Jom Apply i-Saraan KWSP RM250

Ramai tahu yang saya adalah konsultan unit trust PMB Investment tapi kali ni saya taknak share pasal PMB, saya cuma nak kongsi sikit info pasal caruman KWSP pulak. Awak pernah dengar tentang i-Suri dan i-Saraan yang kerajaan umumkan sebelum ni?  Since saya tak layak untuk apply i-Suri, jadi saya cuma nak kongsi pasal caruman i-Saraan je kali ni.


Apa Itu i-Saraan KWSP?


Okay, basically i-Saraan adalah satu inisiatif kerajaan bagi membantu golongan yang tak mempunyai pendapatan tetap seperti peniaga dan surirumah untuk mencarum dalam KWSP. Bagi golongan yang tak mempunyai pendapatan tetap ni, mereka boleh mencarum sendiri secara sukarela dalam KWSP mengikut kemampuan mereka dan kerajaan akan beri 15% tambahan dalam bentuk caruman ke dalam akaun mereka dengan maksimum sehingga RM250.


Apply i-Saraan KWSP RM250?


Saya agak berminat nak tau details tentang i-Saraan since saya nampak tambahan 15% ni macam boleh lawan dividen yang diberi oleh unit trust. Itu belum ditambah dengan agihan pendapatan yang akan diberi setiap akhir tahun oleh KWSP yang mana saya agak, boleh dapat di antara 3% hingga 6% setahun (based on previous dividend). 


Jadi kalau dicampur, boleh katakan yang pulangan akan diterima oleh pencarum i-Saraan nanti adalah antara 18% hingga 21% which is HUGE! Oh, lupa nak bagitau yang bantuan ni layak dinikmati pencarum i-Saraan sehingga mereka berumur 60 tahun which is also good. Terima lebih kurang 20% setiap tahun dan boleh lihat compounding effect since wang tak boleh dikeluarkan sehingga cukup masa kan.


Walk-In ke KWSP

Since call office tak berjawab, jadi last week saya walk-in ke bangunan KWSP untuk tanya details tentang i-Saraan. Proses berjalan lancar dan rupanya ramai juga yang ke bangunan KWSP ni untuk setelkan urusan mereka. Anak-anak pula tak boleh masuk, jadi terpaksalah Auni dan Meera jagi guard sekejap berkawal depan tangga.


Macam biasa, saya kena beratur sebelum ambil nombor dan bila dah sampai turn, saya bagitau nak buat i-Saraan dan disuruh oleh staf untuk buat i-Akaun KWSP dulu. Untuk yang tak tau, i-Akaun adalah aplikasi KWSP yang boleh diinstall dalam phone. Nak install i-Akaun boleh je buat kat rumah tapi kena set ID dan password di kaunter KWSP dulu sebelum boleh mendaftar masuk melalui app.


Semua persoalan saya dah terjawab pada hari tu dan saya share pada awak pulak dengan harapan awak pun boleh grab offer best ni. Untuk mudahkan awak faham tentang i-Saraan, saya tulis dalam bentuk point kat bawah ye. Senang sikit nak baca.


i-Saraan | Apa Perlu Saya Tahu

  1. Layak untuk mereka yang tak dicarum oleh majikan, bekerja sendiri dan tak mempunyai pendapatan tetap. Surirumah pun layak mencarum.
  2. Tiada minimum nilai caruman, boleh mencarum ikut kemampuan sendiri.
  3. Maksimum RM250 akan diberi oleh kerajaan dalam bentuk caruman KWSP dengan nilai caruman RM1667 setahun.
  4. Jika jumlah caruman di bawah nilai RM1667, insentif sebanyak 15% daripada nilai caruman akan diberikan.
  5. Caruman boleh dibuat secara online.
  6. Insentif akan dinikmati sehingga usia 60 tahun.
  7. Surirumah yang dah buat i-Suri, mereka tak layak untuk mencarum bawah i-Saraan. Cuma boleh pilih salah satu.


Rugi Kalau Tak Apply i-Saraan (Updated)

Rugi ke? Macam sikit je RM250 setahun, better invest dalam saham boleh dapat lebih 15%. 


Bagi saya, ini adalah  lifetime offer untuk mereka yang takde kerja tetap dan nak mula invest. Memang betul invest saham boleh dapat return lebih besar tapi kalau bercakap tentang risiko, risiko invest saham juga besar. High risk, high return kan. Jadi memang kena deal dengan kerugian kalau invest dalam saham. 


Tapi kalau mencarum dalam i-Saraan KWSP ni, risiko zero with high return. Saya kata high return sebab as a consultant unit trust pun kitorang cuma berani letak anggaran dividen tahunan antara 10% hingga 12% je untuk dana yang high risk. Itu pun still kena deal dengan harga jatuh dan loss on paper kalau performance tak cantik. (Oppsss.. saya rasa ada sikit kesilapan saya di sini, jadi saya akan cuba betulkan fakta ya).

___________________________________________________________________________________

So basically, bila kita dah melabur sebanyak RM1667 pada tahun ini dan dah terima RM250 yang bersamaan dengan 15% pada tahun tersebut, pada tahun depan kita juga akan terima jumlah yang sama iaitu RM250 yang mana 15% daripada RM1667 setiap tahun sahaja, bukan 15% daripada jumlah caruman. 


Jadi kalau nak katakan caruman i-Saraan beri return lebih tinggi daripada pelaburan unit trust adalah salah sama sekali. Pada bulan pertama kita mungkin akan dapat 15% jika mencarum sebanyak RM1667 tapi jika kita tambah jumlah caruman pada tahun seterusnya, peratus return akan berkurang dan jadi lebih rendah daripada 15%. Tapi return ini tak dikira dengan agihan pulangan yang diberi KWSP kepada semua pencarum pada setiap akhir tahun tu ya.

___________________________________________________________________________________

Cuma apa yang bestnya, caruman KWSP ini takde risiko hilang duit dan takde kos buka akaun bagai macam unit trust. Wang caruman juga tak boleh dikeluarkan sehingga usia 55/60 tahun (yang ni tak sure, boleh call KWSP tanya), jadi boleh tengok compounding effect kat situ. 


Kalau macam tu better saya carum semua duit dalam i-Saraan KWSP je, return lagi tinggi dari unit trust.


Boleh je kalau nak carum semua wang dalam KWSP tapi banyak mana pun awak mencarum, hanya maksimum RM250 sahaja yang akan diterima jika dah mencapai nilai caruman RM1667 setahun. Tak kisah awak masukkan RM2000 atau RM5000, awak cuma dapat RM250 sahaja setahun. Jadi pelbagaikan portfolio adalah yang terbaik untuk maksimumkan pulangan. Ha, gituh!


Rasanya dah panjang lebar saya berkongsi ni, kalau awak ada pertanyaan tentang hal i-Saraan KWSP ni, jangan tanya saya sebab saya dah share semua yang saya tahu kat atas. Better awak call KWSP je untuk lebih maklumat lanjut. By the way, saya dah apply i-Saraan, awak taknak apply ke?

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. tiba-tiba teringat budak rider yg kemalangan tempoh hari. meski dia meninggal keluarga dpt manfaat sbb dia sempat mencarum.

    BalasPadam
  2. Thanks share. Nnt nak try tengok online mcm mana nak apply.

    BalasPadam
  3. Menarik juga ni. Nak suruh adik buat sebab dia kerja takde epf.

    BalasPadam