Online Free Cooking Game Culinary Schools Didik Anak Minat Masak

Apabila anak sulung mula menjengah masuk ke usia 9 tahun dan adiknya masuk usia 5 tahun, saya mula terfikir nak ajak Auni dan Ameera untuk serius belajar memasak. Iyelah, mana tau kalau jadi sesuatu perkara yang tak diingini pada saya, paling kurang Auni dapat masak bersama adiknya dan mungkin juga sediakan makanan ringkas di rumah nanti.


Sebagai persiapan, saya sediakan tools yang sesuai untuk mereka mula belajar masak di dapur. Pisau mesra kanak-kanak untuk Auni potong sayur, bangku kecil untuk Ameera panjat ketika mengelap pinggan dan tak lupa juga kenalkan mereka dengan alatan serta ingredients yang biasa ada dalam dapur. Saya turut libatkan Auni dan Ameera dalam sesi memasak termasuklah ketika shooting untuk channel Youtube Belajar Masak saya.


Online Free Cooking Game Culinary Schools Didik Anak Minat Masak


Tak cukup dengan itu, saya turut buat carian maklumat di Google cara untuk bantu Auni dan Ameera agar minat memasak dan enjoy ketika melakukannya dan tak terasa seperti dipaksa. Cari punya cari, akhirnya saya terjumpa satu laman web yang saya rasakan sangat memenuhi kehendak saya untuk mengajar mereka memasak dalam suasana ceria dan menghiburkan. Dengan cara ini, Auni dan Ameera boleh bermain sekaligus mengumpul maklumat tentang masakan. Tapi bagaimana caranya?


Free Cooking Games Online yang Menyeronokkan

Bermain cooking game! Main game masak-masak untuk Auni dan Ameera kedengarannya menarik dan mereka juga turut teruja. Memang sebelum ini Auni selalu minta untuk main game setiap kali ada masa lapang. Jadi saya terfikir kenapa tidak saya cari sahaja game yang berkaitan masak memasak, sudah pasti akan menarik minat kanak-kanak seusia mereka untuk bermain kerana ia menyeronokkan.


Saya pilih untuk beri Auni dan Ameera main cooking games memandangkan ia merupakan satu-satunya jalan pintas untuk mereka minat belajar memasak. Kanak-kanak mana yang tak suka main game online kan? Selain menghiburkan, ia juga menyeronokkan. Bagi ibu seperti saya pula, pilihan free cooking games online adalah terbaik memandangkan saya tak perlu buat bayaran setiap kali ingin bermain games.


Online Free Cooking Game Culinary Schools Didik Anak Minat Masak


Selain itu, saya tentunya akan cari laman web yang tidak kerap lag dan tiada iklan sepanjang masa. Bukan ibu bapa saja yang tak suka bila ada banyak iklan masa sedang bermain game, kanak-kanak pun sama. Jadi saya cari laman web online percuma yang menawarkan pelbagai koleksi games masakan yang boleh dimain tanpa gangguan iklan dan tak lagging saat menggunakannya. Ada ke laman web sebegitu?


Culinary Schools Game Didik Anak Belajar Memasak

Berita baiknya, saya terjumpa satu laman web yang memenuhi kehendak saya. Semua yang saya cari ada di culinaryschools.org! Laman web ini menyediakan semua maklumat berkaitan kulinari termasuklah tukaran berat bagi sukatan bahan masakan, lokasi sekolah yang menawarkan kos bagi bidang kulinari, games dan pelbagai lagi maklumat berkaitan masakan.


Dengan lebih daripada 150 pilihan games masakan, culinaryschools adalah laman web berinformatif yang sesuai diakses oleh kanak-kanak. Ia menyediakan permainan dalam talian berkaitan masakan bermula daripada proses membezakan bahan mentah daripada ladang sehinggalah proses menyediakan makanan siap di dalam dapur. Dengan itu, kanak-kanak akan dapat pendedahan awal mengenai tatacara penghasilan bahan mentah sehinggalah proses penyediaan makanan dilakukan.


Online Free Cooking Game Culinary Schools Didik Anak Minat Masak


Kanak-kanak seawal usia 3 tahun juga boleh mula main games di culinaryschools kerana terdapat tahap kesukaran yang boleh dipilih bergantung kepada kemampuan mereka, samada mudah, sederhana atau susah. Jadi Ameera juga tiada masalah untuk bermain cooking online games di culinaryschools bersama Auni. Tiada iklan dan boleh dilayari samada melalui handphone atau komputer, culinaryschools dapat membantu Auni dan Ameera membiasakan diri dengan proses awal penyediaan masakan sebelum mula beraksi dalam dapur rumah kami. 


Banyak pilihan games yang menarik dan berinfomatif boleh dimain oleh Auni dan Ameera di culinaryschools. Namun berikut adalah beberapa pilihan games yang menjadi kegemaran kami. Antaranya adalah:


1. Burger Maker

Macammana caranya nak buat burger? Apa bahan tambah yang boleh dicampur ke dalam satu sajian burger untuk hasilkan burger yang sedap dan lazat? Semua ini boleh dihasilkan di Burger Maker. Auni dan Ameera hanya perlu menyusun bahan mentah mengikut susunan bahan yang ditunjukkan bagi membolehkan tempahan burger disiapkan. Perkataan asas dalam penyediaan burger seperti lettuce, onion, cucumber serta bacon akan membantu menambahkan vocabulary mereka.


2. Farm Animals Memory

Kenal pasti pelbagai jenis haiwan yang terdapat di ladang dan buat padanan kedudukan setiap dua daripada gambar haiwan tersebut. Game ini mampu merangsang tahap ingatan dan kepekaan Auni dan Ameera dalam mengesan kedudukan haiwan yang terdapat dalam game serta merupakan salah satu game yang bagus untuk menguatkan memori berfikir dan mengingat kanak-kanak.


3. Fruit Adventure

Bukan Auni sahaja yang suka main game Fruit Adventure ini, saya juga suka. Seronok bermain kerana ia seolah mengimbau kenangan waktu kecil saat bermain game Mario Brother dahulu. Pengembaraan strawberry untuk bergerak, melompat, mengumpul star dan mengelak halangan sebelum berjaya menekan buzzer untuk masuk ke peringkat seterusnya merupakan permainan yang menyeronokkan dan mencabar. Kalau awak rindu nak bermain Mario Brother, apa kata cuba main Fruit Adventure dalam versi buah-buahan ini.


Banyak lagi pilihan games berinformatif dan menyeronokkan boleh dimain di culinaryschools. Paling penting adalah, Auni dan Ameera dapat menimba sedikit sebanyak ilmu pengetahuan dalam bidang masakan dalam suasana ceria dan bebas stress. Secara tak langsung juga, main games di culinaryschools dapat menambah kosa kata yang dimiliki Auni dan Ameera sekaligus mampu meningkatkan lagi kefahaman mereka berkaitan penyediaan makanan di dapur. 


Tak susah kan nak didik anak minat belajar masak? Asalkan ada caranya pasti mereka gembira. Jom ajak mereka main games masak-masak di culinaryschools!

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Wah menarik boleh tunjuk dekat anak-anak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom kita latih anak-anak jadi Danish Harraz, mesti happy hidup mak2 :D

      Padam
  2. menarik. ia boleh tarik minat anak2.
    tapi anak2 aida da besar.
    kita buat cooking class secara langsung kat dapur :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha yang ni lagi senang, baru tengok blog Aida tadi. Fuh anak-anak memang dah besar panjang. Seronok dok dapur sesama..

      Padam
  3. Bagusnyaa ada games mcm nii.. cmni mak dia pon minat nak main,.,..ahaaha.. tapi betul laa... umur2 mcm ni memg patut dedah dah dieorg dgn asas memasak,,,

    BalasPadam