Resepi Ayam Panggang Madu Sihat dan Sedap


Resepi ayam panggang madu memang menjadi kesukaan kami sekeluarga, siapa je yang tak suka bila dapat makan makanan sihat tapi sedap sesuai untuk orang yang tengah diet. Rasa ayam yang berair dan berjus dalam mulut dengan sedikit rasa manis madu dan pedas lada hitam berjaya membangkitkan selera makan kami. Paling penting kami dapat menjaga kesihatan diri dan mengurangkan berat yang makin bertambah ni.


Sejak kerajaan Malaysia mengumumkan Perintah Sekatan Pergerakan (CMO) demi mengekang penularan pandemik Covid 19, kami sekarang nak habiskan masa di luar rumah pun dah tak berani. Meskipun berada dalam kawasan berpagar, tapi hati tetap rasa takut nak keluar rumah apatah lagi kalau keluar dari kawasan rumah.


Banyak juga rutin harian yang berubah sejak berada dalam tempoh RMO ini. Walaupun baru masuk hari ketiga daripada 14 hari yang diwajibkan, kami sangat terasa kekosongannya terutama bila tiba cuti hujung minggu. Kalau dulu pantang tiba hujung minggu kami tentu akan keluar rumah samada pergi bersiar-siar atau pulang ke rumah mak dan ayah, tapi sekarang tak lagi. Suami terpaksa keluar bekerja seawal jam 8 pagi demi untuk tugasan menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia.


Disebabkan saya ada banyak masa terluang di rumah, jadi saya seringkali memasak untuk memenuhi tembolok saya yang selalu lapar tak kira tempat ni. Makan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam adalah masa yang perlu saya pastikan makanan sentiasa tersedia. Jika saya tak lapar, Auni dan Ameera pula yang lapar. Jadi masakan ayam panggang madu tak terlepas daripada menjadi salah satu daripada menu kesukaan saya.

Resepi Ayam Panggang Madu Sihat dan Sedap

Selain perlu memasak setiap hari, kebelakangan ini juga saya perasan berat saya semakin bertambah. Seluar dah makin ketat untuk dipakai dan saya semakin semput nak buat kerja akibat perut yang semakin membusung ke depan (bukan pregnant ya). Tidak dapat tidak, saya kena diet. Tapi nafsu makan saya tak dapat melawan rasa ingin sentiasa makan. Jadi saya perlu control dengan cara lain iaitu makan makanan sihat.


Selain memasak menu sihat berasaskan sup dan stim, memanggang juga merupakan antara cara yang paling senang dan ringkas untuk disediakan. Hanya kisar bahan perapan dan lumur pada ayam atau ikan dan teruspanggang. Kalau nak lagi sedap, perap seketika dan panggang. Selain menghilangkan minyak berlebihan pada ayam, aktiviti memanggang juga tidak memerlukan penggunaan minyak yang banyak. Jadi ia lebih menyihatkan dan disarankan buat mereka yang sedang diet.


Jadi kali ni saya nak kongsikan resepi ayam panggang madu yang sedap untuk kekalkan gaya hidup sihat. Kurang berminyak dan dipanggang dalam oven. Tak perlu mixed herbs yang pelik-pelik, semua bahan yang dah tersedia di dapur rumah je saya guna ye. Klik resepi bakar yang lain untuk dapatkan menu masakan diet yang sedap dan sihat. Macam-macam stail boleh masak, terpulang pada diri sendiri nak letak apa okay.

Cara Masak Ayam Panggang Madu Sihat dan Sedap

Bahan-bahan

Setengah ekor ayam (kerat empat)
Setengah biji bawang besar
2 biji bawang putih
Setengah inci halia
Satu sudu besar madu
Satu sudu besar sos tiram
Satu sudu besar kicap manis
Satu sudu besar serbuk lada hitam
1/4 kiub ayam knor yang telah dihancurkan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Satu sudu besar minyak masak

Cara Penyediaan

1. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia hingga hancur.
2. Masukkan semua bahan lain ke dalam bahan kisar dan kacau sebati.
3. Lumur sekata pada ayam dan perap selama satu jam.
3. Panggang dalam oven pada suhu 230 darjah selama 50 minit atau sehingga masak.


Kalau nak lagi sedap, boleh lebihkan bahan perapan dan perap lebih lama mengikut citarasa masing-masing. Bahan serapan akan lebih meresap ke dalam isi ayam sekiranya di perap lebih lama. Namun saya hanya perap seketika kerana dah terlambat nak memasak hari ni, bimbang pula anak-anak bising kelaparan kalau lambat. Selain tu, tambahlah serbuk lada hitam mengikut kesukaan sendiri, jika nak peda boleh lebihkan kuantiti lada hitam.

Resepi Ayam Panggang Madu Sihat dan Sedap

Meskipun resepi ayam panggang madu ini dikatakan menu sihat tapi jangan percaya dengan kata-kata tersebut ya kerana menu ni kalau dimakan dengan nasi panas tentu akan bertambah lagi nasi ke dalam pinggan. Tak dapat nak tolak kesedapannya. Bila dah bertambah, tak jadi menu sihat lagi apatah lagi nak jadi menu diet. Mungkin boleh menambah berat badan lagi ada.


Jangan lupa doakan jumlah mangsa positif Covid 19 akan terus berkurang isu pandemik ini akan berakhir suatu hari nanti. Walaupun baru tiga hari Perintah Sekatan Pergerakan dijalankan, kami dah mula rindu kehidupan yang lalu. Pada masa kami boleh keluar rumah sesuka hati, boleh habiskan masa dengan keluarga tanpa rasa takut. Sekarang ni nak tidur pun kami perlu berasingan bilik. Bimbang sekiranya kami tak sedar positif Covid 19 dan menjangkiti ahli keluarga yang lain. Sabarlah semua dan banyakkan berdoa ya.


Akhir sekali, janga lupa cuba resepi ayam panggang madu yang sihat dan sedap ni kalau tengah diet. Dah cuba masak? Komenlah sikit kat bawah macammana kejadian ayam panggang awak semua..kalau ada lebih, jangan lupa hantar kat sini sikit okeh. Tak baik tau tak berkongsi :P

Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. dapat ni time puasa ya Allah nikmatnyaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Allah, tinggal berapa hari lagi nak puasa ni..tapi risau pulak pasal covid tak reda lagi..

      Padam
    2. betul. x reda reda lagi ni. tempoh MCO pun kene tambah lagi. our study pun kene postpone. 2020 sure is tough.

      Padam
    3. Hopefully everything's gonna be fine sooner Ray..

      Padam
  2. sedap ni.. pastu makan dengan nasi minyak ke planta ke nyumms.. simpan dlu resepi eyh kot2 ct rajin nak cuba =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ct dah buat, boleh ambil alamat rumah akak okeh. Mana tau nak hantar sini sikit buat upah share resepi :P

      Padam
  3. wahhhhhh.. sedap ni.. febret :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak offer, jauh sangat kena rentas lautan. Kasi wife awak resepi ni je la, suruh wife buatkan..

      Padam
  4. Alahai sedapnya. Baru tadi cari resepi ayam bakar. Tapi tak jadi buat sebab tiba-tiba ayam jadi ayam masak bali. Thank you untuk resepi ni. Esok-esok boleh try.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wow, tak pernah buat lagi ayam masak bali. Share resepi sini sikit wak..

      Padam
  5. kalau peknen pn apa salahnya kannnnn hehehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang nak pun peknen tapi yang tanak ni peknen najis..muahhhhhhh..sedihla

      Padam
  6. sedapnya, akak nak cuba ni untuk menu sihat

    BalasPadam