Resepi Biskut Chip Coklat Sukatan Cawan Danish Harraz


Masa mula-mula belajar buat biskut dulu, saya pasti akan cari resepi biskut yang menggunakan sukatan cawan. Maklumlah baru nak belajar memasak, banyak kelengkapan yang tiada di rumah. Salah satuya adalah penimbang untuk menyukat bahan membuat biskut. Sekarang, walaupun dah ada penimbang sendiri di rumah, tapi saya masih juga rasa malas nak menyukat. Mungkin kerana ia melecehkan. Jadi, bila adik Danish Harraz (chef cilik yang baik hati) berkongsi resepi biskut chip coklatnya yang terbaru, saya cuba olah dalam bentuk sukatan cawan untuk memudahkan saya nanti. Btw sorry adik Danish, tapi akak sangat pemalas :(


Resepi asal biskut chip coklat ini dah disukat dengan penuh teliti oleh adik Danish, dan ia merupakan resepi fail-proof. Jadi kalau mengikut sukatan yang diberi, percentage untuk tak menjadi tu kiranya kosong la ye. Disebabkan saya pertama kali nak mencuba resepi biskut chip coklat ni, makanya nak tak nak saya tetap kena timbang dulu bahan-bahannya sebelum diubah ke dalam sukatan cawan untuk mengelakkan daripada biskut tak menjadi seperti yang diinginkan. Saya juga kurangkan sedikit sukatan chip coklat kerana saya tak mahu kandungan chip terlalu banyak di dalam biskut saya.

Resepi Biskut Chip Coklat Sukatan Cawan Danish Harraz

Saya setuju resepi ini merupakan resepi fail-proof dan sangat sesuai buat mereka yang baru berjinak-jinak belajar buat biskut terutama sekali pada musim PKP ni. Selain mudah dibuat dan tak menggunakan banyak bahan, biskutnya juga rangup dan sedap. Ia tak terlalu manis dan cukup rasa. Cubaan pertama kali menghasilkan biskut chip coklat ini berjaya menambat hati suami dan anak-anak. Makan sebiji pasti nak lagi..haha. Sedar tak sedar dalam masa tak sampai seminggu, biskut yang saya bakar dah habis dimakan. Nampak gayanya resepi ini akan saya gunakan untuk buat biskut raya lah pula nanti.


Jadi resepi ini adalah olahan dalam bentuk sukatan cawan daripada resepi adik Danish Harraz. Nama asal biskut ini adalah Danish's Crunchy Chocolate Chip Cookies. Walaubagaimanapun ada bahagian yang telah saya ubah sedikit daripada resepi asal. Untuk resepi versi asal boleh ke instagram adik Danish dan untuk versi tak berapa original, boleh klik video di bawah. Jangan lupa subscribe terus okeh. In shaa Allah saya akan kongsikan resepi yang senang dan mudah je sebab saya pun baru belajar memasak :P


Resepi Biskut Chip Coklat Sukatan Cawan 

Bahan-bahan

1 cawan mentega (dicairkan terlebih dahulu)
Setengah cawan gula perang
2/3 cawan gula kastor
Sebiji telur ayam gred A
2 cawan tepung gandum
Setengah sudu teh soda bikarbonat
Setengah sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh serbuk nescafe
1 cawan coklat chips
1 cawan badam hancur (digoreng dalam kuali tanpa minyak terlebih dahulu)

Cara Penyediaan

1. Masukkan mentega, gula perang, gula kastor dan
telur ke dalam mangkuk besar. Kacau sekata.
2. Kemudian masukkan tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder,
esen vanila dan serbuk nescafe ke dalam campuran dan kacau sebati.
3. Akhir sekali masukkan coklat chips dan badam hancur ke dalam 
campuran. Gaul sekata.
4. Panaskan oven pada suhu 160 darjah.
5. Campuran adunan tadi dijadikan bulat-bulat kecil (sebesar saiz 
syiling 10sen atau 20sen) dan disusun dalam tray masakan.
6. Bakar dalam oven selama 15 minit atau sehingga masak. Siap!


Di kesempatan ni, saya pun nak ucapkan Selamat Berpuasa pada semua pembaca yang budiman. Tak sempat saya nak update blog, alih-alih dah masuk Ramadhan. Dah masuk Ramadhan keempat baru sempat nak wish. Semoga ujian yang Allah kasi pada dunia berkenaan Covid 19 ni makin mendekatkan kita pada-Nya. Jangan buat maksiat, hindari dosa. Solat terawikh berjemaah di rumah dengan keluarga, masak dengan pasangan dan luangkan masa bermain dengan anak-anak. In shaa Allah, ujian Covid 19 ni akan jadi penyebab semakin eratnya hubungan kekeluargaan sesama kita. Tapi saya rindu mak abah saya! Dah lama tak balik kampung..huwa :(


Tips Hasilkan Badam Rangup


Mengapa badam digoreng terlebih dahulu dalam kuali tanpa minyak? Tujuannya adalah untuk merangupkan badam tersebut. Jika rasa malas nak buat pun tak apa. Tapi mungkin badam akan rasa lemau dan tak berapa sedap dikunyah kerana tak rangup. Selain digoreng tanpa minyak, ada juga yang jemur badam di bawah cahaya matahari atau bakar terlebih dahulu dalam oven. Semua ni bertujuan untuk merangupkan badam tersebut. Kalau tak berapa yakin samada badam dah rangup atau belum,ambil sebiji dan kunyah. Kalau masih lemau, tambah masa menggoreng di atas dapur. Tak perlu letak minyak, kita cuma nak panaskan sahaja. Biasanya proses panaskan badam tak ambil masa lama, bawah 5 minit dah boleh digunakan.


Senang je kan resepi biskut chip coklat sukatan cawan adik Danish Harraz ni? Kalau rasa tak sempat nak salin resepi dari video, refer je resepi bertulis okeh. In shaa Allah gerenti jadi. Btw kredit pada adik Danish Harraz dan terima kasih akak ucapkan sebab kongsi resepi ni. Akak pun tak payah fikir panjang nak buat biskut apa masa raya nanti. Resepi senang, sedap pulak tu. Jom la buat biskut yang sama raya ni, nak pergi beraya kat rumah jiran tetangga tak dapat. Jadi kita makan je la biskut raya kat rumah masing-masing tahun ni :D

Catat Ulasan

39 Ulasan

  1. Sedapnya! Nampak crunchy sangat :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang crunchy kak, resepi simple tapi sedap..hihi

      Padam
  2. Nurul suka betul chocolat chip cookies ni. Nak buat pun senang kan. Tapi tulah, malas lebih menguasai. Heheh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama lagi! Haha..tapi suami dah bising suruh buat biskut lain yang leceh2 tu sebab asyik buat chocolat chip cookies je..adui

      Padam
  3. Jemput join contest

    https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html?m=1

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya dah melawat ejulz tapi sorry tau tak dapat join. Dah lama tak join GA sebenarnya sebab fokus kat content..btw semoga dapat banyak sambutan ye GA awak :)

      Padam
  4. MAKAN cookies biskut cip coklat ms panas2 lg sedap kann., ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul2, rangup dia dengan coklat cair memang yummeh sangat!

      Padam
  5. Wahh tiba-tiba teringat biskut raya... huaaa lepas tu tiba-tiba sedih mengenangkan situasi raya tahun ni... hahah apa2 pun terima kasih for the recipe kakak! Inshaallah nak try buat kalau dah ada bahan nanti ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap Hana ada bahan, lepas buat macam biasa hantar kat akak untuk akak test rasa :P

      Padam
  6. Nampak seperti biskut Famous Amos, mesti sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaupun rasa tak sama tapi tetap sedap macam biskut amos. Takde famous sebab tak terkenal lagi :D

      Padam
  7. Nampak menarik tu... itu pun dikatakan pemalas. pemalas-pemalas pun, siap jugak cookies... pemalas-pemalas pun, nampak cantik kejadian cookies tu... mcm famous amos dah. SS ni, sebijik cookies pun tak pernah buat lagi. hehehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahahaha..SS senang, order je sampai depan rumah terus. Lagipun lecturer kan busy, SS tolong support bisnes peniaga je la ye :)

      Padam
  8. akk pun tengah nak mencuba resepi choc chip dengan sukatan cawan, tak biasa guna sukatan gram, walaupun kat rumah ada je penimbang tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan kak, lagi suka guna sukatan cawan sebab memudahkan kerja. Nak timbang2 leceh je rasanya..

      Padam
  9. Sedap ni. Saya memang suka biskut chip coklat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gimme five wak! Saya pun suka biskut chip coklat jugak, tambah lagi sebab sedap..

      Padam
  10. Ok nnt nak try juga lah resipi Ni .. nampak crunchy.mesti sedapppp.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Try kak pip, tak menyesal buat sebab memang sedap!

      Padam
  11. kan, kalau sukat2 sush nya..kalau guna cawan ni okla..boleh cuba ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itula pasal, suka guna sukatan cawan sebab tak leceh. Gimme five nad!

      Padam
  12. biskut choc chip ni buatla macam mana pun..
    insyallah menjadi dan sedap.. hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Walaupun tak cantik rupa dia, tapi rasa dia selalunya sedap..

      Padam
  13. ms buat ni mesti semerbak 1 rumah kn?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Of kos wak. Tetiba suami balik bawak kawan2, baking pertama terus habis jadi dessert suami and the gang..haha

      Padam