Main Game Online Percuma di Solitaire.org Kembalikan Mood

Tak ingat bila kali terakhir saya main game solitaire, tapi apa yang mampu saya katakan adalah pada saat itu kami masih menggunakan komputer dengan slot penyimpanan disket masih tersedia. Wah! Bukankah maksudnya dah terlalu lama saya tak main solitaire? 


Pada waktu itu, solitaire adalah satu-satunya game percuma yang wajib ada dalam setiap komputer di rumah. Jadi secara umumnya kami tak punya banyak pilihan game lain yang boleh dimain, lalu bermain game solitaire saja sudah amat menggembirakan dan mencabar bagi remaja seusia saya ketika itu.


Berkembang seiring masa, saya semakin jarang bermain game solitaire apatah lagi bila banyak game baru mudah diperolehi secara atas talian. Namun sesekali datang keinginan untuk kembali bermain solitaire. Terasa suatu kepuasan bila mana saya dapat susun empat set gabungan angka dan abjad dalam solitaire mengikut kedudukannya. Fuh, terasa hebat :P


Main Game Online di Solitaire.org Kembalikan Mood Kerja


Tak risau saya untuk bermain solitaire kerana saya tak menggunakan wang dalam permainan ini yang boleh menyebabkan jatuhnya hukum haram. Bermain hanya secara suka-suka di atas talian untuk mencabar minda tanpa melibatkan wang ringgit bukanlah suatu perjudian. Jadi jangan bimbang ya.


Solitaire.org

Tak perlu install game di komputer setiap kali terasa nak main solitaire, saya hanya perlu taip solitaire.org di ruang carian google. Laman web solitaire.org jadi pilihan saya kerana ia ada semua jenis permainan solitaire yang boleh saya main seperti Klondike, Spider, Freecell, Pyramid dan Tripeaks yang mana saya boleh main sepuas hati tanpa ada gangguan iklan pun. 


Bagi yang tak pernah bermain solitaire, game klasik ini merupakan permainan kad berasaskan gabungan huruf dan nombor yang disusun mengikut susunan K,Q,J,10,9,8,7,6,5,4,3,2,A. Permainan ini agak mencabar kerana ia perlu disusun mengikut bilangan set dan jenis warna yang sesuai. Mungkin agak sukar pada awalnya bagi pemula tapi lama-kelamaan pasti akan jadi mudah dan mengasyikkan.


Bagi mereka yang meminati game kad seperti ini, laman web solitaire.org adalah tempat yang tepat untuk bermain kerana ia lengkap dengan pelbagai jenis game berkaitan solitaire. Terdapat lebih daripada 100 game kad dengan versi baharu dikemas kini setiap tahun yang boleh dicuba.


Main Game di Solitaire.org

Selain permainan berasaskan kad seperti solitaire, permainan mudah lain seperti cari barang tersembunyi, padanan warna candy dan crossword juga boleh saya main di solitaire.org. Jom tengok game apa yang jadi kesukaan saya di solitaire.org.


1. Tripeaks

Saya suka bermain game Klondike tapi berbanding Klondike, Tripeaks lebih senang untuk saya menang dan tak begitu memeningkan kepala. Sebab itu tiap kali otak terasa tepu saat menyiapkan tugasan demi mengejar deadline, saya main Tripeaks sebentar bagi mengembalikan adrenalin supaya mood bekerja sentiasa ada. Tak begitu susah, jadi saya tak perlu kuat berfikir.


Main Game Online di Solitaire.org Kembalikan Mood Kerja

Cara bermainnya adalah dengan menghapuskan satu nombor di atas atau satu nombor di bawah yang terdapat dalam rantaian piramid dengan menggunakan nombor yang diberi. Jika kad saya habis dahulu, saya dikira kalah. Mudah kan?


2. Klondike

Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya suka bermain game Klondike namun ia agak susah dan mencabar bagi saya. Dalam 10 kali bermain, kemungkinan untuk saya menang hanyalah dalam nisbah 3:10 sahaja. Dalam game ini, saya perlu susun 4 set turutan nombor secara menaik mengikut selang-seli warna. Kedengaran mudah namun pada akhirnya hanya jalan buntu yang saya jumpa.


Namun disebabkan game ini agak mencabar dan menyeronokkan, jadi sukar pula untuk saya berhenti setelah mula bermain. Terasa seperti addict, jadi saya elakkan bermain Klondike ketika saya sedang sibuk dengan tugasan yang perlu diselesaikan. Nanti tak siap kerja pula sebab asyik bermain Klondike :D


3. Hidden Object Game 

Terdapat beberapa game cari barang tersembunyi yang saya suka main di solitaire.org, contohnya seperti China Temple, The Palace Hotel dan Garden Secrets terutamanya ketika mata mulai lesu dalam membuat sesuatu kerja. Game ini mampu membuatkan mata saya terjengil keluar demi mencari objek tersembunyi sekaligus turut melatih otak saya untuk fokus dalam melakukan sesuatu kerja.


Main Game Online di Solitaire.org Kembalikan Mood Kerja


Dengarnya seperti mudah tapi sebenarnya tidak ye terutamanya apabila saya perlu cari susunan nombor dalam tulisan kabur dan kecil. Walau bagaimanapun, game ini menyeronokkan apatah lagi jika mencari hidden object bersama anak-anak, tentu tak kering gusi mendengar telatah mereka yang berebut siapa jadi juara dan lebih pantas mencari benda tersembunyi.


Main Game Kembalikan Mood

Kalau dulu, saya akan bangun daripada duduk untuk buat senaman ringan bila otak mulai tepu dan badan mulai lesu akibat terlalu lama siapkan tugasan di meja tulis, sekarang saya buka saja laman web solitaire.org untuk kembalikan momentum dan mood bekerja saya.


Bermain game bukan saja dapat kurangkan tension akibat stress kerja malah juga melatih otak untuk fokus dan berfikir. Jadi jangan anggap kebanyakan game ini tak elok dan buang masa. Asalkan kita tahu bagaimana nak kontrol, game boleh jadi suatu medium berguna dalam kehidupan. 


Games yang ada di solitaire.org bukan saja kena dengan kehendak saya malah apa yang paling best adalah ianya mudah akses, percuma, tanpa gangguan iklan dengan loading time yang cepat dan sentiasa berjaya bantu hilangkan stress kerja saya. Terima kasih solitaire.org!

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. dari dulu saya kurang gemar main game sebab seperti buang masa pulak.

    tapi kalau tidur banyak dan main FB tak perasan pulak buang masa

    BalasPadam
  2. Betul tu, game2 ni exercise utk otak. Dulu akak paling suka main solitaire, kalau dah start main, x terasa masa berlalu. Tapi sejak dah kenal sudoku, dan tengok k-drama & c-drama, bye2 solitaire!

    BalasPadam
  3. game..cara mudah utk ammi habiskan masa dalam train..kalau tak bosan sungguhlah hai dalam train setiap hari

    BalasPadam