Cara Senang Lembutkan Isi Ayam Goreng


Senang je nak lembutkan isi ayam goreng rupanya. Kalau dulu, saya selalu makan di luar. Pada masa tu, saya masih bekerja dan tak ada banyak tanggungan, ilmu memasak pun kosong. Jadi cara paling senang, order saja makanan di kedai makan. Bila banyak makan di luar, saya perhatikan ada perbezaan antara masakan di restoran yang agak ekslusif dengan restoran biasa dari segi masakannya.


Salah satu perbezaan tersebut adalah dari segi kelembutan isi ayam yang telah digoreng. Jika diperhatikan, isi ayam goreng di sesetengah kedai makan lembut dan berjus tetapi ada sesetengahnya keras dan kering apabila dikunyah. Pada fikiran saya ketika itu, tentu mereka perapkan dalam ramuan istimewa untuk dapatkan hasil isi ayam tetap lembut dan berjus meskipun digoreng.


Namun tak sangka rupa-rupanya senang sangat nak dapatkan isi ayam goreng yang lembut dan berjus ni. Bila dah terpaksa memasak setiap hari sekarang, baru saya tahu life hacks yang dilakukan oleh kebanyakan tukang masak di restoran ni semudah ABC je. Malah cuma satu bahan saja yang digunakan untuk dapatkan ayam yang lembut berjus digemari saya.


Tips Senang Lembutkan Isi Ayam Goreng


Apa petua lembutkan isi ayam goreng ni sebenarnya? SUSU! Hanya susu yang diperlukan untuk lembutkan isi ayam yang nak digoreng. Tentu ada yang tertanya susu apa nak guna dan macammana caranya nak buat kan. Sebelum tu saya dapat resepi ni dalam internet masa saya google tips lembutkan isi ayam goreng (lupa nama blog apa), dan penulis cadangkan begini :

Rendam isi ayam yang telah siap dibersihkan (belum goreng) dalam sedikit susu segar selama 15minit. Selepas itu, gaul dengan kunyit dan garam sebelum digoreng seperti biasa.

Disebabkan saya jarang beli susu segar, jadi saya cuba buat eksperimen dengan ketiga-tiga jenis susu ini untuk lihat susu apa yang boleh saya gunakan selain daripada susu segar. Susu tersebut adalah 1) susu segar, 2) susu tepung dan 3) susu pekat.

Cara Senang Lembutkan Isi Ayam Goreng Berjus

1) Guna Susu Segar

Saya gunakan cara yang diberi penulis blog dengan merendamkan ayam dalam susu segar terlebih dahulu selama 15 minit sebelum digoreng. Hasilnya? Isi ayam lembut berjuicy setelah siap digoreng! Tetapi rasa ayam jadi agak masam. Suami juga perasan rasa ayam berubah sedikit walaupun isi ayam jadi lembut berjus. Jadi, pada hari seterusnya saya gunakan pula susu tepung dalam eksperimen memasak saya.

2) Guna Susu Tepung

Saya gunakan sedikit larutan susu tepung untuk merendam ayam selama 15 minit sebelum digoreng. Anggaran susu tepung yang digunakan adalah satu sudu besar susu dilarutkan dalam setengah cawan air masak. Kemudian pusingkan ayam dalam larutan susu supaya susu meresap sekata ke dalam isi ayam. Setelah siap digoreng, isi ayam juga jadi lembut dan berjus seperti rendaman dalam susu segar. Bezanya kali ini, tiada rasa masam pada ayam yang telah digoreng.

3) Guna Susu Pekat

Saya ambil satu sudu susu pekat dan larutkan dalam setengah cawan air sebelum digunakan untuk merendam ayam selama 15 minit. Hasilnya? Selepas digoreng isi ayam jadi lembut dan berjus! Juga tiada rasa masam pada ayam macam yang terjadi bila saya guna susu segar. Rasa ayam sedap seperti biasa.


Jadi bila saya dah buat eksperimen macam ni, kerja menggoreng ayam pun jadi lebih senang. Nak guna susu apa untuk dapatkan isi ayam goreng yang lembut? Tak payah susah-susah fikir, saya guna je SUSU PEKAT! Kenapa susu pekat? Sebab dari segi harga, susu pekat paling jimat dan murah. Cuma nak guna buat rendam isi ayam je lepas tu dibuang. Jadi tak rasa membazir sebab buang susu. Lagipun susu manis memang benda wajib ada kat rumah ni, jadi mudah didapati.


Susu tepung a bit pricey tapi masih boleh digunakan jika kehabisan susu pekat kerana stock susu tepung pun memang selalu ada di rumah. Cumanya kalau guna susu segar, better dielakkanlah untuk lembutkan ayam. Selain mahal, kandungan dalam susu segar pun boleh mempengaruhi rasa ayam jugak. Nak cakap banyak-banyak pasal kandungan susu pun saya tak pandai, tapi yang boleh saya simpulkan adalah penggunaan susu pekat jadi pilihan saya untuk dapatkan isi ayam goreng yang lembut dan berjus.


Apa petua dan tips awak untuk senang lembutkan isi ayam yang digoreng? Sharelah kat ruang komen di bawah, mana tau saya pun boleh gunakan cara awak jugak..

Catat Ulasan

41 Ulasan

  1. nice tips.. ummi kalau goreng ayam jadi kering.. sb kite biasa goreng lame sb nak betul2 masak.. boleh cube nanti tips ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun sama, kadang kalau goreng sekejap..tengah makan baru perasan berdarah lagi. Terus takde mood nak makan kan. Itu yang goreng lama tu..

      Padam
  2. nice sharing... akak pun baru tahu nihhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi..boleh guna lepas ni kak. Senang nak masak ayam juicy kat customer..

      Padam
  3. selalu tengok omputih pon buat camni..nanti boleh try hiihih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala, i pun orang putih jugak (sila baca dalam slang orang putih) :P

      Padam
  4. Assalamualaikum.. wow! info yang sangat bermanfaat. Memandangkan musim PKP ni, kebanyakkan lauk yg dimasak adalah ayam. Susah betul nak jumpa ikan saat2 mcm ni. Jadi perkongsian sis ni sgt2 membantu SS nak masak ayam nanti. Terima kasih... lepas ni, boleh laa nak jamu ibu mertua. kihkihkih... Terima kasih sis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga ibu mertua nampaklah usaha menantu dia ni nak masak hidangan sedap tu. Eh, tapi kalau masak sedap sangat jangan lupa pos la sikit kat kawan2 blogger di sini ye :P

      Padam
  5. Thanks share tips ni. Tak pernah tahu. Ingatkan ayam keras n kering tu sebab goreng lama sangat. Heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah saya sebelum ni, ingat over cook tapi isi berdarah lagi..nasibla ada terjumpa tips..

      Padam
  6. Terima kasih berkongsi petua. Boleh lah cuba rendam ayam dengan susu pekat lepas ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas rendam dan goreng, teruslah hantar juadah ke rumah saya sekali ye kak :D

      Padam
  7. Wah nice info kakak!! Selamat berpuasa tau... ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat berpuasa Hana, jangan ponteng puasa tau! Hihi..

      Padam
  8. wahhh menariknya tips ni. mudah dan awesome! tq share.

    BalasPadam
  9. Baru tau cara ni..pertma kali ni..boleh cuba guna susu pekat..betul susu pekat kan guna selalu dekat rumah..jadi selalu ada..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah, susu pekat pun lebih murah. Okayla tu buat nak rendam ayam je kan..

      Padam
  10. oooo guna susu. sy x de apa2 petua cuma gn kaedah perap lbh lama je... tu je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pernah jugak guna kaedah perap lama letak dalam peti ais, alih2 lupa nak goreng pulak..haha

      Padam
  11. akak lepas dah rendam, kena basuh dulu ke ayam tu?ataupun terus boleh goreng?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak perlu basuh dah iffah, boleh terus lumur garam dan kunyit lalu goreng

      Padam
  12. sis try guna yogurt okey tak?hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti saya beli yogurt dan buat eksperimen ye :D

      Padam
  13. Assalam. Hai, sy nk share cara saya utk isi ayam goreng lembut, masa perap ayam, masuk sedikit minyak zaitun. Lumur ratakan sekali dgn bhn perapan lain. InsyaAllah lmbut je aym goreng nnt.
    Guna susu xpernah pulak, first time sy dgr guna susu blh try jgk..trima kasih share petua ye 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam..oh, guna minyak zaitun pun boleh ye puan. Saya pandai2 je guna susu tu, eksperimen sendiri. Tak sangka jadi lembut pula ayam tu. Nanti saya nak cuba minyak zaitun pulak macam yang puan share. Thanks ye untuk ilmu :)

      Padam