Tips, Idea dan Trik Fotografi Untuk Review Produk Guna Phone

 

Saya langsung tak terfikir untuk buat perkongsian tentang fotografi tapi sejak saya dikelilingi dengan kamera beberapa minggu yang lepas, serasanya saya perlu kongsikan sikit tips, idea dan trik ini supaya kawan-kawan yang lain tahu tentangnya. Btw saya tak gunakan kamera untuk ambil gambar di bawah, cuma gunakan phone saya iaitu Realme 5 Pro dengan mode Pro (Expert) dan seterusnya editing proses dengan menggunakan app.


Sebelum bermula, saya nak buat clarification dulu, bimbang ada yang kata gambar tak cantik mana pun atau ada tak tips untuk guna dslr bla, bla..maaf ye. Saya bukan seorang fotografer dan saya takde teknik dan basic knowledge pun dalam ambil gambar. Saya adalah seorang beginner dan tips ini pun sesuai untuk pemula yang zero knowledge dalam fotografi macam saya. Jangan tanya saya soalan pelik okeh sebab tips ambil gambar saya banyak belajar dari Youtube je :P


Okay jom mula. Sebelum ini saya ada dapat review job produk yang saya suka sangat iaitu Kellogg's. Sejak kecil dah makan Kellogg's, dah besar memang akan tetap cari Kellogg's la jawabnya terutama bila menjelang musim perayaan. Since harganya berpatutan dan rangup, bila rasa nak buat Biskut Cornflakes je, saya grab Kellogg's. Energy bar pun saya buat sendiri guna Kellogg's Froot Loop sebab bila cantik, lagilah excited nak makan kan. Eh, melalut pulak dah..


Tips, Idea dan Trik Fotografi untuk Cereal Review




Tips Fotografi


Pelapik untuk letak kesemua prop seperti gambar di atas saya gunakan alas kayu rata besar yang bewarna putih namun jika tiada alas kayu, boleh gantikan dengan kertas putih besar seperti kertas mahjung. Jika gunakan kertas, pastikan di setiap penjuru dilapik dengan beban berat terlebih dahulu untuk elakkan kertas beralih kedudukan. Boleh juga gunakan kain besar putih yang tebal jika ada.


Jangan gunakan kipas angin jika gunakan kertas sebagai pelapik, pilih lokasi dalam kawasan beraircond (dalam bilik tidur pun boleh). Jika tidak, setting props akan lari kerana kertas bergerak di tiup angin. Leceh kan. Pencahayaan juga penting kerana kita akan ambil gambar dalam bentuk flatlay. Jadi jika ruang tiada pencahayaan yang bagus, boleh gunakan bantuan lampu studio.


Idea Fotografi


Ideanya adalah untuk jadikan mangkuk berisi campuran cereals dan buah-buahan sebagai subjek utama. Sekeliling mangkuk dikaburkan dengan cara auto-fokus pada mangkuk (tap sekali pada phone untuk auto-fokus). Atau jika tak dapat auto-fokus menggunakan phone, boleh edit dengan menggunakan app. Saya kongsikan app yang saya gunakan dalam editing proses selepas ini.


Pemilihan buah perlu berwarna-warni dan terang supaya nampak cantik dalam gambar. Di sekeliling mangkuk, susun kotak brand iaitu Kellogg's dan sekitarnya ditabur dengan cereals dan potongan buah-buahan. Jika mahu, boleh letakkan juga sebotol susu di tempat yang bersesuaian atau jika taknak, boleh skip bahagian susu ini.


Trik Fotografi


Nampak tak mangkuk berisi cereals dan buah-buahan terlalu jelas dan terang? Ya, sebenarnya kedudukan mangkuk berada lebih tinggi daripada props yang lain. Triknya di sini. Di bawah mangkuk diletakkan dengan lapik seperti contoh dilapik dengan buku ABC tebal terlebih dahulu supaya ianya berada lebih tinggi daripada props yang lain. Bila kedudukan mangkuk lebih tinggi, auto-fokus akan lebih senang menangkap kedudukan subjek utama dan sekitarnya dikaburkan. Ingat ya, guna mode Pro (Expert) pada phone.


Kalau masih tak faham, bayangkan kedudukan bangunan paling tinggi. Bagaimana nak jadikan mangkuk jadi bangunan paling tinggi di antara yang lain? Lapik dengan sesuatu objek yang bersaiz kecil tetapi tebal supaya ianya tidak terlihat di dalam gambar tetapi kedudukan subjek jadi lebih tinggi berbanding yang lain. Faham kan?


Editing Proses


Saya gunakan app Snapseed untuk proses editing gambar. Untuk buat auto-fokus dan blurkan gambar macam yang saya terangkan sebelum ini, boleh klik pada Tools > Lens Blur. Jika warna agak gelap, boleh edit pada bahagian Tools > Tune Image. Awak boleh godek-godek app Snapseed ini untuk gunakan features yang lain. Btw saya suka Snapseed sebab senang digunakan.


Jadi rasanya itu sahaja untuk kali ini. In shaa Allah saya akan kongsikan lebih banyak tips, idea dan trik fotografi yang lain untuk sama-sama dijadikan rujukan. Semoga ilmu yang sedikit ini bermanfaat untuk kawan-kawan. Lepas ni dah boleh shoot cecantik untuk gambar produk sendiri okeh :D


Catat Ulasan

10 Ulasan