3 Resepi Biskut Raya Mudah Sukatan Cawan yang Rangup dan Sedap

Sedar tak sedar, Ramadhan dah makin menghampiri dan ada lagi dalam 40 hari sebelum kita kembali berpuasa. Tak sabar rasanya!


Macam biasa bila dah makin menghampiri Ramadhan ni, soalan yang wajib ditanya adalah 'puasa dah habis ganti ke belum?'. Kalau masih belum, jangan lambat ganti ye. Semoga Allah mudahkan urusan untuk gantikan puasa nanti.


Alhamdulillah tahun ni saya berjaya gantikan puasa dalam bulan Syawal yang lalu sekaligus dengan puasa enam. Jadi tak rasa terkejar-kejar nak habiskan puasa last minit macam tahun-tahun sebelum ni. Merasa jugalah saya berpuasa sunat juga. Kalau tak, hampeh..selalunya last minitlah ganti puasanya :P


3 Resepi Biskut Raya Mudah Sukatan Cawan yang Rangup dan Sedap


Mood membaking pun mulalah kembali datang bila Ramadhan makin menghampiri dan saya juga dah cuba beberapa resepi biskut raya yang senang dibuat dan sedap dimakan. Sambil-sambil membaking, dapat juga pilih resepi biskut yang saya nak buat untuk raya nanti. 


Macam biasa, saya pilih resepi biskut sukatan cawan kerana ia lebih memudahkan kerja membaking saya. Tak perlu nak timbang setiap satu bahan, hanya masukkan bahan dalam alat penyukat dan dah boleh terus mix dengan adunan bahan yang lain. 


Resepi Biskut Raya Mudah Sukatan Cawan


1. Biskut Nestum Rangup


3 Resepi Biskut Raya Mudah Sukatan Cawan yang Rangup dan Sedap

Resepi ini saya ambil daripada buku Buat Sendiri Kek dan Biskut hasil daripada kompilasi Majalah Rasa tapi saya olah dalam bentuk sukatan cawan. Saya juga kurangkan sukatan gula dan tambah gula kastor sebagi pelengkap rasa. Rasa yang tak terlalu manis, boleh lebihkan gula jika mahu lebih manis.


Bahan-bahan

Tepung gandum - 1 setengah cawan
Mentega -3/4 cawan
Gula perang - 1/3 cawan
Gula kastor - 2 sudu besar
Nestum - 1/3 cawan
Susu tepung - 2 sudu besar
Telur - sebiji
Cip coklat - 1/3 cawan
Soda bikarbonat - setengah sudu kecil
Sedikit coklat masakan cair (untuk hiasan)

Cara Memasak

1. Pukul mentega dan gula hingga sebati. 
2. Masukkan telur dan kacau sebati.
3. Masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat yang telah diayak serta susu tepung. Sebatikan.
4. Akhir sekali masukkan nestum dan cip coklat.
5. Sebatikan dan buat bulatan leper lalu disusun atas dulang pembakar.  Kedudukan adunan tak perlu jarakkan terlalu jauh kerana adunan tak naik terlalu kembang.
6. Bakar pada suhu 170 selsius selama 10 minit.
7. Hiaskan dengan coklat cair di atas biskut setelah sejuk.



2. Biskut Bubble Rice Rangup


3 Resepi Biskut Raya Mudah Sukatan Cawan yang Rangup dan Sedap


Kebetulan di rumah ada lebihan bubble rice yang telah lama tidak kami makan, jadi saya pilih resepi ini untuk habiskan stok bubble rice yang ada. Resepi asal adalah daripada buku Buat Sendiri Kek dan Biskut namun saya olah dalam bentuk sukatan cawan. Disebabkan resepi asal menggunakan bubble rice coklat dan saya hanya ada bubble rice biasa, jadi saya seimbangkan rasa dengan tambah gula perang dan gunakan kismis untuk menggantikan coklat cip.


Bahan-bahan

Tepung gandum - 1 cawan
Mentega - setengah cawan
Gula perang - 1/3 cawan
Gula kastor - 2 susu besar
Bubble rice - 2 setengah cawan
Telur - sebiji
Kismis - 1/4 cawan
Soda bikarbonat - setengah sudu kecil
Esen vanila - 1 sudu kecil

Cara Memasak

1. Pukul mentega dan gula hingga sebati. 
2. Masukkan telur dan esen vanila. Kacau sebati.
3. Masukkan tepung dan soda bikarbonat yang telah diayak. Sebatikan.
4. Akhir sekali, masukkan kismis dan bubble rice.
5. Sebatikan dan buat bulatan leper lalu disusun atas dulang pembakar.  Kedudukan adunan tak perlu jarakkan terlalu jauh kerana adunan tak naik terlalu kembang.
6. Bakar pada suhu 150 selsius selama 25 - 30 minit.


3. Biskut Cip Coklat Rangup


Resepi biskut ini saya ambil daripada adik Danish Harraz yang banyak kongsikan idea memasak di instagram. Namun saya olah sedikit daripada resepi asal dan kurangkan kuantiti gula. Saya juga kongsikan video cara buat biskut coklat cip ini di youtube menggunakan resepi asal daripada Danish Harraz. Manakala resepi di bawah adalah resepi selepas dikemaskini.


Bahan-bahan

Tepung gandum - 2 cawan
Mentega - secawan (dicairkan)
Gula perang - 1/4 cawan
Gula kastor - 1/4 cawan
Telur - sebiji
Badam hancur - secawan
Cip coklat - secawan
Soda bikarbonat - setengah sudu kecil
Baking powder - setengah sudu kecil
Esen vanila - 1 sudu kecil

Cara Memasak

1. Pukul mentega dan gula hingga sebati. 
2. Masukkan telur dan esen vanila. Kacau sebati.
3. Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder yang telah diayak. Sebatikan.
4. Masukkan badam hancur dan gaul sebati.
5. Akhir sekali, masukkan cip coklat.
6. Sebatikan dan buat bulat lalu disusun atas dulang pembakar. Jarakkan sikit susunan adunan kerana adunan agak kembang apabila dibakar.
7. Bakar pada suhu 160 selsius selama 15 minit.



Btw saya belum sempat nak buat biskut coklat chip lagi tahun ini jadi saya akan update gambar selepas dah siap bake ya. Gambar yang ada pun daripada channel youtube saja, kalau awak nak cuba buat..boleh tengok cara buat di sini >> Biskut Coklat Chip.


Apa yang pasti, resepi biskut raya yang saya kongsikan ini sangat easy peasy untuk dibuat. Sentiasa ingat untuk campur bahan basah terlebih dahulu (mentega, gula, esen vanila dan telur), kemudian baru masukkan bahan kering (tepung, soda bikarbonat dan baking powder) dan akhir sekali barulah tambah pelengkap rasa bagi biskut (nestum, oat, kismis atau cip coklat).


Jadi bila awak nak mula membaking? Resepi saya dah share ni. Jom cuba buat :)

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. dah tak lama ni nak puasa..boleh dah kan start buat kuih raya jugak..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya bulan tak puasa pun selalu buat biskut..sedap buat mengunyah

      Padam
    2. wahhh awal dah buat kuih raya?

      Padam