Olympic Hotel dan Aquaria KLCC Memang Awesome | Jalan-jalan Kuala Lumpur

Selepas dua tahun tak ke Kuala Lumpur, akhirnya kami kembali menjejakkan kaki di sini!!!


Excited bila dapat jalan-jalan di KL. Since Covid melanda, kami asyik tangguhkan niat untuk pergi ke KL. Kali ini bila suami ada meeting di Port Dickson, kami terus drag percutian untuk makan angin di KL dengan misi JJCM sambil bertemu sahabat handai.


Sebelum pergi, kami senaraikan beberapa kedai makan yang kami dah lama terliur nak makan. Antaranya kami wajib ke Speed Mart, JM Bariani, Ikea dan 4Fingers. Semua kedai ni takde kat Ganu (sedih betul) dan kami dah craving sangat nak makan makanan yang sedap di kedai ini. Tapi apakan daya, tiga hari dua malam masih tak cukup untuk kami realisasikan semua list, tak sempat pula nak ke 4Fingers..


Selain berjumpa sahabat handai di KL, kami plan juga untuk ke Aquaria di Suria KLCC untuk penuhi impian anak-anak nak tengok ikan besar yang pelbagai jenis bentuk dan rupa. 


Olympic Hotel Memang Cun


Sebelum bergerak pergi, macam biasa suami akan booked bilik secara online. Kali ni suami tempah bilik di Olympic Hotel selama 3 hari 2 malam. Ini semua gara-gara beliau tertarik tengok bunk bed di sisi katil utama yang dilengkapi dengan slide sebagai tangga. Takdelah bosan sangat anak-anak bila duduk di bilik nanti kerana boleh bermain slide.


Olympic Hotel dan Aquaria KLCC Memang Awesome!

First time masuk ke bilik, memang anak-anak super excited bila mereka boleh main slide dalam bilik! Dan mereka juga ada tempat tidur masing-masing. Dari tepi tingkap bilik, kami dapat lihat menara kedua tertinggi di dunia iaitu Menara PNB setinggi 118 tingkat yang masih dalam pembinaan, betul-betul berada di seberang jalan di belakang bangunan hotel. 


Olympic Hotel dan Aquaria KLCC Memang Awesome

Dekorasi dalaman di Olympic Hotel memang sangat cantik dan kiut. Ibu-ibu yang dah tepu duduk di rumah dan terasa nak keluar cuci mata sambil bergambar cecantik sekaligus gembirakan hati anak-anak, boleh je staycation di Olympic Hotel ni. Di tepi hotel ada stesen MRT dan jarak dari hotel ke Suria KLCC hanya 2 km sahaja. 


Olympic Hotel dan Aquaria KLCC Memang Awesome


Olympic Hotel dan Aquaria KLCC Memang Awesome!

Jadi kami boleh terus ke Aquaria dengan hanya menaiki public transport. Berjalan kaki dari hotel ke stesen MRT, dan terus ke KLCC. Jimat masa kerana kami tak perlu bersesak dalam jem dan tak perlu juga fikir untuk parkir kereta di mana nanti, almaklumlah kadar parking kereta di KLCC agak mahal.


Kagum di Aquaria KLCC 


Sampai saja di KLCC, kami berjalan kaki pula ke Suria KLCC untuk ke Aquaria. Meskipun weekday, namun orang agak ramai di Suria KLCC. Bila sampai di Aquaria, lagilah kami terkejut bila tengok queue sangat panjang! Nasib baik saya dah booked tiket online untuk masuk ke Aquaria. 


Olympic Hotel dan Aquaria KLCC Memang Awesome

Jadi kami dibenarkan untuk skip the queue dan menuju ke fast lane bagi scan barcode tiket yang telah diberi secara online. Next time kalau nak ke Aquaria lagi, kami kena make sure untuk beli tiket secara online kerana tak perlu beratur panjang untuk masuk, lagipun harga belian tiket secara online lebih murah berbanding belian secara walk-in.


Disebabkan orang terlalu ramai, jadi kami tak dapat bergambar cantik. Tiap kali nak bergambar, mesti akan ada yang photobomb. Kami juga terpaksa bergerak dalam ruangan yang terhad dan sempit memandangkan kebanyakan laluan dipenuhi dengan individu berseorangan atau berkumpulan. 


Olympic Hotel dan Aquaria KLCC Memang Awesome

Walau pun tak dapat bergambar tapi kami semua super excited bila tengok pelbagai jenis hidupan ada di Aquaria. Samada hidupan laut dalam di Malaysia sehinggalah hidupan di sungai Amazon, pelbagai jenis hidupan akuatik unik dan menarik, kecil atau besar dapat kami lihat di Aquaria. Semuanya menakjubkan!


Kami dapat tengok lintah laut, lionfish, arapaima bersaiz Ameera dan tak lupa juga ikan yu dan penyu yang bebas berenang dalam aquarium besar merentasi perjalanan kami semasa berada di dalam Aquaria. Terasa seolah kami berada di dalam laut dalam bila tengok ikan yu berenang di atas kami dan ikan pari bergerak perlahan seolah menemani perjalanan kami.


Olympic Hotel dan Aquaria KLCC Memang Awesome

Disebabkan perjalanan menikmati panorama laut dalam tak begitu menggembirakan kerana kami terpaksa bersesak dengan orang ramai, jadi nak taknak kami terpaksa kembali lagi ke Aquaria pada masa akan datang. Haha..alasan je tu padahal memang nak pergi lagi sebab Aquaria is awesome :P


Next holiday plannya kami akan ke Langkawi pula memandangkan kami dah lama tak jejakkan kaki ke sana. Kami juga dah mula buat survey hotels in Langkawi yang menarik sebagai persediaan awal untuk elakkan daripada dapat hotel yang tak berapa best. Buat tempahan secara online untuk elakkan kesesakan pada saat akhir itu yang terbaik.


Olympic Hotel dan Aquaria KLCC Memang Awesome

Apa-apa pun, thanks pada BFF dan suaminya yang sudi terima kehadiran kami ke rumah dari petang membawa ke malam dan tak jemu-jemu menyajikan kami dengan cerita tak kering gusi. Next time kita jumpa lagi ya my BFF Siti Afiqah binti Abdul Halim. Muahhhh sangat!

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. BFF dan anak korang pun nampak sebaya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebetulan kan kahwin pun tahun dekat2, anak pun lebih kurang sama umur jugak :D

      Padam
  2. eh mana satu BFF ni...comel je semua...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami harap anak-anak pun boleh jadi BFF sesama depa kak :D

      Padam