Resepi Mango Cheesecake Sedap ala Kula Cakes


Ingat tak cerita saya JJCM ke Kuantan sebelum ini? Itu adalah saat di mana pertama kali saya singgah makan di Kula Cakes dan Lila Wadi. Ia juga merupakan pengalaman pertama saya merasai mango cheesecake dalam hidup saya. Disebabkan saya tak berapa suka cheese, jadi kebanyakan kek bercheese saya memang tak makan.


Tapi pengalaman merasai mango cheesecake waktu JJCM di Kuantan sebelum ini, terus merubah persepsi saya yang cheese ni rupa-rupanya sedap jika kena dengan cara masak dan makannya. Kena makan sejuk-sejuk dan ditambah perisa sikit macam mangga, boom..terus jadi sedap. Tak faham kenapa sebelum ni saya rasa cheesecake di Secret Recipe semuanya tak best. Hermm..mungkin sebab mind set juga kot.


Bila dah sekali rasa mango cheesecake di sana, buat saya craving pula nak makan lagi. Disebabkan jauh sangat nak ke sana, jadi macam biasa kita cuba buat sendiri mango cheesecake ala Kula Cakes punya style. Rupanya tak susah mana pun nak buat cheesecake, sehari buat terus habis. Memang dapat sambutan hangatla kiranya.

Resepi Mango Cheesecake Sedap ala Kula Cakes

Disebabkan saya baru nak cuba buat menu mango cheesecake ni dan tak tau samada hasil dia akan jadi sedap atau tidak, jadi saya kurangkan kuantiti bahan daripada menu asalnya. Selain itu, saya juga gabungkan resepi daripada beberapa buat laman web dan blog, serta tukarkan daripada letak lemon kepada limau kasturi dan tambah beberapa sudu yogurt ke dalam adunan.


Hambik tu, semua saya tukar. Haha..tapi takpelah. Asal rasanya sedap dan mengikut piawaian tekak, kita teruskan je la dengan resepi ni. Sebelum ni saya pernah juga buat mango cheesecake, tapi kejadiannya sangat menghampakan. Walaupun tiga lapisan biskut, cheese dan mangga elok tersusun, tapi warna lapisan atasnya keorenan. Tak cantik!


Rupanya buah mangga yang digunakan pun tak boleh sebarangan guna ye. Sebelum ni saya guna mangga mas hitam, jadi memang warnanya agak keorenan dan berurat. Kali ni saya tukar dengan mangga yang biasa digunakan untuk buat air buah, alhamdulillah..cantik kejadiannya. Jadi kalau tak tau nak pilih buah mangga apa masa beli di kedai nanti, minta je mangga yang digunakan untuk buat air. Ha, senang sebab saya pun tak tau apa nama buah mangga ni :D


Saya gunakan springform pan atau loyang yang boleh dicabut dasar bawahnya. Kalau guna loyang biasa pun boleh, cuma susah sikit nak keluarkan kek nanti sebab lapisan paling bawah adalah biskut. Saya risau akan ada yang hancur nanti. Jadi, kalau dasar loyang boleh dikeluarkan, senang sikit waktu memotong kek nanti.


Untuk resepi mango cheesecake ni, saiz springform pan yang sesuai digunakan adalah 18cm. Tapi saya hentam saja guna pan saiz 26cm, sebab tu  dalam gambar nampak kek macam bantat, padahal kuantiti saya dah kurangkan daripada asal dan guna saiz pan besar. Selain tu, resepi ni anggaran untuk 6 orang makan sahaja (jika guna pan saiz 18cm). Harap maklum ye.


Resepi Mango Cheesecake ala Lila Wadi


Bahan-bahan

Sebiji mangga kuning
Cream cheese - 100 gram
50 gram biskut
20 gram mentega (dicairkan)
3 sudu besar plain yogurt
80 gram susu pekat
Sebiji limau kasturi 
2 sudu besar gula
1 sudu teh serbuk gelatin
3 sudu besar air suam


Cara Penyediaan

1. Kisar biskut hingga hancur. 
Kemudian masukkan mentega cair ke dalam biskut dan gaul sebati.
2. Masukkan biskut ke dalam loyang dan mampatkan biskut ke seluruh 
permukaan dasar loyang.
3. Simpan dalam peti ais selama satu jam.
4. Untuk lapisan seterusnya, masukkan cream cheese, yogurt, susu pekat 
dan perahan limau kasturi ke dalam mangkuk. 
Dengan menggunakan mixer, kacau campuran sehingga kembang.
5. Tuang di atas lapisan biskut dan sejukkan dalam peti ais selama satu jam.
6. Untuk lapisan terakhir, bahagikan buah mangga kepada dua bahagian. 
Satu bahagian mangga dipotong dadu dan sebahagian lagi dikisar. 
Masukkan gula semasa mengisar.
7. Masukkan serbuk gelatin ke dalam air suam dan biarkan selama setengah jam.
8. Setelah serbuk gelatin larut sepenuhnya, 
masukkan larutan gelatin ke dalam mangga kisar dan gaul sebati.
9. Tuangkan bahan kisar ke atas lapisan cream cheese. 
Kemudian masukkan mangga dadu ke atas lapisan mangga kisar.
10. Simpan kembali dalam peti ais selama satu jam.
11. Siap!


Jika serbuk gelatin tak melarut sepenuhnya, boleh juga panaskan di atas dapur untuk mempercepatkan proses pelarutannya. Namun disebabkan saya hanya menggunakan sedikit air sahaja, jadi saya memilih untuk melarutkannya seiring masa berjalan, takut kering pula air nanti. Mango cheesecake ni sedap dimakan sejuk-sejuk dan perlu disimpan dalam peti ais. Boleh dijadikan menu minum petang sambil bersantai bersama keluarga.


Kalau awak dah cuba buat, komenlah kat bawah. Mana tau ada apa-apa tips lain yang saya tak tau pasal mango cheesecake ni. Btw selamat mencuba ye!

Catat Komen

12 Ulasan

  1. nnt awak buat untuk saya blh tak?hihi

    BalasPadam
  2. ada lg x? sy tgh lapo ni hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak, saya rasa semua dah digest out la awak. Lambat sangat gitau ni..

      Padam
  3. seksinyaaa nampak mango cheesecake ni !!
    kaloooo berjiran lama da p mintak sikit..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahahaha..mai la cepat pindah sebelah rumah saya. Saya hantar sampai awak muak makan..okeh? :P

      Padam
  4. Pernah try nak buat jugak mangi cheesecake macam ni. Tapi tak jadi. Sedih! Mungkin sebab saya main hentam je guna mangga jenis lain? Huhu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun pernah guna mango mas hitam, takjadi wak..haha. Dia punya colour out terus lepastu berurat2 bila potong. Kalau nak selamat masa beli buah tu kata nak buat jus, nanti dia suggest mango yang sesuai..

      Padam
  5. wahh..macam sedap je..heheh

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/08/ada-nak-order-origami-3d.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah lawat link Cuya shared tu, kreatif betul anak muda ni. Kenapalah akak ni tak berbakat..hurm

      Padam
  6. kalau bab cheese ni apa-apa pun sedap... nak ambil resepi la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Asalnya saya tak minat cheese, tapi sekarang dah terminat pulak. Tapi sekarang tengah shortage cheese supply. Taktau kenapa, pi kedai asyik takde stok je. Btw ambil je resepi tu kak..takde paten pun..hihi

      Padam