Senang Je Nak Aktifkan Belian Online dan Antarabangsa MyBSN

 

Seingat saya, kali terakhir saya menggunakan perkhidmatan bank BSN adalah semasa di sekolah menengah. Tiba-tiba saya dapat berita gembira yang kad saya masih belum tamat tempoh dan wang masih berbaki hampir RM500 dalam akaun BSN saya itu. Wah, pelik ni..


Mungkin saya pernah menggunakan perkhidmatan bank BSN semasa bekerja dan saya terlupa tentang hal itu. Iyelah, mustahil kad bank saya masih mampu bertahan hingga hampir 15 tahun tanpa tamat tempoh. Lagi mustahil pula bila saya dah pernah aktifkan perkhidmatan internet banking tetapi saya langsung tak ingat mengenainya. Terlalu banyak makan semut agaknya ni..aduh.


Macammana saya tahu tentang kewujudan wang dalam akaun tersebut? Pada awalnya saya hanya ingin aktifkan belian online dan antarabangsa melalui BSN namun saya terfikir yang saya perlu buka akaun baru memandangkan saya sudah lama tidak menggunakan perkhidmatan bank BSN. Untuk membuat belian antarabangsa, hanya beberapa buah bank sahaja yang boleh digunakan bagi tujuan tersebut.

Aktifkan Pembelian Online dan Antarabangsa MyBSN

Antara bank tersebut adakah Maybank, RHB, CIMB, Affin, Hong Leong, Ambank dan BSN. Memandangkan hanya bank BSN sahaja yang berada paling hampir dengan lokasi rumah saya, jadi tanpa teragak-agak saya teruslah ke bank BSN untuk urusan buka akaun baru. Yang seronoknya, tak sangka teller beritahu akaun saya masih aktif dan turut mempunyai baki wang di dalamnya. Senang kerja mak macamni..


Urusan di kaunter pantas dan staff di sana turut ramah, malah pengawal keselamatan juga berhemah. Cuma disebabkan musim Covid ini kami terpaksa beratur di luar bank terlebih dahulu sebelum boleh masuk ke dalam. Eh, panjang lebar pula bercerita tentang bank BSN. Almaklumlah, dah lama tak menjejak kaki ke bank ini, terasa perkhidmatannya lebih baik pula berbanding dahulu. Keep it up BSN!


Cara Aktifkan Kad Debit MyBSN

Tak perlu susah untuk ke kaunter, proses pengaktifan debit kad MyBSN bagi belian secara atas talian dan belian antarabangsa boleh dilakukan secara online. Tak sampai lima minit, proses dah selesai dibuat. Tak perlu beratur di kaunter atau mesin atm serta tak perlu memandu untuk aktifkan kad debit MyBSN saya. Semua dilakukan di rumah, melalui hujung jari sahaja.


Syarat pertama yang perlu saya lakukan adalah mendaftar perbankan internet MyBSN. Tak susah, hanya klik >> Pendaftaran Pertama Kali MyBSN dan daftar masuk. Katakan jika terdapat masalah ketika nak mendaftar, boleh terus call pusat khidmat pelanggan BSN di talian 1-300-88-1900. Ingat tak saya ada beritahu sebelum ni yang saya pernah buat perbankan internet dengan BSN namun langsung saya tak ingat? Jadi saya dapatkan bantuan khidmat pelanggan BSN untuk buang akaun sebelum ni dan cipta akaun perbankan internet yang baru. 


Cara Aktifkan Pembelian Online MyBSN

Katakan proses pendaftaran talian perbankan MyBSN dah selesai, maksudnya kita dah boleh terus aktifkan belian online atau dipanggil juga sebagai e-purchase. Langkah untuk aktifkan belian online adalah seperti di bawah:


  1. Log masuk ke MyBSN
  2. Klik Manage Account dan klik pada Debit Card
  3. Klik pada Update Online Purchase Status
  4. Klik dalam kotak yang terdapat di sebelah Debit Card No dan klik Next
  5. Masukkan tarikh (tarikh mula nak buat belian online) dan klik Next
  6. Klik Request TAC (nombor TAC akan dihantar ke nombor telefon)
  7. Masukkan nombor TAC yang diterima dalam kotak disediakan dan klik Next 
  8. Mesej pemberitahuan akan diterima yang menandakan proses pengaktifan belian online MyBSN telah berjaya dilakukan

Cara Aktifkan Pembelian Antarabangsa MyBSN

Sekiranya proses pengaktifan belian online telah berjaya dilakukan, jangan keluar dahulu daripada halaman MyBSN tersebut. Ini kerana langkah yang perlu dilakukan untuk membuat pengaktifan debit kad bagi pembelian antarabangsa adalah sama seperti proses belian online. Ikut langkah di bawah untuk aktifkan belian antarabangsa MyBSN:

  1. Log masuk ke MyBSN
  2. Klik Manage Account dan klik pada Debit Card
  3. Klik pada Update Overseas Transaction Status
  4. Klik dalam kotak yang terdapat di sebelah Debit Card No dan klik Next
  5. Masukkan tarikh (tarikh mula nak buat belian online) dan klik Next
  6. Klik Request TAC (nombor TAC akan dihantar ke nombor telefon)
  7. Masukkan nombor TAC yang diterima dalam kotak disediakan dan klik Next 
  8. Mesej pemberitahuan akan diterima yang menandakan proses pengaktifan belian antarabangsa MyBSN telah berjaya dilakukan

Tak sampai lima minit pun masa yang diambil untuk aktifkan debit kad MyBSN bagi membolehkan pembelian online dan antarabangsa dilakukan. Jadi lepas ni, bila terasa nak order barang melalui Ebay, boleh terus gunakan MyBSN. Mudah dan tak perlu keluar rumah pun untuk buat semua ni. Best tak?

Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. bsn saya dah lama lenyap..dulu nak ttp acc tp kerani bank tak bagi..trus acc tu tergantung macm tu jer..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, tak bagi tutup akaun? Kalau camtu keluarkan semua duit dalam bank je next time CikNor. Tak silap tiap tahun ada servis charge, jadi kalau duit tak dikeluarkan tu dia akan guna untuk servis charge. Bila duit habis, akaun pun terminate lepas tu..

      Padam
  2. Ehh..Ada pun ade akaun BSN..Dah lama tak check masih hidup ke tidak..Adoii..bila la nak pergi bank ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Masa sekolah dulu apa-apa memang nak kena guna akaun BSN. Bila dah besar je start guna Maybank. Tu yang kebanyakan geng2 sama umur kita ada BSN tapi taktau apa status dia sekarang :D

      Padam
  3. rajin laa dia 'menyoping' online lps ni hehehe

    BalasPadam
  4. Akaun bsn dah dormant. Kena gi bank n aktifkan kembali.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, betulla abamkie! Word tu yang saya cari, dormant! Haha..thanks bang kembalikan ingatan saya :D

      Padam
  5. Dah lama tutup akaun sbb jrg sgt guna, x larat nak keep track byk2 akaun. Tapi anak2 guna BSN.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu saya rasa susah sangat BSN ni dengan problem servis dan duit hilang. Tapii sekarang rasanya dah boleh guna balik kot. Lagi2 ada online mybsn, sangat membantu nak buat order online..

      Padam
  6. dalam kes awak ini....rezeki terpijak..

    walaupun duit sendiri...kira banyak juga bila dalam keadaan yang memerlukan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..tapi rezeki terpijak dah habis terguna pulak ni :P

      Padam
  7. dulu pernah ada akaun bsn ni. dah lama tak aktif, tak check pula ada duit ke tak dalamnya..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena pi check tu wak, mana tau ada ribu riban dah kat dalam tu..ha, masyuk..

      Padam