Yoodo Ubah Sendiri Data Plan Mudah dan Jimat

 

Alamak, rasanya kali ni saya nak bertukar kepada new telco lagi lah! Haha..sekali lagi..


Alkisahnya saya dah lama survey nak bertukar kepada telco baru memandangkan telco yang saya gunakan sekarang ni, liputannya tak begitu memuaskan hati. Cuba bayangkan bila balik ke kampung yang tak berada di pedalaman dan letaknya berhampiran menara telekomunikasi pun, saya terpaksa berkongsi hotspot daripada data phone suami memandangkan talian internet saya tersangatlah perlahan.


Saya jarang gunakan data daripada phone sendiri kerana di rumah memang telah dipasang dengan sambungan wifi untuk memudahkan saya membuat kerja secara online. Jadi saya hanya akan gunakan data daripada phone apabila keluar rumah atau pulang ke kampung. Tapi bila di kampung pun tak boleh gunakan data yang sedia ada, terasa membazir pula saya bayar bil telefon setiap bulan tapi tak dapat digunakan. Hurm..

Yoodo Ubah Sendiri Data Plan Mudah dan Jimat

Jadi sebelum bertukar kepada telco baharu, saya teringin nak tahu ada tak jenama telco yang boleh saya customise sendiri sebanyak mana data yang saya mahu gunakan setiap bulan dan paling penting, dengan liputan yang bagus?


Yoodo - Ubah Sendiri Data!


Sebelum ini saya langsung tak tertarik untuk ambil tahu tentang jenama telco yang satu ini kerana pada pendapat saya tentulah ia sama sahaja macam telco lain yang keluar bagai cendawan selepas hujan. Tiada apa yang berbeza namun rupanya saya silap, Yoodo berbeza..


Data Plan Boleh Ubah oleh Pelanggan

Tapi telco jenama lain pun ada tawarkan data plan boleh ubah juga, jadi apa yang membezakan antara data boleh ubah Yoodo dan yang lain? Ha, inilah yang saya suka tentang Yoodo. Saya boleh ubah sendiri data plan yang saya mahu 100% mengikut bajet saya dan Yoodo merupakan satu-satunya telco yang tawarkan kelebihan ini tanpa bayaran minimum! Bayar hanya apa yang saya gunakan.


Cuba bayangkan, jika pada bulan ini saya banyak menggunakan data plan kerana sering pulang ke kampung, jadi satu-satunya talian internet yang saya gunakan adalah menggunakan phone. Bagaimana pula jika pada bulan depan saya tidak pulang ke kampung dan hanya gunakan talian internet wifi yang terdapat di rumah, jadi saya pastinya  kurang menggunakan data plan daripada telco phone saya.

Yoodo Ubah Sendiri Data Plan Mudah dan Jimat

Dengan Yoodo, saya boleh ubah sendiri data pada setiap bulan mengikut keperluan. Saya boleh customise data plan yang saya kehendaki dan sekiranya saya rasakan data yang saya pilih tidak mencukupi, saya masih boleh menambah data secara add-on dengan bayaran serendah RM3 untuk 20GB. Yoodo bukanlah postpaid dan bukan juga prepaid. Ia memudahkan! 


Dikuasakan Oleh Celcom

Bila disebut tentang Celcom, secara automatik saya akan terbayangkan Celcom sebagai telco yang mempunyai rangkaian 4G LTE yang terluas di Malaysia. Jadi saya tak perlu risau tentang liputan memandangkan Celcom merupakan antara telco yang menawarkan liputan terluas dan terbaik.  Dimana ada Celcom maka di situ akan ada Yoodo. Jadi saya percaya, kebanyakan tempat di Malaysia pasti berada di bawah liputan Yoodo.


eSIm Sangat Memudahkan

Yoodo Ubah Sendiri Data Plan Mudah dan Jimat

Tiada kad sim tak boleh bertukar telco? Tak betul tau. Sebenarnya untuk buka akaun telco dengan Yoodo, saya cuma perlu aktifkan kad sim yang diterima daripada Yoodo. Macammana pula kalau tak terima kad sim? Saya boleh aktifkan akaun Yoodo dengan menggunakan eSim yang dihantar kepada bakal pengguna menggunakan QR kod. Penghantaran dilakukan secara online dan saya hanya perlu scan QR kod tersebut lalu mendaftar. Mudah kan!


Buka Akaun Secara Percuma


Tiada bayaran dikenakan untuk membuka akaun Yoodo dan ianya boleh dilakukan secara online. Saya boleh dapatkan kad sim saya melalui laman web Yoodo dan tunggu kad dihantar hingga ke depan pintu rumah dengan menggunakan perkhidmatan penghantaran biasa tanpa bayaran. Jika saya tak sabar menanti, penghantaran ekspress akan dilakukan dengan bayaran hanya RM5 bagi membolehkan saya menerima kad sim pada hari yang sama.


Saya juga boleh dapatkan kad sim Yoodo dengan kadar segera secara offline dengan berkunjung sendiri ke Celcom Blue Cube atau stesen minyak terpilih BHPetromarts dan Petronas Mesra secara walk-in.


Promosi dan Diskaun


Terdapat pelbagai diskaun yang ditawarkan bagi mereka yang berhasrat melanggan Yoodo buat masa ini. Makin bertambah tak sabar rasanya saya nak bertukar ke Yoodo apabila dapat tahu mereka sedang bermurah hati menawarkan pelbagai diskaun dan promosi kepada para pelanggan mereka sekarang. Antara promosi yang sedang berjalan adalah:


  • dapat data 20GB pada harga RM20 dengan 20/20 Monster Returns
  • dapat 100GB selama 12 jam pada harga RM10 dengan NEW Power Pass
  • ajak kawan untuk bertukar kepada Yoodo dan dapat kredit percuma Yoodo sebanyak RM20. Kawan pula akan menikmati 7GB data percuma. 
  • dapat 80Gb data pantas di bawah Jaringan Prihatin bagi mereka yang layak dengan Yoodo Cares.

Yoodo Ubah Sendiri Data Plan Mudah dan Jimat

Yoodo juga menyokong artis tempatan dan seringkali menganjurkan program kerjasama bersama mereka. Antara  program yang telah dianjurkan adalah #StayAtHomeParty, Hari Komuniti Yoodo yang menampilkan artis An Honest Mistake dan Aizat serta kerjasama dengan Rakita FM untuk Carta Indie Kita. 


Selain itu, Yoodo turut menganjurkan program hiburan bersama artis luar negara sebagai salah satu cara menghargai bakat dan meraikan pelanggannya. Antara program yang pernah dianjurkan adalah Hallyoodo, Concert Giveaways dan BTS Documentary Screening.


Jadi selain boleh ubah sendiri data plan secara total, saya juga boleh turut berhibur dengan liputan tinggi oleh Yoodo. Tak perlu susah lagi nak berkongsi hotspot dengan suami. Best kan. Tak sabar nak bertukar telco, saya nak mendaftar di https://app.yoodo.com.my/assets/index.html untuk dapatkan kad sim baru sayalah. Jom kita ubah sendiri data plan yang lebih jimat dan mudah!

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. haha ray terhibur tau tgk iklan dye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama..dengan semua peralatan rumah bergerak, rupanya dah jadi introvert cakap sesorang :D

      Padam
  2. Baguslah dpt gunakan internet nanti bila balik kampung. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senang tak payah nak share hotspot suami lagi pasni..

      Padam
  3. hahah baru tahu...ni sebahagian drpd celcom rupanya

    BalasPadam