Rupanya Banyak Tempat Menarik di Selangor, Jom Pusing Selangor Dulu!

 

Rasanya ramai di kalangan rakan-rakan saya yang tak tau mengenai kewujudan pelbagai lokasi eco-tourism menarik yang terdapat di negeri Selangor. Kalau sebelum ini, bila sebut sahaja Selangor, perkataan yang bermain di minda saya adalah 'jem, bangunan pencakar langit dan shopping mall'. Tapi rupa-rupanya saya silap..


Mengapa tidak, sejak saya pulang dari menyertai program Jelajah Pesona Selangor 2020 yang dianjurkan oleh Tourism Selangor bertempat di Duyung Marina Hotel dan Resort Terengganu, mata saya bagai baru dibuka untuk melihat keistimewaan yang terdapat di Selangor. Pandangan saya berubah bila mana Pengurus Tourism Selangor beritahu terdapat pelbagai lokasi semulajadi di Selangor yang jarang dikunjungi pelancong akibat kurangnya pendedahan dan maklumat mengenai lokasi tersebut.

Tempat Menarik di Selangor, Jom Pusing Selangor

Nak saya senaraikan antara lokasi menarik yang selama ini terdapat di  Selangor tetapi lokasi hidden gem ini kurang dikunjungi pelancong? Antaranya adalah Chilling Waterfall, Kampung Kuantan Fireflies Park, Fish Valley Semenyih, Gasing Hill, Skytrek Adventure Sungai Chongkak, Water Rafting Sungai Selangor, Kerling Hot Spring, Paragliding Kuala Kubu Baru dan banyak lagi. Semua tempat yang saya tuliskan ini langsung saya tak pernah sampai dan ada sesetengahnya saya baru tahu kewujudannya. Oh tidak..


'Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!'


Sempena pembukaan semula sektor pelancongan domestik akibat penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang lalu, industri pelancongan Negeri Selangor diberi nafas baru dalam misi untuk memperkenalkan lokasi eco-tourism yang terdapat di negeri Selangor. Tourism Selangor selaku Agensi Promosi Pelancongan Rasmi Negeri Selangor kini sedang giat menggerakkan Kempen Promosi Pelancongan Domestik yang diberi nama 'Pusing Selangor Dulu'.

Tempat Menarik di Selangor, Jom Pusing Selangor

Terengganu menjadi negeri pertama yang dipilih sebagai lokasi bagi tujuan promosi Program Jelajah Pesona Selangor 2020 Edisi 'Nak Bercuti, Pusing Selangor Dulu' memandangkan kedudukan strategiknya yang berada di antara Kelantan dan Pahang bagi negeri Pantai Timur. Program Jelajah Pesona Selangor ke Negeri Terengganu juga turut mendapat  kerjasama yang baik dari pihak MATTA Terengganu dan Tourism Terengganu serta turut menerima sokongan pihak MOTAC Terengganu dan Tourism Malaysia Wilayah Pantai Timur. 


Bukan sahaja disertai oleh delegasi dari Negeri Selangor yang terdiri daripada wakil Pejabat EXCO Pelancongan Negeri Selangor, Tourism Selangor, MATTA Selangor dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), program ini juga disertai oleh wakil daripada empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri Selangor iaitu Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Daerah Kuala Selangor dan Majlis Daerah Hulu Selangor. 

Tempat Menarik Jom Pusing Selangor!

Program turut dimeriahkan dengan kehadiran sembilan wakil produk pelancongan Negeri Selangor yang terdiri daripada Sunway Lagoon, Sunway Resort Hotel & Spa, Farm in the City, Chocolate Museum, GM Klang, Sky Mirror Tour & Travel, Persatuan Homestay Selangor, Selangor Fruit Valley dan JumpStreet Asia.


Program Jelajah Persona Selangor 2020


Program Jelajah yang sarat dengan initipati pelancongan ini dilihat mampu memberi manfaat dua hala kepada Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Negeri tuan rumah bagi memacu industri pelancongan Negeri sekaligus meningkatkan bilangan pelancong domestik, khususnya pasca pandemik Covid-19. Pulau Pinang merupakan lokasi terakhir bagi Program Jelajah Pesona Selangor ini sebelum melabuhkan tirainya untuk tahun 2020. Program dijangka akan diadakan pada 7- 9 Oktober 2020.


Seiring dengan Kempen Pusing Selangor Dulu yang giat dipromosi di laman media sosial rasmi Tourism Selangor seperti di Facebook, Instagram, Twitter dan LinkedIn; Program Jelajah Pesona Selangor 2020 merupakan sebuah penambahan yang signifikan kepada Pelan Promosi Pelancongan Tourism Selangor kerana potensi besar yang dimilikinya dalam memperkenalkan Negeri Selangor sebagai sebuah destinasi pelancongan pilihan di Malaysia.

Tempat Menarik Jom Pusing Selangor!

Pengurus Besar Tourism Selangor, Tuan Azrul Shah bin Mohamad berharap agar kerjasama pintar ini dapat memberi manfaat bersama yang akan memakmurkan lagi industri pelancongan ke tahap terulung sekaligus membuka peluang yang lebih luas dalam usaha mempergiat Pelan Promosi Pelancongan bagi menggalakkan lebih ramai kemasukan pelancong domestik, khususnya ke Negeri Selangor Darul Ehsan. Beliau juga memberitahu bahawa Program Jelajah Pesona Selangor 2020 ini merupakan landasan terbaik bagi memperkenalkan Negeri Selangor sebagai destinasi percutian unggul yang sarat dengan produk pelancongan menarik sama ada yang baharu mahupun sedia ada. 


Penglibatan wakil produk pelancongan Negeri Selangor dalam Program Jelajah Pesona Selangor 2020 membolehkan sesi promosi dan pengenalan produk dilakukan secara terus kepada penggiat industri pelancongan. Hasil perkongsian dijangka dapat disampaikan kepada golongan sasar yang terdiri dari pelancong tempatan yang bermastautin luar dari Negeri Selangor - penyumbang kepada peningkatan ekonomi Negeri menerusi dapatan industri pelancongan.

Tempat Menarik Jom Pusing Selangor!

Adakalanya bila kita stress memikirkan hal kerja, ada baiknya kalau kita tenangkan dahulu fikiran dengan berkunjung ke lokasi semulajadi yang terdapat di sekitar negara kita untuk recharge energy. Tapi apa pilihan tempat yang ada? Pusing Selangor dulu lah! Tanpa belanja besar dan tak perlu pergi jauh pun, kita masih boleh tenangkan minda sambil bawa keluarga bercuti. Tentu lebih seronok kan?


Untuk informasi lanjut tentang inisiatif Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor dan juga produk pelancongan terbaharu dan sedia-ada di Negeri Selangor, layari laman sesawang baharu Tourism Selangor, Selangor.travel yang ditambah-baik dengan fungsi terkini untuk sebuah pengalaman digital yang komprehensif.

Catat Ulasan

24 Ulasan

  1. jom recharge energy dgn holiday.selangor best banyak tempat best

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena tunggu suami balik dari cuti-cuti kat Selangor dulu. Btw dia kena OT di KLIA seminggu lebih ni, sabarla kami menanti..

      Padam
  2. dah lama pasang angan2 nk berhomestay kat sekinchan tp smpi ke sudah x jadi2 jg... hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak pernah sampai di Sekinchan. Apa yang best ye ada kat sana wak?

      Padam
    2. banyakkkkk yg suka suasana kg boleh g sana. tgk x drama Nur Kasih? kt sn laa tmpt diorg berlakon. sekinchan + kuala selangor

      Padam
  3. nice share.. nanti boleh try cari tempat2 best di selangor utk jalan2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti boleh masuk selangor.travel tu untuk cari lokasi best wak..

      Padam
    2. okay.. tapi skrg ni musim pkp kna tunda la kalau nk jalan2..

      Padam
    3. Kan. Bertabahla kita, be safe and stay at home ye awak..

      Padam
  4. bagus usaha program ni...byk tempat eco-tourism yg menarik di Selangor..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh tingkatkan ekonomi negeri dan perkenalkan kepada masyarakat luar. Cuma sayangnya sekarang kita tengah bertempur dengan Covid. Stay at home dan stay safe selalu ya..

      Padam
  5. Banyak tempat menarik di Selangor ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Terkejut bila dapat tau banyak rupanya tempat saya belum pernah jejak. Yang nampak cuma shopping mall, yang tersembunyi lagi berharga rupanya..

      Padam
  6. Banyak tempat menarik di Sleangor. Cuma tak berkesempatan lagi nak menjelajah satu selangor.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak sangka ada banyak tempat yang saya tak jejak lagi sebab dulu duduk di Selangor, ingatkan dah habis round semua tempat..huhu

      Padam
  7. Plan cuti2 dlm Malaysia sampai akhir thn dpn... Kita support industri tempatan. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeah setuju! Tapi kena tunggu masalah covid berlalu pergi dulu, buat masa sekarang kita stay at home and be safe ye dear..

      Padam
  8. memang banyak tempat best-best.. x habis pusing lagi haaa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan! Terus rasa nak packing bag tengok banyak list eco-friendly best-best ada kat Selangor..

      Padam