Klinik Kulit dan Estetik Terbaik di Kuala Lumpur

Hanya mereka yang pernah berdepan dengan masalah kulit akan faham betapa penting dan sukarnya mendapatkan rawatan kulit yang terbaik bagi menghilangkan kesakitan serta rasa malu apabila berhadapan dengan orang ramai akibat masalah dideritai.


Saya adalah salah seorang individu yang pernah mengalami masalah kulit dan mempunyai pengalaman mendapatkan rawatan di klinik kulit. Sepertimana saya mengharapkan agar masalah kulit saya segera hilang, saya juga turut meletakkan harapan tinggi pada doktor yang merawat saya pada ketika itu. Walau bagaimana pun, masalah yang saya alami tidak segera pulih malahan saya terpaksa pula ke klinik lain kerana tiada kesan kesembuhan yang dapat saya lihat selepas mendapatkan rawatan daripada klinik tersebut.


Klinik Kulit dan Estetik Terbaik di Kuala Lumpur


Sejak itu saya tahu bahawa, untuk mendapatkan rawatan di sesuatu klinik kulit, penting untuk saya ambil kira beberapa kriteria tertentu sebelum terus mendapatkan rawatan.

 

Apa itu Rawatan Estetik?

 

Tidak hanya menawarkan rawatan bagi masalah kulit, kebanyakan klinik kulit kini turut menawarkan rawatan estetik kepada pesakit mereka. Apa itu rawatan estetik? Rawatan estetik adalah rawatan yang melibatkan proses pengubahsuaian pada sesetengah anggota samada di wajah atau badan demi untuk mengembalikan kecantikan pada bahagian tersebut atau menguatkan sesuatu anggota badan.


Rawatan estetik secara umumnya sangat terkenal di kalangan wanita kerana rawatan ini mampu mengembalikan kecantikan yang memudar seiring peningkatan usia disebabkan oleh faktor pemakanan atau gaya hidup tidak sihat. Oleh sebab itu tidak hairanlah mengapa kaum wanita lebih cenderung melakukan rawatan estetik berbanding lelaki.


Klinik Kulit dan Estetik Terbaik di Kuala Lumpur

Sesetengah proses rawatan estetik akan melibatkan suntikan atau pembedahan kecil di mana prosedurnya perlu dilakukan secara teratur dan berhati-hati untuk mengelakkan sebarang komplikasi. Oleh sebab itu, kebiasaannya pengamal perubatan dalam bidang ini merupakan doktor pakar estetik yang bertauliah dan terlatih dalam bidang estetik. 

 

Meski pun banyak pusat kecantikan kulit dan estetik yang muncul bagai cendawan selepas hujan pada masa kini, namun ia bukan bermaksud semua pusat ini mendapat pengikhtirafan sepenuhnya oleh badan berwajib seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Beberapa perkara asas perlu diambil kira sebelum mula mendapatkan rawatan bagi memastikan proses rawatan berjalan lancar dan selamat.

 

Soalan Perlu ditanya Sebelum Mula Mendapatkan Rawatan


Oh, maksudnya klinik estetik ini sama saja macam pusat kecantikan biasalah ya? Kalau macam tu, baik saya dapatkan rawatan di pusat kecantikan saja, bayarannya pun tentu lebih murah.


Pusat kecantikan biasa mungkin menawarkan rawatan kulit dan estetik yang hampir sama seperti di klinik namun adakah anda yakin untuk melakukan rawatan yang melibatkan nyawa di pusat kecantikan?

 

Rawatan di klinik kulit dan estetik sudah tentu tidak semurah berbanding pusat kecantikan biasa kerana ia melibatkan prosedur sulit dan berbahaya. Doktor perlu meneliti sejarah perubatan terdahulu pesakit dan mengetahui jenis darah mereka sebelum memulakan rawatan demi untuk mengelakkan sebarang komplikasi berlaku ketika rawatan dijalankan, yang mana langkah awal ini tentu tidak dilakukan di pusat kecantikan biasa.


Klinik Kulit dan Estetik Terbaik di Kuala Lumpur


Doktor estetik memegang tanggungjawab besar demi memastikan proses rawatan berjalan lancar. Oleh sebab itu wajib bagi doktor yang menjalankan prosedur rawatan mempunyai sijil diikhtiraf demi mengelakkan berlaku kes kecacatan atau kematian selepas rawatan. Yang pastinya kita sebagai pesakit tentu amat mengharapkan agar masalah dihadapi akan segera pulih tanpa sebarang kesan sampingan yang bakal timbul di kemudian hari.

 

Oleh sebab itu penting untuk dapatkan rawatan di klinik yang bertauliah dan diperakui oleh KKM. Jom lihat beberapa soalan yang boleh ditanya semasa membuat temujanji bagi mendapatkan rawatan kulit atau estetik:


  1. Adakah doktor dan pengamal perubatan mempunyai sijil yang diikhtiraf oleh KKM?
  2. Adakah mesin dan alatan yang digunakan berlesen dan disahkan untuk beroperasi?
  3. Rawatan apakah yang sesuai untuk masalah anda?
  4. Berapakah anggaran bayaran yang akan dikenakan?
  5. Berapa tahunkah pengalaman atau klinik telah beroperasi?

Klinik Dr Chong | Klinik Kulit dan Estetik Terbaik di Kuala Lumpur

 

Telah beroperasi selama 5 tahun dan turut merangkul anugerah BestBrands in Healthcare – Skin and Aesthetic Clinic bagi tahun 2018-2019, Klinik Dr Chong merupakan antara klinik kulit dan estetik terbaik di Kuala Lumpur. Mempunyai sembilan cawangan termasuk di Selangor dan Johor Bahru, Klinik Dr Chong komited untuk memberikan rawatan kulit dan estetik yang berkualiti tinggi serta selamat menggunakan kemudahan perubatan berteknologi moden yang kurang menyakitkan.


Klinik Kulit dan Estetik Terbaik di Kuala Lumpur


Menawarkan rangkaian rawatan yang komprehensif bagi masalah kulit wajah dan estetik samada disebabkan oleh kesan gaya hidup, penuaan, kemalangan atau faktor luaran lain sehingga melunturkan kecantikan kulit wajah asli yang bersih dan sihat, Klinik Dr Chong turut menyediakan rawatan pelangsingan tubuh badan, jangkitan kulat, keguguran rambut serta banyak lagi.

 

Pelanggan yang berkunjung ke Klinik Dr Chong akan diberikan cadangan pelan rawatan optimum berdasarkan analisis teliti oleh doktor perubatan bertauliah yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan tinggi. Penerangan terperinci mengenai rawatan yang bakal dilakukan akan dijelaskan kepada setiap pelanggan dalam suasana kondusif bagi memahami dan memenuhi kehendak pelanggan memiliki wajah dan tubuh idaman.


Klinik Kulit dan Estetik Terbaik di Kuala Lumpur


Menjadi pilihan pelanggan untuk mendapatkan rawatan kerana menawarkan keistimewaan dari segi penjagaan kualiti di mana proses rawatan dikendalikan orang doktor pakar yang terlatih serta menggunakan kelengkapan dan alatan moden berteknologi tinggi, harga yang ditawarkan oleh Klinik Dr Chong juga adalah berpatutan serta bersesuaian dengan kualiti yang diberi.

 

Jika anda sedang mencari klinik kulit di Kuala Lumpur atau klinik rawatan estetik terbaik, apa kata dapatkan konsultasi percuma daripada kakitangan Klinik Dr Chong yang terlatih dan berpengalaman serta mesra pelanggan hari ini. Sesi rawatan akan disesuaikan mengikut anggaran belanjawan pelanggan, jadi tak perlu risau tentang bayaran rawatan.


Klinik Kulit dan Estetik Terbaik di Kuala Lumpur


Saya turut teruja apabila melihat testimoni yang terdapat di Facebook Page Dr. Chong Clinic. Perbezaan ketara sebelum dan selepas rawatan dapat dilihat dengan jelas samada bagi masalah kulit wajah, berat badan atau rambut gugur. Malangnya hanya terdapat klinik estetik Dr Chong di Kuala Lumpur dan sebelah Pantai Barat sahaja, jika ada di Terengganu saya pasti akan turut serta untuk buat rawatan kulit!

 

Walau pun haram hukumnya bagi umat Islam melakukan rawatan kecantikan estetik tanpa alasan yang khusus kerana ia bermaksud mengubah kejadian semulajadi seseorang, namun bagi kes tertentu yang boleh mengakibatkan kemudharatan atau kematian kepada individu yang ditimpa musibah, rawatan kulit dan estetik adalah harus demi untuk menyelamatkan nyawa.

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. sy pergi klinik hana je. tp skrg harga pun dah mahal. prp dulu rm200+ je laa ni dah rm400++ seremmmm

    BalasPadam