terengganu Golf Resort

Ketibaan seramai 60 orang anak yatim daripada Rumah Anak-anak Yatim Baitul Sakinah disambut gembira oleh kakitangan KTGR dan diraikan dalam suasana ringkas namun cukup harmoni. 


Majlis Syukuri Ramadan Rai Anak Yatim di Kuala Terengganu Golf Resort

Anak-anak yatim ini menerima sumbangan baju dan duit raya yang ditaja oleh UDA Holdings manakala hidangan buffet ramadan bagi majlis berbuka puasa pula ditaja oleh KTGR. Sumbangan disampaikan oleh Encik Emirul Azman selaku Pengurus Kelab KTGR dan wakil pengurusan UDA Holdings.


Majlis turut diserikan dengan persembahan nasyid dan diakhiri dengan laungan azan oleh anak-anak cilik Baitul Sakinah bagi menandakan waktu berbuka puasa telah bermula.


Program Buka Puasa Sambil Beramal

Menurut Encik Emirul, KTGR turut menyediakan program tajaan berbuka puasa bagi orang ramai yang berminat untuk menaja golongan pelajar dan kurang berkemampuan seperti asnaf, anak yatim dan pelajar tahfiz berbuka puasa di KTGR pada setiap hari. 


Majlis Syukuri Ramadan Rai Anak Yatim di Kuala Terengganu Golf Resort

Sebanyak lapan buah meja yang mampu memuatkan sehingga maksimum 80 orang dengan setiap satu meja masing-masing sepuluh orang disediakan oleh pihak KTGR bagi majlis berbuka puasa dengan pelbagai juadah berbuka puasa yang sedap dan menyelerakan disajikan bagi hidangan secara buffet.


Program berbuka puasa sambil beramal ini telah bermula sejak 4 April dan akan berakhir pada 28 April 2022. Antara pusat pengajian tahfiz yang terlibat dalam program ini adalah para pelajar daripada Asrama Putera Puteri Perkaya Marang dan Asrama Putera Puteri  Darul Falah. 


Majlis Syukuri Ramadan Rai Anak Yatim di Kuala Terengganu Golf Resort

Nilai minimum tajaan bagi sebuah meja untuk 10 orang berbuka puasa adalah sebanyak RM380 dengan maksimum tajaan sehingga 8 buah meja. Mereka yang berminat untuk membuat tajaan boleh terus ke KTGR atau hubungi Encik Emirul sendiri di nombor talian 011-6234 3211 bagi proses pembayaran.


Buffet Ramadan Warisan Serantau KTGR

Selain menyediakan majlis buka puasa sambil beramal, pihak KTGR turut menerima tempahan buffet Ramadan bermula 5 April sehingga 1 Mei 2022 bagi sesiapa yang berminat untuk berbuka puasa di KTGR. Dengan hanya RM48 bagi dewasa dan RM38 bagi kanak-kanak 5 hingga 12 tahun, Buffet Ramadan Warisan Serantau KTGR menyediakan pelbagai juadah berbuka puasa yang pastinya menyelerakan.


Majlis Syukuri Ramadan Rai Anak Yatim di Kuala Terengganu Golf Resort

Antara menu istimewa yang disediakan bagi hidangan Buffet Ramadan Warisan Serantau KTGR adalah hidangan kambing golek, satay ayam Muar, nasi minyak, ayam masak tomato, gulai daging dan sup ayam berempah. Dengan seleksi aneka sambal dan kerabu yang boleh dinikmati bersama nasi putih, pelbagai menu mee juga turut disediakan bagi mereka yang ingin menikmati juadah ringan.


Majlis Syukuri Ramadan Rai Anak Yatim di Kuala Terengganu Golf Resort

Tidak lupa aneka jenis pencuci mulut seperti puding dan kuih melayu turut disediakan sebagai pelengkap setelah berbuka puasa. Ruang makan buffet ramadan akan beroperasi bermula jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam, jadi boleh makan sehingga puas. Usah risau tentang solat Maghrib kerana surau terletak di aras atas ruang makan buffet.


Majlis Syukuri Ramadan Rai Anak Yatim di Kuala Terengganu Golf Resort

Semoga sumbangan ikhlas daripada UDA Holdings Berhad dan Kuala Terengganu Golf Resort ini dapat menyuntik rasa gembira dalam hati sekaligus mengukir senyuman manis di wajah anak-anak yatim Rumah Baitul Sakinah dalam menyambut Aidil Fitri yang akan datang meski tanpa kehadiran ibu bapa tercinta. 


Jom kita tingkatkan amal ibadah dalam 10 malam terakhir Ramadan ini dengan mengharapkan ganjaran pahala dan keredhaan-Nya. Jika ada rezeki lebih, apa kata taja mereka yang kurang berkemampuan untuk berbuka puasa di KTGR :)

Catat Ulasan

0 Ulasan